Dec
09Filem Anak Halal
Filed Under (Entertainment, Local Entertainment Scene) by admin on 09-12-2007
Tagged Under : adi putra, anak halal, chow kit, farid kamil, fasha sandha, Filem Anak Halal, filem malaysia, kartina aziz, malaysia, osman ali, raja farah
Filem Anak Halal
Filem Anak Halal yang sarat dengan aksi, drama, kasih sayang dan pengorbanan merupakan filem kedua pengarah dan penulis skrip Osman Ali yang bakal dipertaruhkan pada 13 Disember 2007 ini di pawagam seluruh Malaysia. Filem Anak Halal bercorak drama aksi ini menampilkan Maya Karin buat pertama kalinya sebagai remaja jalanan yang lasak.
Filem Anak Halal arahan dan lakon layar oleh Osman Ali yang membariskan Farid Kamil, Maya Karin, Fasha Sandha, Rosyam Nor dan ramai lagi di pawagam pada 13 Disember ini. Pelakon yang membintangi filem berjumlah RM1.8 juta ini adalah Farid Kamil (Indraputra), Fasha Sandha (Amira Atikah), Adi Putra (Erzan), Raja Farah (Milya), Rosyam Nor (Hisham), Bront Palare (Danial) dan Remy Ishak (Shah).
“Kisahnya bermula dengan watak Hisham lakonan Rosyam Nor iaitu seorang penjenayah dalam keadaan tersepit akibat melarikan diri dari polis telah menyerahkan bayi lelaki kepada Mariam (Mislina Mustaffa), seorang perempuan gila. Setelah Hisham ditangkap dan dipenjarakan, Mariam yang gila dan hidup dijalanan membesarkan bayi bernama Indraputra atau Putra dalam serba kedaifan.
Mereka tinggal diĀ kawasan setinggan dan berjiran dengan Bu Leha (Kartina Aziz) dan anak perempuannya, Johanna. Johanna atau Jo ini merupakan seorang gadis lasak yang dalam diam menyukai Putra. Namun kebahagiaan Putra dan ibunya berakhir apabila mereka dipisahkan oleh pihak berkuasa.
Putra kemudiannya dibesarkan oleh Bu Leha dan bekerja di bengkel kereta manakala Jo dan ibunya berniaga buah-buahan di Pasar Chow Kit. Cerita ini banyak menimbulkan konflik apabila Jo dan Putra berkawan dengan Erzan dan Amira Atikah yang terlibat dengan hutang ‘along’ dan kancah dadah.”
Walaupun Filem Anak Halal ini menonjolkan keganasan dan aksi-aksi yang tidak wajar ditonton oleh kanak-kanak,bahaya dan kekejaman yang disaksikan boleh memberi mesej kepada penonton dengan menunjukkan kepada mereka akibat yang akan berlaku sekiranya mereka berkelakuan demikian.
Note: I wonder why Filem Anak Halal had been mark as U? Anak Halal film should be in 18pL catagories so this film will become more realistic.








