Free Wi-Fi call from your mobile phone

Filed Under (Computer, Technology) by admin on 20-02-2008

Tagged Under : , , , , , , , , , , , ,

Free Wi-Fi Call from your mobile phone

What is Wi-Fi

Wi-Fi a wireless-technology brand owned by the Wi-Fi Alliance, promotes standards with the aim of improving the interoperability of wireless local area network products based on the IEEE 802.11 standards. Common applications for Wi-Fi include Internet and VoIP phone access, gaming, and network connectivity for consumer electronics such as televisions, DVD players, mobile phone and digital cameras

Panggilan percuma menerusi Wi-Fi di telefon bimbit

Free Wi-Fi Call Setiap hari ada saja kemudahan baru yang diwujudkan bagi memanfaatkan teknologi sedia ada. Kemudahan baru akan lahir apabila ia menepati tiga perkara iaitu prasarana, peralatan dan perisian.

Banyak model telefon bimbit yang dilengkapi kemudahan Wi-Fi atau capaian Internet tanpa wayar. Jika pejabat anda mempunyai kemudahan Wi-Fi, pengguna boleh melayari laman web dengan mudah dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Dengan adanya telefon bimbit berupaya Wi-Fi, di pejabat pula ada kemudahan perkhidmatan Wi-Fi, setakat ini kita masih tidak membuat panggilan menggunakan
telefon bimbit menerusi kemudahan Wi-Fi kerana sebelum ini tidak terdapat perisian yang membolehkan kita berbuat demikian.

Free Wi-Fi call from your mobile phonePenantian kita sudah berakhir apabila perisian yang membolehkan kita membuat panggilan telefon menerusi kemudahan Wi-Fi menggunakan telefon bimbit sudah wujud. Kemudahan itu dinamakan Wi-Fi Mobile dan boleh diperoleh di www.wifimobile. com

Dengan kemudahan ini, prasarana Wi-Fi sedia ada boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon.

Oleh kerana nombor telefon didaftarkan ketika proses memindah turun perisian, maka nombor itu juga boleh digunakan untuk membuat panggilan dari telefon ke telefon yang lain.

Free Wi-Fi Call from your mobile phone Ikutilah langkah berikut untuk memindah turun perisian seterusnya menggunakan kemudahan Wi-Fi untuk membuat panggilan telefon secara percuma.

1. Lawati laman web www.wifimobile.com

2. Pilih, pilihan untuk kegunaan persendirian (Consumer Service). Pindah turun perisian untuk telefon bimbit. Terlebih dulu hendaklah dipastikan model telefon bimbit anda terdapat di dalam senarainya. Masukkan negara, alamat e-mel dan nombor telefon.

www.wifimobile.com3. Isikan huruf sekuriti yang dipaparkan

4. Satu capaian untuk anda memindah turun perisian Wi-Fi Mobile akan dihantar ke telefon bimbit melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

5. Apabila anda mengklik di atas capaian, perisian OneFone akan dipasang di dalam telefon bimbit anda.

6. Pilih sambungan Internet yang diinginkan dengan menekan menu > IAP, anda boleh memilih untuk menggunakan sambungan Wi-Fi atau sambungan 3G.

5. Selepas memilih sambungan, masukkan nombor telefon yang hendak dihubungi seperti biasa. Pastikan Ikon telefon berwarna hijau sebelum membuat panggilan. Apabila panggilan dijawab, bercakaplah seperti biasa. Kualiti suara bergantung kepada kualiti sambungan Internet yang digunakan. Jika anda melanggan perkhidmatan 3G Data tanpa had, perisian ini juga boleh membuat panggilan melalui sambungan Internet 3G itu.

6. Telefon rakan anda yang sudah dipasang dengan perisian OneFone ini akan berdering seperti biasa dan perbualan boleh dilakukan seperti biasa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

7. Selepas membuat panggilan tekan Options dan pilih Hang Up untuk menghentikan panggilan.

Oleh kerana teknik panggilan ini menggunakan kemudahan Internet, anda boleh berbual di mana saja asalkan ada kemudahan Wi-Fi tanpa dikenakan bayaran panggilan telefon seperti yang biasa.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , ,

del.icio.us:Free Wi-Fi call from your mobile phone digg:Free Wi-Fi call from your mobile phone spurl:Free Wi-Fi call from your mobile phone wists:Free Wi-Fi call from your mobile phone simpy:Free Wi-Fi call from your mobile phone newsvine:Free Wi-Fi call from your mobile phone blinklist:Free Wi-Fi call from your mobile phone furl:Free Wi-Fi call from your mobile phone reddit:Free Wi-Fi call from your mobile phone fark:Free Wi-Fi call from your mobile phone blogmarks:Free Wi-Fi call from your mobile phone Y!:Free Wi-Fi call from your mobile phone smarking:Free Wi-Fi call from your mobile phone magnolia:Free Wi-Fi call from your mobile phone segnalo:Free Wi-Fi call from your mobile phone gifttagging:Free Wi-Fi call from your mobile phone

Hey! More Related Posts Here:

Post a comment

You must be logged in to post a comment.

KeywordDiscovery.com Keyword Research Tool free wordpress themes