Mar
11Pilihanraya 2008, Barisan Nasional Hampir Terkubur?
Filed Under (Malay Politic, Malaysia Politic, Melayu Boleh, National Issue) by admin on 11-03-2008
Tagged Under : calon pilihanraya, daftar pilihanraya, daftar pilihanraya malaysia, pendaftaran pilihanraya malaysia, pesuruhjaya pilihanraya malaysia, peta pilihanraya malaysia, pilihanraya 2008, pilihanraya malaysia, pilihanraya malaysia 2008, pilihanraya malaysia ke 12, semak daftar pemilih pilihanraya, semak undi pilihanraya, semakan pilihanraya, semakan pilihanraya malaysia, senarai calon pilihanraya, sistem pilihanraya malaysia, suruhan pilihanraya, suruhan pilihanraya malaysia, suruhanjaya pilihanraya, suruhanjaya pilihanraya malaysia
Pilihanraya 2008, Barisan Nasional Hampir Terkubur?
Review ringkas mengenai Pilihanraya Malaysia 2008
Barisan Nasional (BN) yang memenangi 140 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) kelmarin dengan memperoleh 50.28 peratus undi daripada keseluruhan 8.1 juta pemilih yang keluar mengundi di seluruh negara.
Umno tonggak BN mencatatkan 29.59 peratus undi berbanding pesaing terdekatnya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendapat 18.05 peratus daripada 49.71 peratus undi yang diraih parti pembangkang. Parti komponen BN lain, MCA mendapat 10.21 peratus undi, MIC (2.21 peratus), Gerakan (1.99 peratus) dan PPP (0.20 peratus).
Pas yang memenangi 23 kerusi Parlimen dalam pilihan raya kali ini mendapat sokongan 14.05 peratus pengundi, DAP (13.72 peratus), Parti Rakyat Malaysia (PRM) (0.21 peratus), SNAP (0.04 peratus), Bersekutu (0.01 peratus), manakala calon Bebas meraih 1.04 peratus undi.
Kemerosotan dalam undi BN kali ini sebahagian besarnya disebabkan kekalahan teruk dua parti komponennya iaitu MIC dan Gerakan. MIC hanya menang tiga kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi DUN yang ditandingi. Semua pemimpin utamanya - Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu, Timbalan Presiden (Datuk G. Palanivel) serta tiga naib presiden (Datuk S. Sothinathan, Datuk S Veerasingam dan Tan Sri Dr KS Nijhar) tewas mengejut.
Gerakan pula hanya menang dua daripada 12 kerusi Parlimen yang ditandinginya di seluruh negara, kerusi Gerik dan Simpang Renggam. Hanya lima daripada 31 kerusi DUN iaitu Kuala Sepetang (Perak), Ketari (Pahang), Pemanis dan Bukit Batu (Johor) serta Derga di Kedah dimenangi parti itu. Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tewas di kerusi Parlimen Batu Kawan kepada calon DAP, P Ramasamy dengan 9,485 undi majoriti. Beliau memperoleh 13,582 undi manakala lawannya mendapat 23,067 undi. Beliau dalam satu sidang medianya berkata, bersedia berundur berikutan kekalahan teruk Gerakan pada pilihan raya umum kali ini.
Sementara di Sabah dan Sarawak menyaksikan BN terus menguasai lebih daripada separuh undi keseluruhan yang dicatatkan. Di Sabah, BN memperoleh undi sebanyak 295,743 daripada keseluruhan undi iaitu 513,178 manakala pembangkang pula terdiri daripada Pas, PKR, Bersekutu dan Bebas memperoleh hanya 201,767 undi. Di Sarawak pula, BN terus mencatatkan penguasaan kukuh apabila memperoleh 336,562 undi daripada keseluruhan 530,723 undi.
Technorati Tags: suruhanjaya pilihanraya, pilihanraya 2008, pilihanraya malaysia, calon pilihanraya, senarai calon pilihanraya, semakan pilihanraya, semak undi pilihanraya, suruhan pilihanraya, daftar pilihanraya, semak daftar pemilih pilihanraya, suruhanjaya pilihanraya malaysia, pilihanraya malaysia 2008, suruhan pilihanraya malaysia, semakan pilihanraya malaysia, sistem pilihanraya malaysia, pesuruhjaya pilihanraya malaysia, pilihanraya malaysia ke 12, pendaftaran pilihanraya malaysia, daftar pilihanraya malaysia, peta pilihanraya malaysia








