Mar
11Pilihanraya 2008, Barisan Nasional Hampir Terkubur? » Orang Melayu mengundi PAS?
Filed Under (Official Info) by admin on 11-03-2008
Orang Melayu mengundi PAS pada Pilihanraya 2008
Kemerosotan dalam undi BN kali ini sebahagian besarnya disebabkan kekalahan teruk dua parti komponennya iaitu MIC dan Gerakan. MIC hanya menang tiga kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi DUN yang ditandingi. Semua pemimpin utamanya - Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu, Timbalan Presiden (Datuk G. Palanivel) serta tiga naib presiden (Datuk S. Sothinathan, Datuk S Veerasingam dan Tan Sri Dr KS Nijhar) tewas mengejut.









