Isu Babi Sepang Malaysia

Filed Under (Malaysia Politic, National Issue) by admin on 11-04-2008

Tagged Under : , , , , , , , , , , , , , ,

Isu Babi Sepang Malaysia

Beberapa hari ini beberapa media kepunyaan kerajaan memainkan isu kelulusan Ladang Moden Babi di Kuala Langat, kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak sensitif kepada kepentingan umat Islam. Hari ini, Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa keputusan Ladang Moden Babi tersebut dibuat di dalam Mesyuarat Exco pada 30 Januari 2008 - di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Dengan adanya projek tersebut, semua penternak-penternak babi di Selangor akan dipindahkan ke satu tempat, selaras dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kerajaan Negeri mengumumkan tiada ladang babi baru akan diluluskan. Ladang baru tersebut akan menggunakan teknologi Jerman yang akan memastikan semua sisa digunakan semula di dalam kawasan ladang tersebut.

Isu ladang Khinzir jika dibanding lebih kurang macam Insinerator di Broga, Semenyih. Apa jadi kepada projek tersebut ? Ikut kajian di Jepun Insinerator memang bagus dan terbukti tetapi kenapa penduduk Broga bantah ? Ini kerana imej, hari-hari lori sampah lalu, harga tanah dan rumah jatuh, mana ada orang nak dok kat tempat sampah ? orang masih belum faham sepenuhnya tentang insinerator. Berbalik kepada Ladang Khinzir, secara ikhlas saya katakan Kerajaan Selangor jangan bertindak seperti YB Dr Khir Toyo dulu, bagi penerangan kepada penduduk setempat, tanya pendapat, orang politik terutama UMNO pun kena minta pendapat sebab mereka adalah rakyat Selangor.

Pindah ladang betul-betul, biar semua penternak setuju jangan jadi macam kat Melaka, mula-mula setuju then, tak jadi pulak, lesen baru memang tak dikeluarkan bila dah jadi kat Sepang tapi bagaimana dengan penternak yang degil ? jangan jadi esok, bersepah dengan ladang khinzir, sebagai seorang penyelidik tani saya merasakan bahawa usaha ini adalah sangat baik tetapi tidak cukup dengan niat sahaja, pelaksanaan biar berjalan dengan betul. Minta pandangan Pakar Khinzir dari Fakulti Vaterinar, UPM.

 

The thing about the pig farm is that no matter where you put it, people are bound to complaint. Sepang people doesn’t want a pig farm in Sepang eventhough the pig farm is probably nowhere close to his house. Even in a big district like Sepang such issue can arise, imagine in smaller areas. Its because we already have a mental image of a pig farm in our mind; dirty with muck flowing into rivers. The issue is not to relocate and relocate and relocate but to break that image and create a pig farm that is well clean. That is what I hope the Selangor government is doing.

 

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

del.icio.us:Isu Babi Sepang Malaysia digg:Isu Babi Sepang Malaysia spurl:Isu Babi Sepang Malaysia wists:Isu Babi Sepang Malaysia simpy:Isu Babi Sepang Malaysia newsvine:Isu Babi Sepang Malaysia blinklist:Isu Babi Sepang Malaysia furl:Isu Babi Sepang Malaysia reddit:Isu Babi Sepang Malaysia fark:Isu Babi Sepang Malaysia blogmarks:Isu Babi Sepang Malaysia Y!:Isu Babi Sepang Malaysia smarking:Isu Babi Sepang Malaysia magnolia:Isu Babi Sepang Malaysia segnalo:Isu Babi Sepang Malaysia gifttagging:Isu Babi Sepang Malaysia

Wooots... No Related Posts Here :(

Comments:

Post a comment

You must be logged in to post a comment.

KeywordDiscovery.com Keyword Research Tool free wordpress themes