Image by Getty Images via Daylife
Sejak kenaikan harga minyak ini, berbagai cara & ikhtiar dilakukan oleh masyarakat. Antara langkah yang diambil adalah dengan memasang sistem NGV di kenderaan. Gas NGV adalah 4 kali ganda lebih murah dari harga petrol. Jika petrol seliter adalah RM2.70, gas NGV pula hanya RM0.68 seliter.
Satu tong gas NGV jika diisi penuh, kosnya hanyalah sekitar RM9-RM10, dan kenderaan anda boleh bergerak sejauh 180 – 200km sebelum kehabisan gas.
Jika anda menggunakan petrol, berapa “RM” kah yang perlu anda keluarkan untuk keneraan anda bergerak sejauh 180-200km?
Setelah membuat pengujian & pengukuran, saya mendapati, saya perlu mengisi petrol sebanyak RM50 untuk bergerak sejauh 200km. Bagaimana cara pengukuran dilakukan?.. senang je.. isi minyak RM50, sebelum start kereta, tekan butang reset km di kereta anda. Kemudian, tengoklah bacaan meter tu, berapa jauh jaraknya sebelum kereta anda kehabisan minyak. Lakukan 2-3 kali.. kemudian dapatkan ukuran purata.
Disebabkan kereta saya memerlukan RM50 untuk menyuruhnya bergerak sejauh 200km, ini bermakna, bagi setiap kilometer, saya terpaksa membayar kereta saya sebanyak.. RM50 / 200km = RM0.25 perkm
Orang kata, kalau pasang sistem NGV, lebih jimat, namun begitu, untuk memasang NGV di kenderaan, kosnya adalah dalam lingkungan RM3,000 (bergantung kepada jenis sistem NGV). Oleh itu, satu perkiraan ROI (Return of Investment) perlu dilakukan. Iaitu, kita perlu tahu, jika kita memang NGV, bilakah “waktu” yang sebenar-sebenarnya kita akan merasakan “nikmat” penjimatan itu?
Mari kita kira…
Untuk pemasangan NGV, kosnya RM3,000. Jika saya tidak memasang NGV dan memperuntukkan RM3,000 tersebut untuk digunakan membeli petrol, berapa kilometer kah kenderaan saya boleh bergerak?
RM0.25 = 1km
RM3,000 = RM3000 / RM0.25 = 12,000km
Ya, jika saya gunakan RM3,000 tersebut, kenderaan saya boleh bergerak sejauh 12,000km dengan menggunakan petrol. Persoalannya, berapa lamakah masa yang diperlukan untuk kereta saya bergerak sejauh 12,000 km?
Sekarang, mari kita buat anggaran.. saya akan servis kereta setiap 5,000km sekali, untuk mencapai 5,000km itu pula, biasanya, ia akan mengambil masa 3 bulan. Jadi, secara kasarnya… pegerakan sejauh 12,000 km itu, memerlukan masa selama 6-7 bulan. Ini bermakna, jika saya memasang sistem NGV di kenderaan saya, saya sebenarnya hanya akan merasa “nikmat” penjimatan tersebut, hanya selepas 7 bulan.
Berbaloi ke? Tapi.. dengar kata, selepas 6 bulan (tahun hadapan), harga minyak akan naik lagi?
Saya rasa, NGV ini amat sesuai bagi mereka yang berjalan jauh setiap hari. Contohnya seperti, orang-orang yang kerja di KL, tapi tinggal di serembam.. setiap hari bergerak sejauh 200km (pergi balik). 2 bulan je dah jejak 12,000 km. Maka, sesuai lah rasanya kot nak pasang NGV.
Tapi bagi saya?.. hmm… nak kena check bonet dulu.. muat ke tak? oh!
------------------------------
(shuth) is one of prominent Malaysia blogger who love blogging about Earn Money Online, Entrepreneur Tips, Google AdSense, Internet Business, Make Money Online, Perniagaan Internet, Search Engine Optimization. You can visit his blog: Click Here------------------------------





0 comments ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.
You must log in to post a comment.