Hujah Dr. Asri Zainul about ISA in Malaysia

Filed Under (Malay Politic, Malaysia Politic, Melayu Boleh, National Issue) by admin on 15-09-2008

Tagged Under : , , , , , , ,

Hujah Dr. Asri Zainul about ISA in Malaysia

Dr. Asri Zainul helps to clarify alot of unanswered questions about Islam especially for the non-muslims who seem to be very interested in the various undang undang of Islamic law of late. By the way, what kind of role those Islamic organizations in our country play when they ganged up with the government to fitnah against Raja Petra? Is there any way to rectify the tense situation when different set of Islamic organisation preach different rules and order?

Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.

  1. Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.
  2. Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.
  3. Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya.
  4. Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia.
  5. Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.
  6. Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam.
  7. Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?
  8. Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.
  9. Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja.
  10. Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.
  11. Kalau hendak diikutkan yang menghina Islam, ramai lagi yang patut dibuat aduan. Jelaskan dulu apa yang perlu dilakukan?
del.icio.us:Hujah Dr. Asri Zainul about ISA in Malaysia digg:Hujah Dr. Asri Zainul about ISA in Malaysia spurl:Hujah Dr. Asri Zainul about ISA in Malaysia wists:Hujah Dr. Asri Zainul about ISA in Malaysia simpy:Hujah Dr. Asri Zainul about ISA in Malaysia newsvine:Hujah Dr. Asri Zainul about ISA in Malaysia blinklist:Hujah Dr. Asri Zainul about ISA in Malaysia furl:Hujah Dr. Asri Zainul about ISA in Malaysia reddit:Hujah Dr. Asri Zainul about ISA in Malaysia fark:Hujah Dr. Asri Zainul about ISA in Malaysia blogmarks:Hujah Dr. Asri Zainul about ISA in Malaysia Y!:Hujah Dr. Asri Zainul about ISA in Malaysia smarking:Hujah Dr. Asri Zainul about ISA in Malaysia magnolia:Hujah Dr. Asri Zainul about ISA in Malaysia segnalo:Hujah Dr. Asri Zainul about ISA in Malaysia gifttagging:Hujah Dr. Asri Zainul about ISA in Malaysia

Hey! More Related Posts Here:

Post a comment

You must be logged in to post a comment.

KeywordDiscovery.com Keyword Research Tool free wordpress themes