Selamat Hari Raya Aidilfitri

Filed Under (Funny Photos, Funny Zone, Melayu Boleh) by admin on 27-09-2008

Tagged Under : , ,

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Image Hosted by ImageShack.us

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Negara kita aman sentosa
Jangan dilupa orang terinyanya
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan dilupa

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Menyeberang lautan melintas negeri
Terbang jauh dari Itali
Datuk nenek muka berseri
Anak cucu telah kembali

Gua Niah pintunya lebar
Dayak dusun jadi penjaga
Datuk nenek tidak tersabar
Kuih tersusun di atas meja

Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara

del.icio.us:Selamat Hari Raya Aidilfitri digg:Selamat Hari Raya Aidilfitri spurl:Selamat Hari Raya Aidilfitri wists:Selamat Hari Raya Aidilfitri simpy:Selamat Hari Raya Aidilfitri newsvine:Selamat Hari Raya Aidilfitri blinklist:Selamat Hari Raya Aidilfitri furl:Selamat Hari Raya Aidilfitri reddit:Selamat Hari Raya Aidilfitri fark:Selamat Hari Raya Aidilfitri blogmarks:Selamat Hari Raya Aidilfitri Y!:Selamat Hari Raya Aidilfitri smarking:Selamat Hari Raya Aidilfitri magnolia:Selamat Hari Raya Aidilfitri segnalo:Selamat Hari Raya Aidilfitri gifttagging:Selamat Hari Raya Aidilfitri

Wooots... No Related Posts Here :(

Post a comment

You must be logged in to post a comment.

KeywordDiscovery.com Keyword Research Tool free wordpress themes