Di dalam buku “Secret of the Millionaire Mind” ada menyatakan, salah satu sikap orang kaya ialah.. mereka sukakan orang kaya yang lain. Manakala bagi si miskin pula, mereka amat membenci orang yang kaya. Bagi mereka, orang kaya sangat jahat, tamak, penindas, suka mengambil kesempatan dan suka berlagak.
Perasaan “dendam kesumat serta benci” yang terpendam di dalam hati si miskin inilah yang menyebabkan mereka tidak akan menjadi kaya. Ini kerana, dalam fikiran mereka, orang kaya ialah orang sangat jahat, tamak, penindas, suka mengambil kesempatan dan suka berlagak.
Disebabkan anggapan itu, minda separa sedar mereka akan mengatakan, mereka tidak boleh jadi kaya.. ini kerana, jika mereka jadi kaya, mereka akan jadi jahat, tamak, penindas, suka mengambil kesempatan dan juga berlagak.
Untuk mengelakkan diri mereka dari menjadi seperti itu, maka, jadilah mereka miskin untuk selama-lamanya…
Begitu juga halnya dengan IM, bagaimana seseorang itu boleh menjadi IM jikalau dia amat membenci orang yang bergelar IM? Ada sesetengah orang menganggap IM ini hanya suka menipu, berlagak, mata duitan, suka ambil kesempatan, tidak ikhlas membantu, suka berkomplot, dan bermacam-macam lagi anggapan buruk.
Terus-terang saya katakan, orang-orang seperti ini tidak akan menjadi IM, walaupun mereka sebenarnya teringin “sangat” untuk menjadi IM (memperolehi wang dengan hanya duduk di depan komputer). keadaannya sama seperti orang miskin yang teringin sangat menjadi kaya diatas.
Orang yang anti-ebook, tidak akan menghasilkan ebook… jesteru melenyapkan peluang mereka untuk menjana wang beribu-ribu ringgit dengan hanya menjual ebook (walaupun mereka mempunyai ilmu yang sangat baik untuk ditukarkan menjadi ebook).
Orang yang anti-salesletter, tidak akan menghasilkan salesletter di dalam website mereka.. jesteru merendahkan “conversion rate” untuk website mereka.
Orang yang “anti-IM popular” , tidak akan memperkenalkan diri mereka sekaligus memendekkan peluang jangkahayat “perniagaan” mereka untuk terus bertahan kerana tiada “kredibiliti” dan nama.
Orang yang “anti-komplot (anggapan mereka)” tidak akan membuat sebarang JV dan bekerjasama dengan mana-mana IM yang lain dan sekaligus menyukarkan mereka untuk berjaya.
Ianya adalah “konflik minda”.
Minda sedar, teringin sangat menjadi kaya, popular dan bergaya dengan hanya duduk di depan komputer dan melihat wang beribu-ribu masuk ke dalam akaun seperti IM yang lain.
Tetapi, minda separa sedar, amat bencikan IM kerana menganggap IM yang berjaya hanyalah kerana mereka berkomplot dengan IM-IM lain (yang juga dibenci) dan juga disebabkan mereka “bernasib baik” sahaja.
Apabila “minda sedar & minda separa sedar tidak sehaluan”.. maka ia akan membawa kepada kecelaruan dan sekaligus membawa kepada kegagalan.
Jadi, fikir-fikirkan semula.. apakah pandangan serta fikiran anda terhadap IM yang lain…
P/s:- Mungkin entri ini akan menjawap… mengapa otai-otai IM di malaysia saling bantu membantu dan menyenangi antara satu sama lain, sedangkan pada hakikatnya mereka juga saling bersaing di dalam satu industri yang sama…
------------------------------
(shuth) is one of prominent Malaysia blogger who love blogging about Earn Money Online, Entrepreneur Tips, Google AdSense, Internet Business, Make Money Online, Perniagaan Internet, Search Engine Optimization. You can visit his blog: Click Here------------------------------





0 comments ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.
You must log in to post a comment.