Entries from January 2009 ↓

Plugin-plugin Yang Perlu Anda Miliki Dengan Blog Wordpress

Your Ad Here

Hampir satu purnama saya tidak melakukan entri di blog rahsia blogger ini malah blog selangor2u saya pon baru je 2,3 hari ini update.

Jadi untuk kali ini saya rasa elok rasanya saya berkongsi kepada anda semua mengenai plugin-plugin asas yang anda perlu ada untuk blog worpdress.

1. Adsense Deluxe 

Jika anda menggunakan adsense di blog anda adsense deluxe ini membantu anda untuk menjadikan adsense anda lebih menarik.

2. Alinks

Plugin ini akan link kan perkataan yang tertentu dengan post atau website lain yang mempunyai perkataan yang sama. (Saya belum mencubanya jadi tak dapat komen lebih)

3. All-in-one SEO pack

Seperti semua yang sedia maklum plugin ini untuk SEO.

4.Sitemap Generator

Plugin ini juga bertujuan untuk SEO.

5. Link cloaking plugin

Plugin ini akan secara outomatik akan menyembunyi link affiliate anda. Namun begitu, sebenarnya jika orang yang dah biasa dengan internet kita dapat bezakan mana link affiliate mana yang bukan.

6. SEO Slug

Menjadikan link url anda juga untuk SEO Friendly.

7. Share this

Plugin yang membolehkan pengunjung ke blog kita untuk submit artikel kita ke social networking website.

8. Wordpress Relate Post

Akan kelihatan relate post di setiap bawah setiap post  jika post tersebut terdapat persamaan TAG dengan post yang lain.

9. wp-cache

Menjadikan blog anda lebih cepat untuk loading

10. wp-contact form

Ini plugin untuk contact form la ;)

Setakat itu sahaja dari saya mazuki mustaffa untuk kali ini. 

Semua plugin-plugin ini boleg didapati secara percuma di internet jadi hanya google untuk mendapatkanya.

Jika anda mempunyai perkongsian mengenai plugin yang menarik, boleh lah berbuat demikian dengan meninggalkan di ruangan komen.

Dah sebulan dah?

Your Ad Here

Fuh!.. sekejap je dah habis sebulan pada tahun 2009. Tinggal 11 bulan sahaja lagi untuk saya menunaikan “azam” saya. Bulan januari nampaknya bulan yang agak mengembirakan buat saya. Pada bulan ini saya telah berjaya

Hmm.. nampaknya, bulan ini saya lebih banyak menumpukan perhatian kepada blog ini. Tidak mengapalah.. yang penting saya happy.. dan pembaca-pembaca blog ini juga happy.

Bulan Februari, saya rasa ia akan menjadi lebih menarik, dengar kata, pada bulan Februari ini, ramai IM tempatan akan melancarkan produk-produk baru mereka. Antaranya…

Semoga mereka semua beroleh kejayaan dengan usaha mereka. Sebagai rakan, saya mendoakan kejayaan mereka.

Oklah! sebagai penutup entry bulan January 2009,  saya mengajak anda untuk menonton sebuah video yang sangat poyo >>disini!<<

Yosh!

Buzz it!


Prasyarat buat duit di internet!

Your Ad Here

Setiap kali saya pulang ke kampung, saya akan berjumpa dengan orang-orang kampung yang sememangnya agak kurang “celik komputer”.  Jadi, apabila saya kata “saya buat bisnes secara online”, ianya seperti anda cuba menerangkan tentang “Teori F Kosmology” kepada kanak-kanak berusia 5 tahun.

Angguk-angguk, geleng-geleng macam paham…

Tetapi, apa yang nyata, apabila saya kata, ramai orang berpeluang menjana pendapatan 5 angka sebulan dengan hanya duduk di depan komputer, mereka akan berasa teruja dan berkata.. “Eh! ajarlah macam mana nak buat?”

Apabila saya tanya…”Ada komputer di rumah tak?”… Beliau jawap.. “Takde”
Apabila saya tanya…”Pernah masuk internet? “… Beliau jawap.. “Takde, kalau gi CC selalu main games je!”
Apabila saya tanya…”Ada email tak?”… Mereka jawap.. “Dulu ada.. lepastu dah lama tak bukak, dah takde kot.”
“Dulu tu bila?”.. saya tanya lagi… “Hmm… 4 tahun lepas kot? Member yang buatkan masa tu..” jawap beliau..

Ok! ok!… dulu saya pernah beranggapan…. “Semua orang boleh buat duit di internet!”… tetapi apabila berjumpa dengan orang-orang di kampung.. saya surrender!…  “Tidak semua orang boleh buat duit di internet!”.

Dan hakikatnya, jika seseorang ingin membuat duit di internet.. mereka perlu memenuhi beberapa prasyarat dan keperluan asas. Dan entry pada kali ini, saya ingin senaraikan beberapa pra-syarat yang perlu mereka penuhi sebelum mereka boleh belajar dengan lebih lanjut tentang “bagaimaan buat duit di internet”.  Perhatikan.. saya sebut “mereka” (orang lain) , bukan “anda”.. sebab saya yakin, semua pelawat-pelawat blog ini sudah melepasi tahap prasyarat tersebut. Jadi, entry ini saya tujukan kepada “mereka”. Mungkin anda boleh gunakan ilmu pada entry ini apabila anda berjumpa dengan golongan-golongan “mereka” ini.. :)

Ok! berikut adalah prasyarat yang perlu dipenuhi “mereka”.

1) Tahu menggunakan komputer &  internet.

Jika mereka tidak mempunyai komputer di rumah pun tidak mengapa, yang penting, mereka tahu menggunakan komputer dan internet, (ada sesetengah orang memang rajin pergi ke  Cyber Cafe). Yang lebih penting, mereka tahu apa itu browser, apa itu search engine, apa itu website dan apa itu email. Jika itu pun mereka kurang jelas dan agak kabur, mungkin anda perlu berikan mereka buku “Internet for Dummies”.

2) Mempunyai akaun email & sering menggunakannya

Ada akaun email sahaja tidak mencukupi. Tetapi, mereka perlu sentiasa menggunakannya. Ini bagi memastikan mereka benar-benar tahu bagaimana menggunakan email. Email adalah tersangat penting dan satu alat yang mesti ada bagi mereka yang ingin buat duit di internet.

3) Biasa menggunakan perbankan internet

Percaya atau tidak, saya pernah jumpa seorang manager IT di sebuah syarikat yang tidak pernah/tahu menggunakan maybank2u.  Jika beliau seorang petani, bagi saya, biasalah tu kan?.. Tetapi ini.. seorang “manager IT”.  Ianya boleh membuatkan saya terguling diatas tanah sambil ketawa terbahak-bahak dan terkentut.

4) Pernah membeli barangan secara online

Ramai orang hanya ingin menjual baramg di internet, tetapi tidak pernah membeli. Hakikatnya, mereka perlu menjadi pembeli terlebih dahulu untuk merasai dan mendapatkan gambaran yang jelas sejelas-jelasnya tentang bagaimana transaksi jual beli di internet itu berlaku. Untuk percubaan “pertama kali”, mungkin anda.. ops! “mereka”..  boleh cuba membeli barang-barang di internet yang berharga kurang dari RM10. Oh yer.. bagi mereka yang tidak pernah membeli barang secara online.. mungkin boleh “Klik disini” untuk mendapatkan “Panduan Membeli Secara Online” . Ianya adalah laporan percuma yang ditulis oleh saudara Syamsuriyadi.

Baiklah, itulah antara syarat-syarat keperluan asas yang perlu dimiliki oleh seseorang sebelum mereka boleh menceburkan diri di dalam arena “buat duit di internet”. Tanpa kemahiran asas di atas.. mungkin agak mustahil sedikit untuk mereka berhasil membuat duit di internet.

Sekian, Yosh!

P/s:- Maaf jika entry kali ini agak membosankan, saya sebenarnya sedang “create outline content” bagi kursus untuk “retrench workers” anjuran XXX.  Untuk mengajar orang-orang yang nak kena berhenti kerja yang tidak mempunyai kemahiran IT & Komputer ini, saya perlu bermula dari asas. Hopefully, saya tidak menjumpai pembaca-pembaca blog ini di dalam kursus tersebut.. :)

Buzz it!


Selamat Tahun Baru Cina!

Your Ad Here

Ok! saya tidak pasti berapa ramai yang akan melawati blog saya pada hari-hari cuti sebegini. Tetapi, apa yang pasti, pada waktu ini, saya sedang berada di kampung, dan post ini.. adalah post automatik yang telah sya setkan 4 hari yang lalu… ho! ho!..

Post hari ini.. just relaks sahaja.. just nak ucapkan!

Selamat Tahun Baru Cina dan selamat bercuti kepada semua pembaca blog ini. Semoga hari-hari cuti sebegini dapat dimanfaatkan untuk anda meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tercinta.

Bagi yang mengambil kesempatan melangsungkan perkahwinan pada hari cuti ini. “Selamat Pengantin Baru” saya ucapkan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Sekian. Yosh!

Buzz it!


Buat Duit Online Dengan Ebay

Your Ad Here

Buat Duit Online Dengan Ebay. Kali ni aku nak bercerita secara ringkas mengenai program Buat Duit Online dengan Ebay. Mungkin ramai yang pernah mendengar ebay. Sebuah laman penjualan barang secara bid @ lelong. Harga diletak pada tahap murah dan pembeli akan membida hingga ketahap mereka mampu bayar untuk sesuatu produk yang mahu dimiliki.

Ebay ni macam sebuah kedai maya yang dibuka untuk menjual barang2 dan berjuta2 pengunjung siap sedia untuk membeli setiap hari. Jadi pasaran sebegitu luas itu dilihat sebagai peluang kepada penjual barang-barang untuk memasarkan produk di Ebay.

buat duit dengan ebay

Sekiranya anda mempunyai barang yang unik, jarang dijumpai atau antik. Kebarangkalian barang tersebut dapat dijual dengan harga yang berlipat kali ganda di Ebay. Tu pun tengok juga, samada barang tersebut banyak dicari orang ataupun tidak. Ini adalah asas mana-mana bisnes, tak kira bisnes online ke offline ke.. Kita perlu jual barang atau perkhidmatan yang orang cari.. bukan jual barang yang kita suka, dan ditambah pula dengan saingan yang rendah.. dalam istilah yang canggih ialah niche.

Berbalik kepada buat duit online dengan Ebay nih plak. Macamana caranya… Secara mudah gambarannya macam ni.. register akaun Ebay, kita amek gambar barang, letak kat ebay… ada orang beli.. kita bungkus, pos kat diorang.. memang banyak kerja sikit.. tapi kalau kena caranya boleh tahan lumayan hasilnya.

Kita lihat beberapa kejayaan penjual-penjual Ebay nih.. mana tau kita dapat ikut jejak langkah diorang.. sementara menaikkan semangat kita dalam bisnes online nih..

Antara pengusaha Ebay yang berjaya ialah David Wirtenberg, 28 tahun, seorang powerseller Ebay, menjana pendapatan 10 juta USD dollar setahun dengan Ebay nih, lebih kurang 36 juta hengget setahun. Dia menjual cincin tunang, barang-barang pengantin di ebay ni. Kebanyakan barangnya dijual bermula dengan harga USD 0.99 bagi menggalakkan orang membida barang dia tu.. Kerap juga dia mengalami kerugian kerana harga akhir bidaan lebih rendah daripada harga kos sebenar yang dikeluarkannya. Dan lagi hebatnya mamat nih.. dia menjual barang-barang tersebut tanpa sebarang kepakaran dalam barang-barang tu.

Agak2 kita boleh tak capai ketahap dia? Tapi tak kurang juga yang mengalami kerugian dalam bisnes Ebay nih.. Biasa lah nama pun bisnes.. mesti ada untung rugi… Macamana boleh rugi? Bila kita dah masukkan barang kat Ebay, tapi takde orang berminat nak beli.. Kita masih perlu membayar yuran kemasukan, tak la banyak sangat.. tak sampai singgit satu barang… Kalau barang berjaya dijual pun, kena caj jugak.. Lagi rugi apabila barang yang kita berjaya jual, pos tak sampai, atau mengalami kerosakan dalam perjalanan… Pembeli minta ganti rugi… kita terpaksa bayar, atau kembalikan wang semula jika tidak mahu imej kita di Ebay terjejas yang mana menyukarkan kita untuk menjual barangan lain selepas tu.. Ynag lagi parah bila terkena pembeli yang tidak jujur.. barang dah dapat, tapi dia cakap tak dapat.. kita menanggung kos yang tinggi.

Jadi ilmu adalah penting sebelum mencebur dalam bidang ni.. Buat duit online bukan lah semudah teori 4D – Duduk Diam Dapat Duit. Semua memerlukan matlamat azam yang jelas selain berusaha tanpa jemu menambah pendapat online kita.

copyright 2009 buat duit online dengan ebay

Awasi “brand” perniagaan anda!

Your Ad Here

Suatu masa dahulu, adalah amat sukar untuk sesebuah perniagaan mengetahui tentang apa yang pelanggan “komen / ceritakan” tentang perniagaan mereka.  Baikkah? Burukkah?… selalunya, pemilik perniagaan tersebut tidak akan ketahui. Ini kerana, pelanggan yang tidak berpuas hati selalunya tidak mahu mengadu tentang ketidakpuashatian mereka kepada pemilik perniagaan secara terus, tetapi mereka akan menceritakan tentang pengalaman buruk mereka kepada ahli keluarga serta rakan-rakan  yang terdekat.

Sedar-sedar sahaja, hasil jualan perniagaan tersebut jatuh merundum. Mereka tertanya-tanya.. “Apakah yang telah berlaku?”. Setelah beberapa bulan, baru mereka ketahui.. rupa-rupanya, ada segelinitir pelanggan yang tidak berpuas hati terhadap produk keluaran mereka dan kemudiannya menyebarkan cerita “buruk” tersebut.

Dalam satu kajian yang pernah dibuat suatu masa dulu, didapati, seorang pelanggan yang tidak berpuas hati, selalunya akan menceritakan pengalaman buruk mereka, sekurang-kurangnya  kepada 12 orang yang lain.

Itu dulu… kini, dengan kewujudan blog dan pelbagai lagi medium komunikasi menerusi  internet (forum, group, myspace, facebook)… penyebaran kisah buruk tadi, tidak lagi terhad kepada 12 orang sahaja.. malah boleh mencecah hingga kepada beribu-ribu orang.

Begitu juga halnya dengan “cerita-cerita manis”  dari  pelanggan yang sangat berpuas hati . Mereka juga agak cenderung untuk menceritakan tentang pengalaman malam pertama mereka . Bagi peniaga yang mempunyai pelanggan seperti itu.. mereka akan dapati, secara tiba-tiba hasil jualan pernagaan mereka meningkat. Dan ya!.. mereka juga kadang-kala tertanya-tanya.. “Apa yang telah berlaku?”.

Sebagai seorang “usahawan/peniaga internet” yang segak & bergaya berjaya. Anda perlulah prihatin terhadap berita-berita berkaitan perniagaan anda. Berita baikkah? Berita burukkah?… anda perlu “alert” dan mengetahuinya. Ini agar membolehkan anda tahu “apa yang sedang berlaku” dan kemudiannya, bertindak balas dengan pantas terhadapnya.

Alhamdulilah… kini sudah ada cara untuk anda “alert” dan mengetahui tentang berita-berita atau “cakap-cakap” orang terhadap perniagaan anda.  Caranya? ….. dengan menggunakan “Google Alert”.

Hanya perlu masukkan “keyword / nama”  tentang perniagaan anda di situ, dan kemudian, setkan agar satu email notis pemberitahuan dihantarkan ke email anda  setiap kali Google menjumpai sebarang “post/maklumat/berita/video”  yang menyebut tentang “nama perniagaan” anda di internet. Menarik bukan?

googlealert-sempoihosting

Jadi.. apa tunggu lagi, lakukan lah sekarang!… usah lagi terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apakah yang sedang diceritakan oleh orang ramai terhadap perniagaan anda.

Yosh!

Reblog this post [with Zemanta]

Buzz it!


Install Plugin di Wordpress 2.7 lagi.

Your Ad Here

Sebelum ini, saya pernah menunjukkan cara memasang plugin di wordpress 2.7 secara “random”, tetapi pada kali ini, saya ingin menunjukkan satu lagi cara melakukannya.  Pada kali ini, anda hanya perlu search plugin yang ingin anda minati, dan kemudian, klik install. Memang tersangat-sangat mudah.

Caranya..

1) Klik pada “Plugins >> Add New”

plugin01

2)  Kemudian, masukkan keyword yang bersesuaian untuk mencari plugin di kotak search. Sebagai contoh, saya memasukkan keyword “cloud tag”

plugin02

3) Hasil carian dipaparkan, setelah menjumpai plugin yang and amahukan, klik pada link “Install” yang terdapat di bahagian hujung setiap senarai plugin.

plugin03

4) Satu “lightbox popup” akan dipaparkan. Klik pada butang “Install Now” yang berwana merah.

5) Langkah terakhir, klik link “Activate Plugin” . Siap! Kini Plugins tersebut sudah diinstall dan diaktifkan di blog anda.

Reblog this post [with Zemanta]

Bagaimana Menghadapi Kegawatan Ekonomi?

Your Ad Here

Sejak kebelakangan ini, memang hangat diberitakan tentang  masalah “kegawatan ekonomi global”. Beberapa hari lepas, sebuah akhbar melaporkan bahawa seramai 140,000 pekerja mungkin akan diberhentikan kerja sepanjang tahun 2009 jika kegawatan ekonomi kekal berterusan.

Baiklah, hari ini, saya ingin berkongsikan beberapa tips bagaimana anda boleh bertahan dan bersedia bagi menghadapi waktu-waktu sukar akibat kegawatan ekonomi ini.

1) Lindungi & Kukuhkan Punca Pendapatan Anda

Bagi mereka yang bekerja makan gaji, inilah masanya untuk anda meningkatkan pagi prestasi kerja anda dengan cara melebihkan sedikit awktu bekerja, bekerja dengan lebih tekun, serta meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran anda. Jika anda seorang pekerja yang cemerlang, tiada sebab untuk pihak syarikat memberhentikan anda (kecuali kalau syarikat tersebut memang gulung tikar la). Ini kerana, anda adalah “aset” kepada syarikat.. memberhentikan anda adalah bermakna, mengurangkan “keuntungan” kepada syarikat.

Bagi mereka yang berniaga/bekerja sendiri, inilah masa untuk anda meningkatkan kualiti perkhidmatan/produk perniagaan anda. “Loyalti programme” seperti mewujudkan kad keahlian mungkin sesuai pada waktu begini.

2) Bersedia untuk diberhentikan / hilang punca pendapatan

Walaupun anda sudah bekerja keras untuk memastikan anda adalah aset bagi tempat anda bekerja, namun kadangkala, sesetengah perkara sudah ditakdirkan dan akan berlaku. Jadi, sebelum perkara yang tidak anda ingini itu berlaku, anda perlulah bersiap sedia, orang kata, “Jangkakan perkara yang tidak dijangka” . Mungkin, pada waktu ini anda boleh mencari semula dan mengemaskini fail-fail resume anda di samping mengenalpasti “lubuk-lubuk” pekerjaan yang baru.

Bagi mereka yang berniaga sendiri, inilah masa yang sesuai untuk anda menambahkan lagi kenalan & network perniagaan anda. Kerapkan diri untuk hadir ke majlis-majlis yang berkaitan perniagaan. Manalah tahu, mungkin anda akan menjumpai “peluang-peluang” serta “idea-idea” perniagaan yang baru disini.

3) Tambahkan Punca Pendapatan Anda

Banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menambahkan punca pendapatan anda. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah, mengorbankan sedikit masa anda berada di hadapan televisyen. Ramai orang yang memberikan alasan dan berkata.. ” Saya bukannya tak mahu buat.. cuma takde masa?”. Zaman sudah berubah, dunia dah maju, kini, sudah ada banyak peluang-peluang menjana pendapatan sampingan yang tidak memerlukan anda menghabiskan banyak masa. Antaranya adalah seperti menyertai program affiliate, berniaga di ebay, menjadi penulis bebas ataupun menjual ebook di internet.

Untuk lebih baik lagi, seelok-eloknya, pastikan punca pendapatan tambahan anda itu, adalah sesuatu yang “passive”.

4) Kurangkan Perbelanjaan Anda

Saya rasa, perkara ini tidak perlu saya ulas lanjut, sudah pastinya anda semua sudah sedia maklum. Setiap kali menghadapi masalah kewangan, perkara pertama yang perlu kita lakukan, ialah mengurangkan perbelanjaan kita. Semak semula perkara-perkara yang perlu kita bayar secara bulanan, adakah ia boleh dihapuskan atau dikurangkan.

5) Semak Hutang Pinjaman Rumah Anda

Semalam, bank negara baru sahaja mengumumkan penurunan kadar OPR, dan perkara ini akan mempengaruhi penurunan BLR. Jadi, semak pinjaman rumah anda, adakah bank anda turut menurunkan kadar BLR mereka? Jika tidak.. mungkin inilah masanya untuk anda membuat survey “pakej-pakej” refinance yang disediakan oleh bank lain yang mampu menawarkan kadar faedah yang terendah.

Selepas berjaya membuat refinance, duit lebih yang diterima hasil refinance tersebut mungkin boleh digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang anda yang lain (kad kredit. Jangan sesekali gunakan duit tersebut untuk menambah liabiliti seperti membeli kerata baru, penghawa dingin baru ataupun perabot baru.

6) Mulakan Pelaburan

Ini pula adalah amat sesuai bagi mereka yang “berkemampuan” dan mempunyai duit lebih. Pada waktu kegawatan seperti ini, saham-saham mewah serta saham-saham amanah sangat murah, kadar faedah pinjaman untuk membeli rumah juga menjadi rendah. Jadi, inilah masanya untuk anda menambah kekayaan anda.

Itulah antara beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi bertahan di dalam situasi kegawatan ekonomi ini. Semoga entri kali ini memberikan anda sedikit manfaat dan kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang ini.

Yosh!

Buzz it!


Nak Kahwin Dengan Jutawan?

Your Ad Here

Entri kali ini adalah khas untuk gadis-gadis melayu yang ingin mencari suami yang bergelar jutawan .  Ho! ho! ho..

Pernah beberapa kali saya menerima email daripada “subscriber” maskahwin.com yang meluahkan tentang dilema mereka di dalam memilih pasangan.

Scha Al-Yahya (bukan nama sebenar) , pernah menghantar email kepada saya dan bertanya kepada saya, lelaki yang manakah yang harus dipilih untuk menjadi suami beliau. Iaitu, antara  Hussin (bukan nama sebenar) atau Aizat (bukan nama sebenar juga) . Hussin adalah seorang penjawat awam kerajaan dan merupakan bekas kekasih lamanya yang kini menagih cintanya semula. Manakala Aizat adalah kekasih barunya yang hadir setelah Husin meninggalkannya. Aizat adalah seorang jurutera di sebuah syarikat kecil.

Berdasarkan pekerjaan dua lelaki ini, Scha mengambarkan, kehidupan rumahtangga beliau mungkin akan lebih bahagia dan terjamin jika bersama Husin.

Lisa Surihani (bukan nama sebenar yer) , turut menghantar email kepada saya dan mengadukan tentang masalah beliau. Beliau amat mencintai seorang lelaki  bernama Jehan Miskin (bukan nama sebenar lah!) . Namun begitu, ibu-bapa mereka tidak berapa setuju dengan pilihannya disebabkan Jehan Miskin ini tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap. Menurut Lisa, Jehan sebenarnya sedang sibuk berusaha untuk membangunkan perniagaan beliau. Disebabkan itulah beliau tidak bekerja makan gaji.

Itulah antara 2 email luahan hati yang pernah saya terima .  Terus terang saya katakan, saya sendiri tidak pasti siapakah  pilihan terbaik buat mereka. Hanya mereka yang dapat menentukan siapakah pilihan terbaik mereka.

Namun begitu, saya ingin berkongsikan sedikit pandangan saya berkenaan hal ini.

Kebanyakan (tidak semua) gadis, sememangnya  mahukan lelaki yang kaya sebagai bakal suami mereka. “Lebih terjamin!”… kata mereka. Apa yang “terkamin!”.. sayapun tak pasti.  Namun begitu, lelaki yang kaya/jutawan.. selalunya.. adalah lelaki yang sudah berumur ataupun sudah beristeri empat.

Ramai gadis yang terlepas pandang hakikat ini, “jutawan-jutawan yang sudah beristeri” pada waktu ini, kebanyakkannya, sewaktu mereka berkahwin dulu, mereka bukanlah seorang  jutawan. Suatu masa dulu, mereka hanyalah seorang lelaki biasa, ada yang bekerja makan gaji, ada yang hanya bekerja dikilang dan ada juga yang hanya membantu ibu-bapa mereka berniaga di pasar malam. Namun begitu, selepas berkahwin, lelaki-lelaki ini berasa lebih bertanggungjawap untuk menyediakan kehidupan yang terbaik untuk keluarga mereka. Ditambah lagi dengan dorongan si isteri yang sentiasa memberikan sokongan hingga akhirnya.. suami mereka ini, berjaya dan menjadi jutawan.

Nasihat saya kepada gadis-gadis di luar sana, pekerjaan kekasih anda pada waktu ini sebenarnya adalah tidak begitu penting dan sama sekali tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk jaminan masa hadapan hidup anda. Apa yang lebih penting pada pandangan saya, ialah, memastikan bakal suami (kekasih) anda itu mempunyai ilmu yang bagus di dalam perihal pengurusan kewangan.

Bagaimana nak tahu kekasih anda itu bijak mengurus kewangan atau tidak?… Mudah sahaja! lelaki yang bijak menguruskan kewangan selalunya ( diulangi.. “selalunya” yer.. bukan “mesti”..)...

  • tidak merokok
  • tidak gemar memakai pakain berjenama
  • tidak mengubahsuai kenderaan
  • tidak mempunyai hobi “mewah” yang memerlukan beliau berhabisan banyak duit.
  • tidak mempunyai hutang kad kredit yang melampau.
  • mempunyai polisi insuran/takaful
  • ada mempunyai wang simpanan
  • sudah membaca dan mengamalkan ilmu yang terdapat di dalam ebook “Maskahwin Yang Hilang” oh!

Itulah antara beberapa ciri lelaki yang bijak menguruskan kewangan dan “mungkin” akan menjadi jutawan suatu hari nanti jika anda (sebagai isteri) bijak memberikan mereka semangat dan dorongan kearah itu.

Jadi.. timbang-timbangkanlah….Yosh!

Buzz it!


Your Ad Here

Seminar Ebook @ Quality Hotel

Your Ad Here

Alhamdulilah, petang tadi, seminar “Menjana Passive Income Dengan Ebook” telah berjaya diadakan di Quality Hotel dengan lancar. Seramai 34 orang peserta telah hadir pada seminar kali ini. Diharapkan, semua ilmu & pengalaman yang sempat dikongsikan, dapat dimanfaatkan oleh semua peserta yang hadir.

seminarebookmedium

Peserta-peserta Seminar "Bina Passive Income Dengan Ebook" – 18 Jan 2009 @ Hotel Quality, KL

Seperti yang telah saya janjikan kepada semua peserta seminar, anda kini, sudah boleh akses ke page download yang saya nyatakan di dalam nota. Diharapkan, “bonus-bonus” yang terdapat dalam page tersebut dalam membantu anda lagi di dalam usaha membina “Passive Income” anda.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua peserta yang hadir dan apa yang boleh saya katakan, saya sangat seronok dapat bertemu & berkongsi pengalaman dengan anda semua.

Terima Kasih! Yosh!

Buzz it!


Awek Cun – Red Hot Awek

Your Ad Here



Kuasa Ebook Cover!

Your Ad Here

Semenjak menukar theme baru ini.. memang bertambah semangat saya untuk mengupdate blog ini selalu. Hopefully pembaca-pembaca blog ini enjoy membaca blog saya. Dan bagi yang selalu baca blog saya ini melalui RSS reader/email sahaja, sesekali, jenguklah ke blog saya ini dan lihatlah wajah barunya..  he! he! he! :)

Ok.. kali ini nak bagi tips pasal “Perniagaan Internet” pula…

Orang kata.. “Don’t judge a book by its cover”..  tapi realitinya.. “They do!”..

Lebih-lebih lagi “ebook”, ianya tidak boleh dipegang dan selalunya, bakal pembeli tidak akan dapat melihat isi kandungan yang terdapat di dalamnya terlebih dahulu sebelum membeli. Yang ada hanyalah salesletter yang memujuk pembeli untuk membeli. Disebabkan itu, “grafik” adalah sangat penting, imej grafik yang menarik & profesional akan membawa gambaran “secara tidak sedar” kepada bakal pembeli bahawa ebook tersebut adalah berkualiti. Manakala ebook yang kualiti imejnya buruk, membawa maksud “secara tidak sedar” bahawa kualiti tersebut mungkin juga buruk.

Ada orang kata, imej tak penting, yang penting adalah isi kandungannya. Nope! saya kurang bersetuju, bagi saya, kedua-duanya adalah sama penting.

Ianya sebenarnya, memberikan impak yang sangat besar, sama ada kepada bakal pembeli mahupun kepada bakal affiliate anda.  Honestly, saya pernah membatalkan niat saya untuk mempromosikan sebuah ebook setelah melihat “minisite dan cover ebooknya sangat buruk”, walaupun ramai yang mengatakan isikandungan ebook tersebut sangat bagus & menarik. Tetapi, bagi saya, ia seperti ada sesuatu yang tidak kena, ianya seperti seseorang yang berpakaian seperti pencuci kereta yang cuba menjual kereta BMW. Agak meragukan dan tidak menyakinkan.

Untuk mendapatkan ebook cover yang menarik dan profesional sebenarnya bukanlah sesuatu yang sukar, ada beberapa cara anda boleh lakukan.

1) Menggunakan Action Script

Pada masa kini, sudah terdapat banyak action script yang berkualiti tinggi dijual dengan harga yang murah. Dengan “action script” ini, anda boleh menghasilkan imej cover yang profesional dengan hanya beberapa klik sahaja.

Walaupun ianya mudah tetapi ia ada beberapa syarat.

  1. Anda perlu “ada” dan “tahu” guna software Adobe Photoshop
  2. Anda perlu ada sedikit bakat “seni”. Seriously! , saya pernah lihat ada orang yang membuat cover ebook menggunakan action script, tetapi ianya masih juga kelihatan hodoh.

P/s:- Kepada peserta-peserta miniseminar “membina passive income menerusi ebook” yang hadir pada hari ahad ini, saya akan berikan anda  action script ini secara percuma. Oh yer! Seminar ini sudah full house!

2) Mengupah Orang

Jika anda tidak mampu memenuhi 2 syarat yang saya nyatakan diatas, maka, kaedah kedua ini adalah pilihan terbaik. Biarkan mereka yang pakar melakukannya. Ia sememangnya memerlukan sedikit “modal” untuk mengupah si “pakar” tersebut melakukannya untuk anda, tetapi, ianya lebih mudah, menarik, cepat dan berbaloi. Kos “upah” menghasilkan ebook cover ini juga tidaklah terlalu mahal pada masa kini, terutamanya servis yang disediakan oleh anak tempatan seperti di VirtualNiaga dan juga Cheapest-Design.

Sekian untuk entry kali ini… sebagai penamat, terimalah video tutorial bagaimana membuat box cover menggunakan adobe photoshop. Yosh!

Buzz it!


Your Ad Here