Setiap kali saya pulang ke kampung, saya akan berjumpa dengan orang-orang kampung yang sememangnya agak kurang “celik komputer”. Jadi, apabila saya kata “saya buat bisnes secara online”, ianya seperti anda cuba menerangkan tentang “Teori F Kosmology” kepada kanak-kanak berusia 5 tahun.
Angguk-angguk, geleng-geleng macam paham…
Tetapi, apa yang nyata, apabila saya kata, ramai orang berpeluang menjana pendapatan 5 angka sebulan dengan hanya duduk di depan komputer, mereka akan berasa teruja dan berkata.. “Eh! ajarlah macam mana nak buat?”
Apabila saya tanya…”Ada komputer di rumah tak?”… Beliau jawap.. “Takde”
Apabila saya tanya…”Pernah masuk internet? “… Beliau jawap.. “Takde, kalau gi CC selalu main games je!”
Apabila saya tanya…”Ada email tak?”… Mereka jawap.. “Dulu ada.. lepastu dah lama tak bukak, dah takde kot.”
“Dulu tu bila?”.. saya tanya lagi… “Hmm… 4 tahun lepas kot? Member yang buatkan masa tu..” jawap beliau..
Ok! ok!… dulu saya pernah beranggapan…. “Semua orang boleh buat duit di internet!”… tetapi apabila berjumpa dengan orang-orang di kampung.. saya surrender!… “Tidak semua orang boleh buat duit di internet!”.
Dan hakikatnya, jika seseorang ingin membuat duit di internet.. mereka perlu memenuhi beberapa prasyarat dan keperluan asas. Dan entry pada kali ini, saya ingin senaraikan beberapa pra-syarat yang perlu mereka penuhi sebelum mereka boleh belajar dengan lebih lanjut tentang “bagaimaan buat duit di internet”. Perhatikan.. saya sebut “mereka” (orang lain) , bukan “anda”.. sebab saya yakin, semua pelawat-pelawat blog ini sudah melepasi tahap prasyarat tersebut. Jadi, entry ini saya tujukan kepada “mereka”. Mungkin anda boleh gunakan ilmu pada entry ini apabila anda berjumpa dengan golongan-golongan “mereka” ini..
Ok! berikut adalah prasyarat yang perlu dipenuhi “mereka”.
1) Tahu menggunakan komputer & internet.
Jika mereka tidak mempunyai komputer di rumah pun tidak mengapa, yang penting, mereka tahu menggunakan komputer dan internet, (ada sesetengah orang memang rajin pergi ke Cyber Cafe). Yang lebih penting, mereka tahu apa itu browser, apa itu search engine, apa itu website dan apa itu email. Jika itu pun mereka kurang jelas dan agak kabur, mungkin anda perlu berikan mereka buku “Internet for Dummies”.
2) Mempunyai akaun email & sering menggunakannya
Ada akaun email sahaja tidak mencukupi. Tetapi, mereka perlu sentiasa menggunakannya. Ini bagi memastikan mereka benar-benar tahu bagaimana menggunakan email. Email adalah tersangat penting dan satu alat yang mesti ada bagi mereka yang ingin buat duit di internet.
3) Biasa menggunakan perbankan internet
Percaya atau tidak, saya pernah jumpa seorang manager IT di sebuah syarikat yang tidak pernah/tahu menggunakan maybank2u. Jika beliau seorang petani, bagi saya, biasalah tu kan?.. Tetapi ini.. seorang “manager IT”. Ianya boleh membuatkan saya terguling diatas tanah sambil ketawa terbahak-bahak dan terkentut.
4) Pernah membeli barangan secara online
Ramai orang hanya ingin menjual baramg di internet, tetapi tidak pernah membeli. Hakikatnya, mereka perlu menjadi pembeli terlebih dahulu untuk merasai dan mendapatkan gambaran yang jelas sejelas-jelasnya tentang bagaimana transaksi jual beli di internet itu berlaku. Untuk percubaan “pertama kali”, mungkin anda.. ops! “mereka”.. boleh cuba membeli barang-barang di internet yang berharga kurang dari RM10. Oh yer.. bagi mereka yang tidak pernah membeli barang secara online.. mungkin boleh “Klik disini” untuk mendapatkan “Panduan Membeli Secara Online” . Ianya adalah laporan percuma yang ditulis oleh saudara Syamsuriyadi.
Baiklah, itulah antara syarat-syarat keperluan asas yang perlu dimiliki oleh seseorang sebelum mereka boleh menceburkan diri di dalam arena “buat duit di internet”. Tanpa kemahiran asas di atas.. mungkin agak mustahil sedikit untuk mereka berhasil membuat duit di internet.
Sekian, Yosh!
P/s:- Maaf jika entry kali ini agak membosankan, saya sebenarnya sedang “create outline content” bagi kursus untuk “retrench workers” anjuran XXX. Untuk mengajar orang-orang yang nak kena berhenti kerja yang tidak mempunyai kemahiran IT & Komputer ini, saya perlu bermula dari asas. Hopefully, saya tidak menjumpai pembaca-pembaca blog ini di dalam kursus tersebut..
------------------------------
(shuth) is one of prominent Malaysia blogger who love blogging about Buat Duit Online, Earn Money Online, Entrepreneur Tips, Google AdSense, Internet Business, Make Money Online, Perniagaan Internet, Search Engine Optimization. You can visit his blog: Click Here------------------------------





0 comments ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.
You must log in to post a comment.