Review RahsiaClickbank.com

Your Ad Here

Nampaknya, minggu ini dunia IM memang akan demam dengan produk terbaru dari Zamri Nanyan dan Gobala Krishnan ini. Apalagi jika bukan produk “Rahsia Clickbank”.

Saya telah diberi peluang untuk melihat sendiri  isi kandungan produk “Rahsia Clickbank” ini, jadi saya mengambil kesempatan ini untuk membuat sedikit review mengenainya.

Pertama sekali produk yang ditawarkan di “Rahsia Clickbank” ini bukanlah ebook semata-mata, ianya terdiri daripada:-

  • ebook Panduan Sistem Rahsia Clickbank
  • 15 set website landing page
  • 1 sheet hasil kajian produk di clickbank, yang mengandungi keputusan kajian untuk 16 kategori produk
  • software khas untuk kegunaan aktiviti pemasaran

Ebook Panduan Sistem Rahsia Clickbank

Ini adalah ebook yang akan memberikan anda tentang gambaran keseluruhan tentang produk “sistem rahsia clickbank” dan bagaimana ia berfungsi.  Terdapat 5 bahagian di dalam ebook ini.

Pada bahagian pertama, ia menceritakan tentang perkara-perkara asas mengenai program affiliate, seperti, Apa itu programme affiliate? Bagaimana program affiliate berfungsi? Perbandingan antara program affiliate individu dan program affiliate berkumpulan.  Bahagian ini mungkin sedikit bosan bagi mereka yang sudah mempunyai asas mengenai program affiliate. Saya rasa, pihak “Rahsia Clickbank” cuba menfokuskan bahagian ini khas untuk mereka yang betul-betul baru ingin menceburi bidang affiliate ini.

Bahagian kedua pula, memberikan penerangan yang lebih spesifik kepada website clickbank, tetapi ia masih lagi tentang perkara-perkara asas seperti, Bagaimana mendaftar akaun clickbank?  Bagaimana memahami akaun clickbank?  Bagaimana membeli produk di clickbank?  dan.. Bagaimana mengeluarkan duit dari clickbank? Bagi mereka yang sudah biasa dengan clickbank, bahagian ini juga mungkin akan sedikit membosankan, tetapi, masih ada juga beberapa tips yang menarik tentang clickbank di dalam bahagian ini.

Bahagian ketiga, saya kira disinilah bermulanya isi kandungan sebenar ebook ini. Pada bahagian ini, ia mula menceritakan tentang “Bagaimana menjadi super affiliate di clickbank?”.  Disinilah pihak “Rahsia Clickbank”, menceritakan tentang “teknik serta sistem” yang digunapakai oleh mereka  di dalam menjana pendapatan yang lumayan di clickbank. Ianya bermula dari teknik memilih produk, kemudian teknik memlih kata kunci, teknik menulis review, membina landing page dan juga keperluan membina mailing list. Ke semuanya diceritakan dengan terperinci. Anda mungkin perlu membaca bahagian ini berulangkali untuk memahami gambaran keseluruhan sistem rahsia ini.

Bahagian keempat, pada bahagian sebelum ini ia menceritakan secara teori  mengenai teknik yang digunapakai. Jika ingin dilakukan, sememangnya, banyak kerja yang perlu dilakukan seperti membuat analisa pemilihan produk, membina landing page dan juga menulis review.  Memang ramai orang yang tidak sanggup untuk melakukan ke semua proses tersebut. Tetapi, apa yang menarik, tentang pakej “rahsia clickbank” ini, semua kerja-kerja berat tersebut sudah pun siap dilakukan.  Pihak “Rahsia Clickbank” turut memberikan anda “5 set website landing page” yang sudah tersiap sedia dengan artikel review produk yang terbaik untuk dipromosikan. Apa yang perlu anda lakukan, hanya perlu tukar ID affiliate clickbank pada website tersebut, upload ke server webhosting dan kemudian, mulakan promosi.

Jadi, pada bahagian keempat ini, ia lebih menumpukan kepada bagaimana untuk melakukan semua perkara itu. Ianya seperti manual untuk menggunakan “tools” yang telah diberi bersama pakej produk ini.

Bukan itu sahaja, pada bahagian ini juga, pihak “Rahsia Clickbank” juga turut menunjukkan cara bagaimana untuk mempromosikan website yang telah siap dipasang itu. Di dalam ebook ini, ia menyenaraikan 3 kaedah promosi berkesan yang boleh dilakukan secara percuma.

Bahagian kelima, ianya lebih kepada bentuk motivasi untuk memberikan anda semangat untuk bertindak. Seperti yang anda ketahui, Ilmu tanpa sebarang tindakan, tidak akan membawa apa-apa manfaat.

15 Set Website Landing Page

Seperti yang telah saya katakan tadi, di bahagian keempat kandungan ebook Panduan Sistem “Rahsia Clickbank” , ada menceritakan tentang bagaimana menggunakan “tools” yang diberikan. Inilah dia tools yang saya maksudkan. Iaitu, 15 set website landing page yang boleh anda pilih dan gunakan. Set landing page ini terdiri daripada 5 kategori produk dengan 3 variasi design yang berbeza. Kategori-kategori produk yang telah terdapat di dalam set landing page separa siap ini ialah :-

  • Affiliate Marketing  (3 Design)
  • Forex (3 Design)
  • Internet Marketing (3 Design)
  • Paid Survey (3 Design)
  • Spyware (3 Design)

Pada setiap ketegori ini, disediakan 3 variasi design website yang profesional. Ia juga siap sekali dengan artikel review untuk 5 produk bagi setiap kategori. Design serta review yang dibuat adalah profesional.  Pendek kata, semuanya sudah siap tersedia. Apa yang perlu anda buat, hanya perlu ubah ID clickbank pada website landing page ini, dan kemudian upload website ini ke webhosting anda. Selepas itu, anda perlu lakukan promosi dan marketing.

Mungkin ada juga yang akan menimbulkan isu duplicate content dan website. Tetapi jika anda mahukan sedikit kelainan, anda diberikan pilihan untuk mengubah grafik pada website tersebut.  Fail PSD bagi setiap design turut diberikan. Berkenaan artikel review pula, anda boleh membuat sedikit perubahan sendiri jika anda berupaya meng”edit”nya, ataupun jika ia agak sukar bagi anda, anda juga boleh dapatkan “pakej artikel” tambahan yang mengandungi 200 artikel review yang unik dari pihak  “Rahsia Clickbank” dengan bayaran tambahan sebanyak  $37.

1 Sheet Hasil Kajian Produk

Di dalam sheet ini, pihak “Rahsia Clickbank” telah menjalankan kajian produk terhadap 16 lagi kategori. Setiap kategori mempunyai senarai 8-10 produk yang terlaris dan terbaik di clickbank yang boleh anda promosikan. Ini telah memudahkan anda untuk  tidak lagi perlu bersusah payah membuat analisa produk  satu persatu. Untuk makluman anda, di website clickbank, terdapat lebih 10,000 ribu produk yang boleh anda promosikan, dan.. untuk membuat analisa produk seperti ini, ianya bukanlah sesuatu yang mudah.

Software Khas Untuk Promosi

Dalam ebook panduan tadi, ada diterangkan 3 kaedah promosi secara percuma. Namun begitu, jika ingin dilakukan secara manual 3 kaedah promosi ini, ia akan mengambil masa yang agak banyak untuk dilakukan. Jadi, untuk memudahkan anda dan memendekkan masa dan usaha melakukan promosi menggunakan kaedah tersebut. Pihak   “Rahsia Clickbank” turut memberikan 5 software khas yang akan membantu anda mengautomasikan proses pemasaran & promosi website anda. Secara peribadi, saya masih lagi belum berkesempatan untuk menggunakan software ini, tetapi saya percaya ianya akan banyak membantu.

Kesimpulan

Biar saya jelaskan semula bagi anda yang mungkin kurang jelas dengan teknik rahsia yang cuba diketengahkan oleh pihak “rahsia clickbank” ini. Secara ringkasnya, teknik yang diajarkan oleh pihak  “Rahsia Clickbank” ini akan mengajarkan anda untuk melakukan langkah-langkah berikut:-

  1. Pilih satu kategori produk di clickbank
  2. Dari kategori tersebut, pilih 5-8 produk yang terbaik (terlaris dan mudah dijual)
  3. Bina satu website landing page yang mengandungi review 5 produk tersebut
  4. Lakukan promosi.

Itulah ringkasan bagi teknik rahsia yang cuba disampaikan oleh pihak  “Rahsia Clickbank” tentang bagaimana menjadi super affiliate di clickbank. Produk-produk yang ditwarkan di dalam pakej “Rahsia Clickbank” itu pula, sebenarnya, memenuhi beberapa langkah bagi teknik tersebut.

  1. Ebook panduan, menerangkan secara terperinci mengenai langkah 1-4.
  2. 15 set landing page yang disediakan, memudahkan anda untuk bermula dan tidak perlu lagi bersusah payah melakukan langkah 1-3.
  3. Sheet Kajian Produk, menyediakan anda 16 lagi kategori produk yang mungkin anda boleh usahakan untuk membina website landing page dan review sendiri pada masa akan datang. Dengan sheet ini, anda tidak perlu lagi melakukan kaedah 1 & 2.
  4. Software Khas, membantu anda mengautomasikan usaha promosi (langkah no 4)

Kesimpulan akhir, produk ini memang amat berkualiti dan amat sesuai untuk mereka yang  ingin menjana pendapatan yang lumayan di clickbank. Pihak  “Rahsia Clickbank” telah melakukan hampir 80% kerja daripada keseluruhan kerja yang perlu anda lakukan. Hanya tinggal lebih kurang 20% kerja lagi, iaitu melakukan promosi. Walaupun kerja ini hanyalah 20%, tetapi ianya adalah merupakan bahagian yang paling terpenting dan kritikal. Tanpa sebarang promosi, walau sehebat mana website landing page serta review yang ditulis.. ianya tidak akan memberikan sebarang hasil.

Jadi, jika anda bersedia untuk melakukan usaha yang 20% itu untuk menjana pendapatan yang lumayan, saya amat rekemenkan anda mendapatkan produk ini. Tetapi jika anda terlalu malas sibuk  dan mengharapkan produk ini akan memberikan pendapatan yang lumayan kepada anda secara automatik  tanpa anda perlu membuat apa-apa. Saya kira, ianya kurang sesuai untuk anda.

Jadi, timbang-timbangkanlah…

Bonus Dari Saya

Ok! Hampir terlupa pula nak beritahu pasal bonus saya. Terus terang saya katakan, sebenarnya saya tidak tahu untuk memberikan bonus apa lagi untuk produk ini, saya kira, produk yang ditawarkan oleh pihak   “Rahsia Clickbank” ini sudah pun lengkap.  Jadi, tiada lagi sebarang produk bonus yang boleh bertindak sebagai pelengkap yang dapat ditawarkan.

Walaupun begitu, untuk tidak menghampakan mereka yang sudi untuk mendapatkan produk  “Rahsia Clickbank” ini menerusi link affiliate saya, saya akan berikan juga bonus kepada anda yang berupa “wang tunai” berjumlah RM60.

Ya!.. wang tunai RM60.  Diharapkan dengan bonus”wang tunai”  ini, ia dapat membantu anda mengurangkan sedikit rasa bebanan anda untuk memiliki produk ini. Jesteru itu, anda hanya perlu mengeluarkan modal sebanyak RM180 sahaja untuk memiliki produk yang berkualiti tinggi ini berbanding RM240 untuk harga sebenar.

Caranya?

Untuk mendapatkan produk ini menerusi link affiliate saya dan sekaligus menerima bonus wang tunai sebanyak RM60, apa yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut.

1) Klik disini untuk mendapatkan produk “Rahsia Clickbank” ini.

2) Isi borang tempahan, pastikan , pada borang tempahan tersebut, tertulis perkataan “ref= mohd suhaimy abu bakar” seperti gambarajah di bawah.

rahsiaclickbank

3) Anda perlu membuat bayaran sebanyak RM240 untuk mendapatkan produk ini.

4) Setelah selesai, sila hantar mesej kepada saya menggunakan ruangan “contact me” di blog ini. Berikan saya maklumat berikut :-

  • Nama (nama yg anda gunakan untuk membeli) ,
  • Email,
  • No akaun bank maybank.

Wang tunai sebanyak RM60 akan diberikan kepada anda sebagai hadiah bonus dari saya kerana mendapatkan produk “Rahsia Clickbank” ini menerusi link saya.
Sekian, Terima kasih.

banner468x60

.

.

.

Reblog this post [with Zemanta]


------------------------------

(shuth) is one of prominent Malaysia blogger who love blogging about Berita Selebriti, Earn Money Online, Entertainment, Entrepreneur Tips, Gadis Melayu, Google AdSense, Internet Business, Make Money Online, Malay Girls, Melayu Boleh, Perniagaan Internet, Search Engine Optimization, Skandal Melayu. You can visit his blog: Click Here

------------------------------

Waw, Lagi Artikel Best Di Bawah:

Your Ad Here

0 comments ↓

There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

You must log in to post a comment.