Entries from March 2009 ↓
March 27th, 2009 — Earn Money Online, Entrepreneur Tips, Google AdSense, Internet Business, Make Money Online, Perniagaan Internet, Search Engine Optimization
Awek : “Hello… boleh bercakap dengan En. Mohd Suhaimy?”..
Shuth : “Ya saya bercakap”…
Awek : “Saya XXX dari syarikat XXX , boleh ke encik bercakap sekarang ini?”
Shuth : “Oh!.. Hmm.. ok.. boleh lah..!” , saya dah mula mengesyaki, nie mesti nak jual insuran nie..
Awek : ” Ok! Saya menelefon ini bagi pihak Bonuslink untuk mengucapkan penghargaan kepada En. suhaimy kerana telah menggunakan kad BonusLink.”
Dalam hati saya berkata..”Hampeh bonuslink.. diorang jual maklumat pelanggan diorang ke?.. ke.. minah nie main tembak je.. manalah tahu.. kan ramai orang yang ada kad bonuslink.”
Awek : ” Jadi, sebagai tanda penghargaan, kami ingin menawarkan encik satu polisi perlindungan bernilai RM200,000 untuk seisi keluarga encik… encik suhaimy sudah berkahwin ke?.. sambung minah tu lagi..
Shuth : “Ya! sudah..” jawap saya jujur, ikhlas dengan hati yang murni.. oh!
Awek : “Dah ada berapa orang anak dah en. suhaimy?”
Shuth : “Dua..”
Awek : “Apa yang menarik tentang polisi kami nia ya en. suhaimy, ia bukan sahaja melindungi en. suhaimy, isteri dan 2 orang anak encik suhaimy sahaja, malah, jika di masa akan datang en. suhaimy ada pertambahan cahaya mata lagi.. ia akan secara automatik melindungi juga anak en. suhaimy yang baru itu dengan jumlah perlindungan 10% dari jumlah perlindungan yang sedia ada”
Shuth : ” Oh! ok!… awak dari syarikat insuran apa tadi?” , Tips #1: Untuk memotong percakapan agen yang tak henti-henti bercakap di telefon, anda perlu bertanyakan soalan kepada mereka.
Awek : “Saya dari syarikat XXX..”
Shuth : “Oo.. ada yer syarikat insuran XXX, saya tak pernah dengar pula”..
Awek : “Yer ada.. syarikat kami di Jalan XXX, KL “..
Shuth : “Oh.. ok! macam niela.. saya sebenarnya tak berminat untuk beli insuran sekarang nie”.. Tips #2: Anda perlu berterus terang dan tegas, katakan anda tidak berminat.
Awek : “Oh.. boleh saya tahu kenapa”?
Shuth : “Sebab.. saya pun sebenarnya agen Insurans jugak, jadi.. kalau saya nak beli insuran. saya akan beli dari diri sendiri je!” . Tips #3 : Berikan alasan yang kukuh, walaupun ia hanyalah sekadar rekaan
Awek : “Oh! en. suhaimy agen insuran syarikat mana ya?”…
Shuth : “Saya agen insuran syarikat AAA”. Tips #4 : Rekaan yang terbaik adalah rekaan yang berdasarkan sesuatu yang anda tahu mengenainya..
Awek : “Oh.. en. suhaimy tak nak dengar dulu maklumat lanjut dari say atentang polisi ini, mungkin kita boleh share-share maklumat.”
Shuth : “Hmm. takperla.. saya tak berminat”…. Tips #5: Anda perlu cekalkan hati dan bertegas.. tidak mengapa jika anda kedengaran sedikit sombong.. ianya berkesan untuk mengelakkan diri anda dari menjadi mangsa jurujual di telefon.
Awek : “Oh.. oklah kalau macam tu! Terima kasih sebab sudi luangkan masa.. terima kasih”
Shuth : “Ok! sama-sama”….
Saya bukanlah anti-jurujual tetapi, bagi saya.. jika kita berada di pihak penjual, kita perlulah terlebih dahulu mengenalpasti keperluan bakal pelanggan. Lebih -lebih lagi jika menjual insurans, setiap orang mempunyai situasi kewangan yang berbeza-beza, jadi plan insuran itu perlulah di “customize” sedikit agar memenuhi keperluan pelanggan.
Bukan main jual sahaja.. jurujual seperti ini, bagi saya.. hanya mementingkan keuntungan kepada diri sendiri. Mereka hanya mengejar komisyen sahaja tanpa peduli apa keadaan dan keperluan pelanggan.
Saya tak pasti mengapa ada syarikat yang suka menggunakan teknik pemasaran sebegini. Saya kira, ianya adalah satu teknik pemasaran yang kurang beretika dan kurang berkesan. Kalau lah ada pelanggan yang membeli pun, biasanya, selepas 2-3 bulan, mereka akan batalkan polisi insuran yang mereka beli (pengalaman sendiri).
Mungkin syarikat-syarikat ini perlu terokai teknik pemasaran baru yang lebih beretika dan berkesan.. mungkin internet marketing?
P/s;- ada sesiapa yang nak share teknik mereka melepaskan diri dari jurujual pemanggil “bersiri” ini? Tingallkan di ruangan komen yer!



March 22nd, 2009 — Awek Melayu, Gambar Awek, Gambar Gadis, Malay Girls
March 20th, 2009 — Earn Money Online, Entrepreneur Tips, Google AdSense, Internet Business, Make Money Online, Perniagaan Internet, Search Engine Optimization
Hari ini saya ingin berkongsikan 1 prinsip yang saya guna pakai apabila mencuba sesuatu yang baru di dalam hidup saya. Ianya sesuatu yang agak biasa.. tetapi ramai yang terlepas pandang mengenainya. Insyallah.. dengan mengetahui prinsip ini, jiwa anda akan menjadi lebih kental dan tidak akan mudah putus asa apabila melakukan sesuatu perkara.
Sedar atau tidak… apabila kita sedang berusaha melakukan sesuatu dalam hidup kita, kita selalunya akan melalui 4 proses.. atau peringkat.. atau langkah.. atau.. erm…. whataever lah… tapi yang penting.. memang ada 4.
Kepercayaan
Sebelum kita melakukan sesuatu, perkara pertama yang perlu kita miliki ialah kepercayaan terhadap perkara tersebut. Ya!.. itulah juga perkara pertama yang disematkan ke dalam jiwa setiap insan ketika Nabi Muhammad menyebarkan ajaran agama Allah.
Contoh lain, jika anda ingin buat duit di internet.. anda perlu percaya dengan yakin terlebih dahulu bahawa.. “Anda memang boleh buat duit di internet”. Kita tidak akan melakukan sesuatu perkara jika kita tidak percaya terhadapnya.
Kepercayaan ini boleh diperolehi menerusi pembacaan, penglihatan, pendengaran ataupun pengalaman sendiri. Anda pernah terbaca ada orang yang buat duit di internet, anda pernah lihat dan dengar kisah orang buat di internet.. dan apabila anda pernah mengalaminya sendiri.. kepercayaan itu akan menjadi lebih kukuh.
Begitu juga jika anda mahu berkahwin 4, maka, anda perlu percaya dengan yakin bahawa anda memang boleh dan mampu berkahwin 4.. oh!
Strategi / Perancangan
Setelah kita percaya terhadap sesuatu perkara, kita perlulah mempunyai perancangan dan strategi. Kita perlu merancang bagaimana kita hendak melakukannya. Seperti yang selalu kita dengar.. Tidak merancang, bererti.. merancang untuk gagal. Jadi.. merancanglah. Pada peringkat ini, anda perlukan banyak ilmu, lebih banyakkan membaca dan menuntut ilmu pada peringkat ini.
Bertindak & Berusaha
Setelah anda percaya dan mempunyai perancangan, langkah seterusnya adalah berusaha. Berusahalah dengan gigih mengikut rancangan yang telah dilakukan. Ini adalah peringkat dimana anda perlu bertindak dan berusaha melakukannya dengan sebaik mungkin.
Jadai.. Jangan lupa mengedarkan kad nama anda setiap kali terjumpa awek yang menawan! (bagi yang merancang ingin berkahwin 4)
Hasil
Setelah berusaha… maka.. akan terhasillah “hasil”nya. Disini.. Jika hasil yang diharapkan tidak begitu memberangsangkan… selalunya ramai yang akan mula kecewa, kecundang, putus asa dan sebagainya.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan apabila hasil yang diperolehi tidak memberangsangkan ialah.. “Tingkatkan Usaha”.. kemungkinan besar, usaha yang anda lakukan adalah tidak mencukupi. Contohnya, apabila tiada jualan yang terhasil… kemungkinan besar usaha promosi anda tidak mencukupi.. maka. lakukan lagi usaha promosi dengan lebih giat lagi.
Ataupun.. jika tiada seorang awek pun yang berminat untuk berkenalan dengan anda.. tingkatkan usaha lagi.. edarkan lebih banyak lagi kad nama.. mungkin anda perlu edarkan juga kad anda kepada makcik kantin atau makcik cleaner.. tapi jangan lupa cakap pada makcik tu “Sila berikan kad saya ini pada anak dara makcik yang paling cun!”.. oh!
Tetapi, setelah berusaha bermati-matian, hasil yang diperolehi masih mendukacitakan. Maka.. tibalah masanya untuk anda “Mengubah Strategi/Perancangan” … mungkin strategi atau teknik yang anda lakukan tidak betul. Contohnya, menghantar email SPAM. Strategi pengiklanan sebegitu memang tidak berkesan.. jadi anda perlu mengubahnya.
Contoh lain.. ubah strategi.. dari memberi kad nama, mungkin anda perlu tukar dengan memberi bunga atau coklat?.. atau handphone?
Setelah mengubah strategi.. lakukan semula “tindakan & usaha” dengan sebaik mungkin…. insyallah anda akan berjaya.
Jika masih gagal juga.. tingkatkan usaha sehingga sehabis mungkin… jika gagal.. ubah strategi lagi dan kemudian.. usahakan semula dengan usaha yang terbaik sehabis mungkin.
Namun setelah 4-5 kali mengubah strategi dan setiap strategi telah di usahakan dengan sebaik mungkin.. tetapi masih gagal. Maka barulah anda boleh mengubah kepercayaan anda. Mungkin anda memang telah ditakdirkan tidak boleh berkahwin 4. Maka, carilah kepercayaan yang baru dan usahakan pula kepercayaaan anda yang baru itu. Mungkin kahwin 2 je?
Itulah peringkat-peringkat yang akan dilalui oleh seseorang apabila mereka percaya terhadap sesuatu.
Tidak kiralah sama ada kepercayaan itu betul atau tidak, mereka pasti akan melalui 4 peringkat diatas itu.
Ada orang percaya..mereka boleh kaya dengn melakukan perniagaan internet
Ada orang percaya.. mereka boleh kaya dengan melakukan perniagaan pasar malam..
Ada orang percaya.. mereka boleh kaya dengan menjalankan perniagaan MLM.
Ada orang percaya.. mereka boleh kaya dengan menyertai skim-skim pelaburan..
Ada orang percaya.. mereka boleh jadi kaya dengan menyertai skim cepat kaya..
Apa-apa pun yang anda percaya.. saya nasihatkan anda agar tidak mudah mengubah kepercayaan anda.
Ramai orang yang melakukan kesilapan ini.. dimana.. apabila mereka melihat hasil yang diperolehi tidak seperti mana yang diharapkan. Mereka akan terus mengubah kepercayaan mereka.
Itu adalah sesuatu yang silap.. sepatutnya, mereka perlu terlebih dahulu tingkatkan usaha, jiika gagal, ubah pula perancangan.. usahlah terlalu mudah untuk mengubah kepercayaan. Takut-takut.. anda akan sesat dan terus berada di dalam kegagalan..
Dan.. kepada mereka yang risau melihat rakan mereka yang mempunyai kepercayaan yang silap (percaya terhadap skim cepat kaya).. anda tidak perlu risau.. lambat-lain, rakan and aitu akan sedar juga.. kerana, kepercayaan yang silap akan sentiasa membawa kepada kegagalan..
Sekian, yosh!



March 16th, 2009 — Earn Money Online, Entrepreneur Tips, Google AdSense, Internet Business, Make Money Online, Perniagaan Internet, Search Engine Optimization
Semalam, “Seminar Membina Perniagan Ebook” yang pertama, telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 36 orang peserta telah menyertainya (tak sangka sambutan agak menggalakkan..target 30 orang je) . Antara yang menyertai seminar kali ini ialah saudara Tazilan (www.ideabisnesluarbiasa.com) , Jamal (www.rahsiakamar.com) , saudara Fairuz (www.myfzbiz.com), saudara Nazrul (www.terbitsendiri.com) , saudara Bazli (www.ezi2swim.com) dan ramai lagi.. terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yag telah hadir pada seminar kali ini.
Harapan saya.. semoga ilmu yang dikongsikan.. dapat dimanfaatkan oleh anda untuk selama-lamanya.
Terima kasih juga saya ucapkan pada saudara Amirol (www.mohdamirol.com) yang telah sudi hadir untuk berkongsi pengalaman beliau bersama-sama peserta seminar didalam menjalankan pernigaaan ebook.
Di bawah ada beberapa keping gambar “kenang-kenangan”.. klik pada gambar untuk besar.
Peserta-peserta Seminar Ebook
Shuth sedang menunjukkan teknik mengibas-ngibas duit yang betul.. oh!
Amirol berucap dengan teknik gaya bebas yang sangat romantik.. ho! ho!
Kepada semua peserta seminar forum… jangan lupa untuk daftar di “Forum Eksklusif” yang disediakan untuk anda.
Saya tunggu anda di forum tersebut.. dan juga.. ebook pertama dari anda…
Untuk sesi seterusnya, Seminar Ebook ini akan diadakan lagi pada 18 April 2009. kepada yang berminat, bolehlah mendaftar di www.seminarebook.com



March 15th, 2009 — Buat Duit Online, Earn Money Online, Make Money Online
Buat duit online dengan article. Apa itu article? Dalam bahasa Melayunya karangan. Korang minat tulis karangan? Atau minat tulis surat cinta berjela2?. Aku syorkan korang kembangkan skit bakat korang dalam bisnes penulisan article nih.
Daripada poll yang aku letak kat blog ni. 82% masih belom mendapat apa2 income buat duit online nih. 11% dapat lebih dari RM5000 sebulan! Uiks.. Betol ker tu.. Mcam kencing jer.
Tapi tak mustahil. Bagi yang belom mendapat apa2 income, jangan kecewa, banyak program korang boleh try.
Kat sini aku nak kongsikan satu lagi peluang buat duit online yang agak mudah. Semua boleh cuba. Tanpa Modal. Korang cuma buat karangan, karangan bahasa Inggeris la.

Website yang aku senaraikan kat bawah ni menawarkan bayaran kepada penyumbang2 article, penyumbang review product dll. korang boleh explore sendiri website tu. Ada yang memberikan bayaran sehingga USD5 kepada setiap article. lebih kurang RM18 satu article. Klau korang pantas, boleh buat 10 article sehari, tak ke dapat RM180 sehari.. Nampak macam mudah tapi tidak semudah nampak. Korang perlu pastikan article korang 100% tulen. Klau ciplak article orang lain, article korang akan direject tanpa belas kasihan.
Tak pandai Bahasa Inggeris? Tu lah, masa sekolah dulu main2 je dalam kelas..
kan da tak brape pandai. Tapi takper, korang masih boleh buat duit. Aku bagi tips sikit. Korang cari kat internet, article2 yang best2, ke tak berapa best ker. Panjang dalam satu muka. Korang baca, dan tulis balik dengan ayat korang sendiri. Pastikan grandma, granpa tu betol. Tak pun lagi satu tips yang agak nakal, korang cari buku2 bahasa inggeris yang lama2, korang salin, hantar la kat website2 tu. Tapi ada tapi jugak, banyak buku yang da ada online sekarang ni, bila ada yang sama, article korang akan direject. Jadi kena mencari buku2 yang tak pernah diterbitkan secara online.
Boleh lawat kat bawah ni. Ada yang aku lama dah tak jengok. Harap2 semua masih valid lagi. Korang boleh tengok2 lah mana yang best, boleh register dan join.
Constant Content
Helium
Lifetips
How To Do Things
Shvoong
Author Connection
ArticleWareHouse
Ciao
Triond
Selamat mencuba.
copyright buat duit online
March 13th, 2009 — Earn Money Online, Entrepreneur Tips, Google AdSense, Internet Business, Make Money Online, Perniagaan Internet, Search Engine Optimization
Majalah Forbes baru sahaja mengeluarkan senarai Billionaire yang terbaru 2009. (Perasan tak.. dalam bahasa melayu.. tiada perkataan yang sama maksud dengan “billionaire”.. yang ada hanyalah “millionaire”= jutawan.. Erk?)
Baiklah, mari kita lihat senarai terkini Billionaire di dunia..
1. Bill Gates (AS$40 bilion – Microsoft – Amerika Syarikat)
2. Warren Buffett (AS$37 bilion – Berkshire Hathaway – AS)
3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion – Telecoms – Mexico)
4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion – Oracle – AS)
5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion – Ikea – Sweden)
6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion – Aldi – Jerman)
7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion – Petrokamia – India)
8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion – Besi – India)
9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion – Aldi – Trader Joe’s – Jerman)
10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion – Zara – Sepanyol)
11. Jim Walton (AS$17.8 bilion – Wal-Mart, AS)
12. Alice Walton (AS$17.6 bilion – Wal-Mart – AS)
13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion – Wal-Mart, AS)
14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion – Wal-Mart AS)
15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion – LVMH – Perancis)
16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion – Hong Kong)
17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion – Bloomberg, AS)
18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion – Hennes and Mauritz, Sweden)
19. Charles Koch, AS$14 bilion – Pembuatan, Tenaga – AS)
20 David Koch (AS$14 bilion) – Pembuatan, Tenaga – AS)
Nasihat Warren Buffet
Ok.. ini pula kata-kata Warren Buffet tentang pengurusan kewangan. Bagi mereka yang tidak mengetahui siapa itu Warren Buffet?.. Beliau ialah bapa saudara kepada sepupu jiran sebelah rumah mak saya 20 tahun lepas.. ok! ok!.. saya tahu.. tak lawak pun.. oh!
Warren buffet ialah orang kedua terkaya di dunia dan beliau adalah pemilik kepada syarikat pelaburan, Berkshire Hathaway. Purata % keuntungan yang diperolehi oleh syarikat beliau setiap tahun ialah sebanyak 34%. setahun Syarikat pelaburan beliau ini adalah syarikat pelaburan yang terbaik di dunia… (Itu yang saya hairan suatu ketika dulu.. macam mana syarikat pelaburan “swisscash” boleh beri keuntungan 300% setahun? Sedangkan syarikat pelaburan terbaik dunia pun hanya mampu beri 34% je.. oh!)
Berikut ialah nasihat dari Warren Buffet (setelah dialihbahasakan).
Bekerja Keras : Semua kerja keras akan membawa kepada keuntungan, tetapi jika “cakap sahaja” , akan membawa kepada kemiskinan.
Kemalasan : Orang yang tidur akan hanyut dibawa arus
Pendapatan : Jangan sesekali bergantung kepada hanya satu sumber pendapatan. Sekuang-kurangnya, buatlah pelaburan sebagai pendapatan kedua anda… atau.. bina perniagan ebook (kata saya)
Perbelanjaan : Jika anda membeli sesuatu yang anda tidak perlukan, kelak, anda akan menjual sesuatu yang anda perlukan.
Simpanan : Jangan menyimpan apa yang tinggal selepas berbelanja. Berbelanjalah selepas apa yang tinggal selepas menyimpan.
Pinjaman : Si peminjam akan menjadi hamba kepada si pemberi pinjaman (Original : It’s no use carrying an umbrella, if your shoes are leaking)
Perakaunan : Tiada gunanya bawa payung jika kasut anda bocor.
Audit : Hati-hati dengan perbelanjaan kecil. Kebocoran kecil boleh menyebabkan sebuah kapal yang besar boleh karam di lautan.
Pengambil Risiko : Jangan seskeali menguji kedalaman sungai menggunakan kedua-dua kaki anda.
Pelaburan : Jangan masukkan semua telur anda dalam satu bakul. (telur disini bermaksud , telur ayam kepunyaan anda yer.. bukan telur anda.. oh!)
Sekian.. yosh!



March 10th, 2009 — Earn Money Online, Entrepreneur Tips, Google AdSense, Internet Business, Make Money Online, Perniagaan Internet, Search Engine Optimization
Semalam, saya berkesempatan membaca ebook tulisan saudara Rizal yang berjudul “Panduan Beli Ebook”. Ebook ini agak tebal juga, 113 muka surat semuanya.
Basicly, ebook ini menceritakan tentang “Bagaimana menilai sesebuah ebook sebelum membuat pembelian”. Di dalam ebook ini juga, saudara Rizal turut berkongsikan pengalaman beliau di dalam membeli ebook-ebook keluaran tempatan.
Antara isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini ialah..
- Apa itu ebook?
- Jenis-jenis eboook
- Ebook vs Buku, Kelebihan dan kekurangan
- Teknik Memilih ebook, ambil 8 buang 1
- 2 Ciri Utama & 9 Perkara Asas Menilai Website Jualan Ebook
- 8 Kriteria Ebook Berkualiti
- 5 Permasalahan antara Penjual & Pembeli
- 4 Langkah Menyimpan Ebook
- Tak puas hati, apa perlu buat?
- dan beberapa lagi topik yang menarik…
Hasil penelitian saya terhadap ebook ini, saya merasakan, ebook ini adalah lebih sesuai untuk golongan “zero knowledge” yang inginkan pendedahan awal tentang “dunia” ebook. Ebook ini mempunyai “target marketnya” yang tersendiri dan memang tidak dinafikan, masih ramai lagi mereka yang diluar sana yang masih kabur tentang apa yang dimaksudkan dengan “ebook”.
Cuma, pada pandangan peribadi saya, harga yang diletakkan pada ebook ini, iaitu RM50 senaskah, adalah agak sedikit mahal jika dilihat dari perspektif pembeli , ini kerana kandungannya lebih banyak tertumpu kepada perkara-perkara yang asas.
Apa-apa pun, bagi anda yang ingin mendapatkan ebook ini, anda boleh lawati www.panduanbeliebook.com



March 9th, 2009 — Gambar Awek, Gambar Gadis, Malay Girls, Melayu Boleh


Well, I only found two pictures of Melayu in bikini in photobucket. I am not sure if i try flick photo album I will find more? Maybe next time
March 6th, 2009 — Earn Money Online, Entrepreneur Tips, Google AdSense, Internet Business, Make Money Online, Perniagaan Internet, Search Engine Optimization
Minggu nie boleh dikatakan agak sibuk, 2 hari lepas saya menjadi penceramah bagi Bengkel Usahawan ICT di UKM selama 2 hari. Terlalu asyik bercakap, sampai terlupa nak minta tolong pakdi ambilkan gambar.. jadi, tiada gambar bengkel tersebut yang dapat saya masukkan disini. Oh!.
Esok… disebelah petang (2-5 petang), insyallah saya akan berada di pejabat Truewealth Publishing yang terletak di Dataran Glomac, Kelana Jaya bagi meraikan Hari Terbuka mereka pada tahun ini. Seperti tahun sebelumnya, ada “sales” buku dengan diskaun hebat akan ditawarkan pada hari tersebut. Beberapa slot book talks juga akan diadakan. Saya akan mengambil 1 slot dan akan bercakap mengenai, “4 Langkah buat duit dengan blog”.
Jika anda berkelapangan, hadirkanlah diri anda kesana yer.. ajaklah sama-sama boyfriend, girfriend, suami, isteri, biras, jiran sebelah, makcik kantin serta orang-orang kampung anda untuk hadir ke hari terbuka tersebut.
Jumpa anda disana!..



March 3rd, 2009 — Gambar Awek, Gambar Gadis, Malay Girls, Melayu Boleh


CutePretty Singaporean girl in bikini.
March 2nd, 2009 — Adsense Wordpress Plugins, Earn Money Online, Internet Business, Make Money Online, Search Engine Optimization, Wordpress, Wordpress Tips
Sebagaimana yang kita untuk menjana wang dari blog menggunakan iklan adsense kita memerlukan artikle dalam bahasa Inggeris.
Jadi ini merupakan masalah yang menjadi penghalang untuk kita menjana pendapatan dengan google adsense.
Kali ini saya ingin memberi 2 idea bagaimana anda tetap boleh menjana pendapatan dari google adsense dengan menggunakan bahasa enggeris yang minima. Anda masih perlu menggunakan bahasa enggeris tetap hanya membuat desciption.
Buat Photo Blog :
Anda boleh membuat photo blog dengan memasukkan gambar-gambar kemudian di bawah setiap gambar membuat sedikit description untuk gambar tersebut dalam english.
Dalam masa yang sama anda juga boleh mencuba program ini didalam photo blog anda. Setiap kali gambar anda di view anda mendapat hasil.
Buat Video Blog :
Sama juga dengan photo blog, video blog anda perlu memasukan kod-kod untuk video seperti video-video kelakar kemudian membuat sedikit desciption mengenai video tersebut.
Untuk mendapatkan video-video tersebut mungkin anda boleh ke youtube,myspace tv, friendster video. Ada juga di forum-forum menjual database video ini seperti anime dan TV series tetapi database ini hanya untuk pengguna wordpress.
Jadi saranan saya untuk berblog secara profesional gunalah domain sendiri.
March 2nd, 2009 — Earn Money Online, Entrepreneur Tips, Google AdSense, Internet Business, Make Money Online, Perniagaan Internet, Search Engine Optimization
Saya sering mendengar orang berkata…
“Saya tidak mahir dalam apa-apa bidang.. macam mana saya nak menulis?”
“Kalau nak tulis pasal perkara tu, ada orang yang lagi terrer dan lebih layak dari saya untuk menulisnya”
“Saya tak tahu lah nak tulis apa.. takde satu perkara pun yang saya rasa.. saya tahu dengan mendalam mengenainya”
“Boleh ke saya tulis pasal nie? Nanti apa pula orang kata? Saya sendiri pun belum berjaya.. ini nak ajar orang lain pula!”
Baiklah….mari saya beritahu anda satu perkara.
Apabila anda menulis ebook, ia sebenarnya bermaksud, anda ingin berkongsikan ilmu. Dan untuk pengetahun anda, secara umumnya, ilmu ini pula mempunyai 4 peringkat. Tidak kiralah apa-apa bidang ilmu pun, ia selalunya boleh dibahagikan kepada 4 peringkat. Sama ada ilmu di dalam bidang perniagaan internet, ilmu bidang memasak, ilmu jahit-menjahit, ilmu sains, ilmu fizik, matematik, sejarah, ilmu alam, ilmu istimta, ilmu sukan dan apa-apa sahajalah lagi bidang ilmu.
Tidak kira apa pun bidang ilmu, secara umum… ianya boleh dibahagikan kepada 4 peringkat.
Peringkat Pertama : Zero Knowledge
Ini adalah merupakan pringkat permulaan, dimana, pada peringkat ini, seseorang itu, tidak tahu apa-apa pun tentang sesuatu ilmu (bidang). Contohnya, seorang profesor fizik, tidak tahu apa-apa pun tentang bidang perniagaan internet. Seorang peminat bola sepak. tidak tahu apa-apa pun pasal bidang jahitan. Seorang wanita, tidak tahu apa-apa pun pasal bidang automotif (kereta).
Pada peringkat ini, ia bukanlah bermaksud individu itu adalah seorang yang “bodoh”.. tetapi ia cuma mengambarkan, mereka tidak pernah terdedah (mendengar/ membaca / bercerita) terhadap perkara tersebut.
Individu yang berada di peringkat ini, selalunya akan menjawap.. “Hah? Apabenda tu? Ada ke benda macam tu?”.. ataupun.. “Hah? Ye ke?”… apabila anda bertanyakan kepada mereka tentang perkara tersebut.
Contoh : Anda (seorang blogger) bercerita/berbual dengan seorang mekanik kereta, tentang kejayaan anda membuat banyak duit menerusi blog anda!.
Peringkat Kedua : Newbie
Ini pula peringkat dimana seseorang itu mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang bidang tersebut. Mereka pernah membaca, pernah mendengar dan pernah bercerita mengenainya. Sekali-sekala, mereka juga pernah melakukannya.
Contoh : Seorang eksekutif yang sering melayari internet, dan selalu membaca blog orang lain. Pernah membaca pasal kisah orang buat duit dengan blog , dan beliau juga pernah cuba-cuba untuk melakukannya. Blog tu.. beliau dah berjaya hasilkan, tetapi, bila tiba “part” buat duit dengan blog.. masih belum begitu berhasil. “Ada lah dapat sikit-sikit… tgh berusaha lagi lah skang nie”.. ujar beliau sambil tersengih-sengih.
Peringkat Ketiga : Intermediate
Pada peringkat ini, seseorang itu telah banyak membaca mengenai sesuatu bidang itu. Sering mendengar dan bercerita mengenainya. Mereka juga kerap melakukan perkara yang berkaitan di dalam bidang tersebut.
Contoh : Penulis blog yang sudah menulis blog selama 1-2 tahun dan memang telah pun berjaya membuat duit menerusi blog beliau.
Contoh : Seorang pekerja yang telah bekerja sebagai mekanik kereta selama 2 tahun.
Contoh : Seorang kaki pancing yang banyak menghabiskan masanya memancing di waktu lapang.
Peringkat Keempat: Expert / Advanced
Ok! ini ialah peringkat yang tertinggi, dimana pada peringkat ini, seseorang itu memang telah diiktiraf sebagai seorang yang pakar atau mahir di dalam bidang mereka. Pada peringkat ini mereka memang memang tahu secara mendalam tentang selok-belok bidang yang beliau ceburi. Selalunya, banyak kisah-kisah kejayaan yang telah mereka tempuhi.
Contoh : Seorang penulis blog yang telah berjaya menjana berpuluh-puluh ribu dari blog mereka dan diiktiraf sebagai seorang pro blogger.
Contoh : Seorang meknaik yang telah mempunyai bengkel kereta sendiri dan beberapa buah cawangan seluruh malaysia.
Contoh : Seorang kaki pancing yang telah memenangi pelbagai pertandingan memancing di seluruh daerah dan negeri.
Menjawab Persoalan..
Berbalik kepada persoalan asal kita tentang ramai orang yang merungut dan memberikan alasan “Saya tidak mahir dalam apa-apa bidang, macam mana saya nak menulis ebook?”
Hakikatnya, adalah begini… untuk menulis ebook, anda tidak perlu tunggu diri anda sehingga mencapai “Tahap Expert/Advanced”. Apa yang anda perlukan ialah ilmu asas mengenai bidang tersebut, dimana ia bermaksud, ilmu di peringkat “Newbie” atau pun “Intermediate”.
Sudah tentunya.. kalau anda mempnuyai Ilmu di peringkat “Expert” , itu adalah lebih baik.. tetapi.. jangan sesekali jadikan alasan, “anda belum sampai tahap expert,maka anda tidak boleh menulis”. Ianya hanya akan merugikan diri anda sendiri. Dunia sekarang bergerak pantas, siapa cepat dia dapat.
Dan… Ya!, Anda juga tidak boleh menulis tentang sesuatu jika anda berada pada peringkar “Zero Knowledge” di dalam bidang tersebut.
Jadi.. apabila anda hendak menulis ebook, kenalah juga melihat dan mengukur baju dibadan sendiri. Kenalah agak-agak juga, janganlah menulis ebook mengenai “Panduan Memasak” hanya semata-mata disebabkan anda tahu bahawa ebook mengenai panduan memasak sangat laris dipasaran. Sedangkan, periuk dan kuali pun ada tidak dapat bezakan.
Sama juga kesnya, anda menulis ebook tentang “Rahsia Menjana Wang Berjuta-juta dengan Google Adsense” sedangkan anda baru je 3 hari mendaftar akaun adsense.
Nilai Diri Terlebih Dahulu..
Anda perlulah bijak menilai dan melihat ilmu yang anda miiliki itu berada di peringkat mana? Zero ke? Newbie ke? Intermediate ke atau Advance?
Jika ilmu anda terhadap sesuatu bidang itu berada pada peringkat “Zero”.. sudah tentulah, anda tidak boleh menulis mengenainya.. sebab anda tidak tahu apa-apa pun mengenainya.. jadi.. carilah bidang yang lain.
Jika ilmu anda berada di peringkat “Newbie”.. yer.. anda sudah boleh menghasilkan ebook pada peringkat ini . Tetapi, pastikan, ebook anda itu adalah ditujukan kepada golongan “Zero” (golongan bawah dari anda). Contohnya.. “Panduan ASAS Google Adsense”.. ianya adalah ebook panduan asas tentang google adsense, menceritakan tentang apa itu adsense? bagaimana nak mendaftar? dan sebagainya..
Jika ilmu anda pada tahap “Intermediate”… maka ebook anda lebih besar “pasarannya”.. dimana, anda boleh menghasilkan sebuah ebook yang ditujukan kepada mereka yang berada pada peringkat “Newbie” dan “Zero Knowledge”. Mungkin ebook anda, berjudul, “Rahsia RM1k sebulan Dengan Google Adsense”
Jika ilmu anda berapa pada tahap “Expert”, sudah pastinya, anda memiliki pasaran yang terbesar di mana anda boleh menulis ebook untuk mereka yang berada pada tahap intermediate, newbie dan juga zero. Tajuk aebook anda mungkin berjudul, “Rahsia Membeli Banglo Dengan Google Adsense”
Kesimpulan..
Sebagai kesimpulannya, ada 3 perkara yang ingin saya sampaikan pada entry kali ini.
- Anda tidak perlu tunggu sampai anda menjadi mahir/expert dalam bvidang tersebut untuk mula menulis sebuah ebook mengenainya.
- Anda juga tidak digalakkan untuk menulis sesuatu yang anda “zero knowledge” tentangnya, walaupun topik tersebut mempunyai potensi keuntungan yang sangat tinggi. Ia hanya akan memburukkan situasi. Nama anda akan tercalar, pembeli akan bengang(tidak puas hati) dan industri akan kacau-bilau.
- Apabila hendak menulis ebok, anda juga perlu bijak menilai dan mengukur “baju di badan sendiri”, seelok-eloknya, tulislah ebook yang dapat membantu orang yang berada pada “level knowledge” di bawah anda. Orang yang expert mungkin akan memandang ebook anda kurang bermutu untuk mereka, tetapi orang yang zero knowledge, akan melihat ia sebagai sebuah karya yang memberikan banyak manfaaat kepada mereka. (kini anda tahu mengapa ada orang kata sesebuah ebook itu bagus, dan ada sestengah yang lain pula kata.. ebook itu tak bagus.. ianya hanyalah perbezaan “level of knowledge”).
Diharapkan anda dapat menangkap apa yang saya cuba sampaikan pada artikel ini. Sebenarnya, banyak lagi yang saya nak ceritakan.. tapi penatlah pula hendak menaip.. saya rasa.. tips-tips yang selebihnya.. seperti…
- Bagaimana mahu mengenalpasti bahawa diri anda adalah ” Newbie, Intermediate atau Expert” pada sesuatu bidang ?
- Bagaimana seorang newbie boleh menulis ebook seperti seorang expert? Ya! sebenarnya ada caranya..
- Bagaimana membuat “content research” dengan mudah? Teknik yang akan menukarkan diri anda dari seorang “newbie” kepada “intermediate” dan dari “intermediate” kepada “expert”..
dan banyak lagi… itu belum tiba bab “niche” lagi.. anda pasti akan terkejut apabila mengetahui “niche” sebenarnya bukanlah perkara “pertama” yang perlu anda fikirkan apabila anda ingin menulis ebook… Ada perkara yang lebih penting yang perlu anda fikirkan sebelum anda mula berfikir tentang “niche”..
Dan sedarlah.. jika anda mengutamakan “niche” dalam penghasilan ebook.. anda mungkin akan terlepas peluang untuk mengaut keuntungan yang besar menerusi ebook anda.
Insyallah, lebih banyak lagi tips menarik akan saya kongsikan di dalam Seminar Perniagaan Ebook yang akan berlangsung di Hotel Quality pada 15 Mac 2009 nanti.
Jika berminat, jangan lupa untuk mendaftar di www.seminarebook.com
Yosh!


