Saya sering mendengar orang berkata…
“Saya tidak mahir dalam apa-apa bidang.. macam mana saya nak menulis?”
“Kalau nak tulis pasal perkara tu, ada orang yang lagi terrer dan lebih layak dari saya untuk menulisnya”
“Saya tak tahu lah nak tulis apa.. takde satu perkara pun yang saya rasa.. saya tahu dengan mendalam mengenainya”
“Boleh ke saya tulis pasal nie? Nanti apa pula orang kata? Saya sendiri pun belum berjaya.. ini nak ajar orang lain pula!”
Baiklah….mari saya beritahu anda satu perkara.
Apabila anda menulis ebook, ia sebenarnya bermaksud, anda ingin berkongsikan ilmu. Dan untuk pengetahun anda, secara umumnya, ilmu ini pula mempunyai 4 peringkat. Tidak kiralah apa-apa bidang ilmu pun, ia selalunya boleh dibahagikan kepada 4 peringkat. Sama ada ilmu di dalam bidang perniagaan internet, ilmu bidang memasak, ilmu jahit-menjahit, ilmu sains, ilmu fizik, matematik, sejarah, ilmu alam, ilmu istimta, ilmu sukan dan apa-apa sahajalah lagi bidang ilmu.
Tidak kira apa pun bidang ilmu, secara umum… ianya boleh dibahagikan kepada 4 peringkat.
Peringkat Pertama : Zero Knowledge
Ini adalah merupakan pringkat permulaan, dimana, pada peringkat ini, seseorang itu, tidak tahu apa-apa pun tentang sesuatu ilmu (bidang). Contohnya, seorang profesor fizik, tidak tahu apa-apa pun tentang bidang perniagaan internet. Seorang peminat bola sepak. tidak tahu apa-apa pun pasal bidang jahitan. Seorang wanita, tidak tahu apa-apa pun pasal bidang automotif (kereta).
Pada peringkat ini, ia bukanlah bermaksud individu itu adalah seorang yang “bodoh”.. tetapi ia cuma mengambarkan, mereka tidak pernah terdedah (mendengar/ membaca / bercerita) terhadap perkara tersebut.
Individu yang berada di peringkat ini, selalunya akan menjawap.. “Hah? Apabenda tu? Ada ke benda macam tu?”.. ataupun.. “Hah? Ye ke?”… apabila anda bertanyakan kepada mereka tentang perkara tersebut.
Contoh : Anda (seorang blogger) bercerita/berbual dengan seorang mekanik kereta, tentang kejayaan anda membuat banyak duit menerusi blog anda!.
Peringkat Kedua : Newbie
Ini pula peringkat dimana seseorang itu mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang bidang tersebut. Mereka pernah membaca, pernah mendengar dan pernah bercerita mengenainya. Sekali-sekala, mereka juga pernah melakukannya.
Contoh : Seorang eksekutif yang sering melayari internet, dan selalu membaca blog orang lain. Pernah membaca pasal kisah orang buat duit dengan blog , dan beliau juga pernah cuba-cuba untuk melakukannya. Blog tu.. beliau dah berjaya hasilkan, tetapi, bila tiba “part” buat duit dengan blog.. masih belum begitu berhasil. “Ada lah dapat sikit-sikit… tgh berusaha lagi lah skang nie”.. ujar beliau sambil tersengih-sengih.
Peringkat Ketiga : Intermediate
Pada peringkat ini, seseorang itu telah banyak membaca mengenai sesuatu bidang itu. Sering mendengar dan bercerita mengenainya. Mereka juga kerap melakukan perkara yang berkaitan di dalam bidang tersebut.
Contoh : Penulis blog yang sudah menulis blog selama 1-2 tahun dan memang telah pun berjaya membuat duit menerusi blog beliau.
Contoh : Seorang pekerja yang telah bekerja sebagai mekanik kereta selama 2 tahun.
Contoh : Seorang kaki pancing yang banyak menghabiskan masanya memancing di waktu lapang.
Peringkat Keempat: Expert / Advanced
Ok! ini ialah peringkat yang tertinggi, dimana pada peringkat ini, seseorang itu memang telah diiktiraf sebagai seorang yang pakar atau mahir di dalam bidang mereka. Pada peringkat ini mereka memang memang tahu secara mendalam tentang selok-belok bidang yang beliau ceburi. Selalunya, banyak kisah-kisah kejayaan yang telah mereka tempuhi.
Contoh : Seorang penulis blog yang telah berjaya menjana berpuluh-puluh ribu dari blog mereka dan diiktiraf sebagai seorang pro blogger.
Contoh : Seorang meknaik yang telah mempunyai bengkel kereta sendiri dan beberapa buah cawangan seluruh malaysia.
Contoh : Seorang kaki pancing yang telah memenangi pelbagai pertandingan memancing di seluruh daerah dan negeri.
Menjawab Persoalan..
Berbalik kepada persoalan asal kita tentang ramai orang yang merungut dan memberikan alasan “Saya tidak mahir dalam apa-apa bidang, macam mana saya nak menulis ebook?”
Hakikatnya, adalah begini… untuk menulis ebook, anda tidak perlu tunggu diri anda sehingga mencapai “Tahap Expert/Advanced”. Apa yang anda perlukan ialah ilmu asas mengenai bidang tersebut, dimana ia bermaksud, ilmu di peringkat “Newbie” atau pun “Intermediate”.
Sudah tentunya.. kalau anda mempnuyai Ilmu di peringkat “Expert” , itu adalah lebih baik.. tetapi.. jangan sesekali jadikan alasan, “anda belum sampai tahap expert,maka anda tidak boleh menulis”. Ianya hanya akan merugikan diri anda sendiri. Dunia sekarang bergerak pantas, siapa cepat dia dapat.
Dan… Ya!, Anda juga tidak boleh menulis tentang sesuatu jika anda berada pada peringkar “Zero Knowledge” di dalam bidang tersebut.
Jadi.. apabila anda hendak menulis ebook, kenalah juga melihat dan mengukur baju dibadan sendiri. Kenalah agak-agak juga, janganlah menulis ebook mengenai “Panduan Memasak” hanya semata-mata disebabkan anda tahu bahawa ebook mengenai panduan memasak sangat laris dipasaran. Sedangkan, periuk dan kuali pun ada tidak dapat bezakan.
Sama juga kesnya, anda menulis ebook tentang “Rahsia Menjana Wang Berjuta-juta dengan Google Adsense” sedangkan anda baru je 3 hari mendaftar akaun adsense.
Nilai Diri Terlebih Dahulu..
Anda perlulah bijak menilai dan melihat ilmu yang anda miiliki itu berada di peringkat mana? Zero ke? Newbie ke? Intermediate ke atau Advance?
Jika ilmu anda terhadap sesuatu bidang itu berada pada peringkat “Zero”.. sudah tentulah, anda tidak boleh menulis mengenainya.. sebab anda tidak tahu apa-apa pun mengenainya.. jadi.. carilah bidang yang lain.
Jika ilmu anda berada di peringkat “Newbie”.. yer.. anda sudah boleh menghasilkan ebook pada peringkat ini . Tetapi, pastikan, ebook anda itu adalah ditujukan kepada golongan “Zero” (golongan bawah dari anda). Contohnya.. “Panduan ASAS Google Adsense”.. ianya adalah ebook panduan asas tentang google adsense, menceritakan tentang apa itu adsense? bagaimana nak mendaftar? dan sebagainya..
Jika ilmu anda pada tahap “Intermediate”… maka ebook anda lebih besar “pasarannya”.. dimana, anda boleh menghasilkan sebuah ebook yang ditujukan kepada mereka yang berada pada peringkat “Newbie” dan “Zero Knowledge”. Mungkin ebook anda, berjudul, “Rahsia RM1k sebulan Dengan Google Adsense”
Jika ilmu anda berapa pada tahap “Expert”, sudah pastinya, anda memiliki pasaran yang terbesar di mana anda boleh menulis ebook untuk mereka yang berada pada tahap intermediate, newbie dan juga zero. Tajuk aebook anda mungkin berjudul, “Rahsia Membeli Banglo Dengan Google Adsense”
Kesimpulan..
Sebagai kesimpulannya, ada 3 perkara yang ingin saya sampaikan pada entry kali ini.
- Anda tidak perlu tunggu sampai anda menjadi mahir/expert dalam bvidang tersebut untuk mula menulis sebuah ebook mengenainya.
- Anda juga tidak digalakkan untuk menulis sesuatu yang anda “zero knowledge” tentangnya, walaupun topik tersebut mempunyai potensi keuntungan yang sangat tinggi. Ia hanya akan memburukkan situasi. Nama anda akan tercalar, pembeli akan bengang(tidak puas hati) dan industri akan kacau-bilau.
- Apabila hendak menulis ebok, anda juga perlu bijak menilai dan mengukur “baju di badan sendiri”, seelok-eloknya, tulislah ebook yang dapat membantu orang yang berada pada “level knowledge” di bawah anda. Orang yang expert mungkin akan memandang ebook anda kurang bermutu untuk mereka, tetapi orang yang zero knowledge, akan melihat ia sebagai sebuah karya yang memberikan banyak manfaaat kepada mereka. (kini anda tahu mengapa ada orang kata sesebuah ebook itu bagus, dan ada sestengah yang lain pula kata.. ebook itu tak bagus.. ianya hanyalah perbezaan “level of knowledge”).
Diharapkan anda dapat menangkap apa yang saya cuba sampaikan pada artikel ini. Sebenarnya, banyak lagi yang saya nak ceritakan.. tapi penatlah pula hendak menaip.. saya rasa.. tips-tips yang selebihnya.. seperti…
- Bagaimana mahu mengenalpasti bahawa diri anda adalah ” Newbie, Intermediate atau Expert” pada sesuatu bidang ?
- Bagaimana seorang newbie boleh menulis ebook seperti seorang expert? Ya! sebenarnya ada caranya..
- Bagaimana membuat “content research” dengan mudah? Teknik yang akan menukarkan diri anda dari seorang “newbie” kepada “intermediate” dan dari “intermediate” kepada “expert”..
dan banyak lagi… itu belum tiba bab “niche” lagi.. anda pasti akan terkejut apabila mengetahui “niche” sebenarnya bukanlah perkara “pertama” yang perlu anda fikirkan apabila anda ingin menulis ebook… Ada perkara yang lebih penting yang perlu anda fikirkan sebelum anda mula berfikir tentang “niche”..
Dan sedarlah.. jika anda mengutamakan “niche” dalam penghasilan ebook.. anda mungkin akan terlepas peluang untuk mengaut keuntungan yang besar menerusi ebook anda.
Insyallah, lebih banyak lagi tips menarik akan saya kongsikan di dalam Seminar Perniagaan Ebook yang akan berlangsung di Hotel Quality pada 15 Mac 2009 nanti.
Jika berminat, jangan lupa untuk mendaftar di www.seminarebook.com
Yosh!
------------------------------
(shuth) is one of prominent Malaysia blogger who love blogging about Earn Money Online, Entrepreneur Tips, Google AdSense, Internet Business, Make Money Online, Perniagaan Internet, Search Engine Optimization. You can visit his blog: Click Here------------------------------
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=e3a4f7d0-d465-4185-808d-e0cfc6f71981)





0 comments ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.
You must log in to post a comment.