Entries from November 2009 ↓

Zakar Tiba-tiba Kendur

Your Ad Here

-

SOALAN

SAYA berusia 26 tahun manakala isteri pula 21 tahun. Kami berkahwin hampir setahun yang lalu.

Yang menjadi masalah kepada saya adalah kami sentiasa tidak puas melakukan hubungan kelamin. Ini kerana setiap kali saya berhenti melakukan ‘kayuhan’ kerana kepenatan, secara tiba-tiba zakar mengendur.

Ia tetap berlaku walaupun saya tidak mengeluarkan zakar dari farajnya. Saya ingin tahu cara untuk mengatasinya. Adakan ia tanda awal kepada masalah mati pucuk?

PAK TAM
Puchong

JAWAPAN

Anda masih muda dan mudah mencapai ereksi apabila teruja seks. Darah dalam zakar anda kekal dalam liang otot zakar apabila pembuluh darah penuh dengan takungan darah dan menghalang darah tercicir keluar dan ini membuatkan ereksi anda kekal.

Selain itu otot pelvik atau otot kemut yang anda gunakan untuk memantapkan ereksi dan mendayung ereksi dalam faraj yang mencengkam itu juga mengawal darah dalam ereksi supaya kekal.

Namun dalam keadaan penat serta mendiamkan ereksi dalam faraj untuk seketika, ini akan membuatkan otot pelvik atau otot kemut kurang langsing kerana tiada daya dicengkam atau kurang kemut.

Oleh itu takungan darah yang padat dalam liang otot zakar tercicir keluar dan ereksi hilang. Ini yang berlaku kepada anda ketika tidak bergerak dalam faraj. Darah dalam otot zakar tercicir keluar dan ereksi anda menurun.

Ini boleh berlaku jika anda rasa letih dan tiada stamina untuk meneruskan gerakan zakar dalam faraj. Kadangkala memaksa diri melakukan seks dalam keadaan keletihan juga boleh mengakibatkan keadaan ini.

Jadi mustahak untuk lelaki mempunyai penuh perasaan teruja ketika ingin melakukan hubungan intim seksual.

Jika anda turut mengalami masalah yang sama seperti lelaki di atas, bolehlah mempelajari sesuatu dari ebook ini. Muatturun sekarang.



-

Links for 2009-11-29 [del.icio.us]

Your Ad Here

UMNO

Your Ad Here
1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata “UMNO is rotten to the core” (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Terpancut tanpa ereksi

Your Ad Here

-

SOALAN

SAYA berkahwin lapan bulan lalu dan yang menjadi masalah ialah apabila saya ‘terpancut’ tanpa zakar ereksi ketika berfantasi seks. Saya tidak pernah mengalami keadaan begini dan saya bimbang saraf seks saya mengalami masalah.

INSAN MERANA
Kuala Lumpur

JAWAPAN

Ereksi dan ejakulasi adalah berbeza, jadi boleh berlaku ereksi tanpa ejakulasi dan juga ejakulasi tanpa ereksi. Ejakulasi berlaku apabila anda mencapai kemuncak rangsangan syahwat.

Rangsangan mental melalui fantasi tanpa berlaku ereksi boleh menyebabkan ejakulasi! Jadi tidak hairan jika lelaki boleh berejakulasi walaupun ereksi tidak berlaku kerana dia boleh berimaginasi dan berfantasi secara sendiri dan tanpa merangsang anggota kelaminnya.

Perkara ejakulasi tanpa ereksi yang mencukupi berlaku kepada anda kerana dilamun fantasi seksual yang sangat menggelorakan syahwat anda.

Fenomena ini boleh berlaku bila-bila masa dan ia bukan masalah atau penyakit. Lelaki boleh mencapai klimaks tanpa ereksi dan ereksi boleh berlaku dan tidak akan berakhir dengan klimaks jika rangsangan seksual tidak dilakukan.

Apabila anda sedar dua perkara itu adalah keadaan berasingan dan tiada kaitan antara satu dengan lain, anda tidak akan anggap ia sebagai penyakit atau masalah. Anda boleh tentukan mencapai ereksi mencukupi apabila berasa teruja seksual ketika berdampingan dengan pasangan.

Dalam keadaan itu anda boleh salurkan ereksi dalam farajnya dan lakukan dayungan secara terkawal, mengikut kemampuan dan daya tahanan anda untuk mengekalkan ereksi dan mengelak ejakulasi cepat.

Semua aktiviti ini memerlukan latihan dan jika perkara yang anda buat itu lancar, hubungan seksual dengan pasangan menjadi lebih seronok dan mengikut kehendak anda berdua.

Memang pada peringkat awal hubungan seksual, pelbagai perkara boleh berlaku seperti ejakulasi tanpa ereksi dan ejakulasi dengan rangsangan mental saja (melalui fantasi seksual).

Apabila keadaan interaksi seksual antara anda dan pasangan mula stabil dan mantap, perkara seperti yang anda alami tidak akan berlaku.

Perkara ejakulasi tanpa ereksi yang mencukupi boleh berlaku dalam umur lanjut, apabila lelaki itu tidak dapat mencapai ereksi mencukupi dan cuba merangsang syahwatnya ketika melakukan hubungan seksual dengan pasangan.

Ereksi tiada, sentuhan anda dan perasaan syahwat bergelora, maka ejakulasi berlaku tanpa ereksi! Malah, mengurut zakar yang layu dengan penuh perasaan syahwat oleh pasangan boleh juga mencetuskan ejakulasi.



-

Hubungan kelamin ketika isteri hamil

Your Ad Here

-

SOALAN

SAYA mendirikan rumah tangga enam bulan lalu dan kini isteri saya disahkan hamil dua bulan. Soalan saya, bolehkah kami melakukan hubungan kelamin untuk hari seterusnya? Apakah kesan yang timbul nanti?, terutama jika saya melepaskan air mani ke dalam farajnya?

EZAM
Sungai Buloh

JAWAPAN

Tahniah kerana isteri anda berbadan dua dalam masa yang cepat. Anda perlu tahu yang kehamilan itu biasa dan wanita yang hamil tidak perlu buat apa-apa perkara khusus semata-mata untuk menjaga kehamilannya.

Anda boleh melakukannya mengikut keselesaan isteri. Jika berlaku pendarahan atau tompok coklat keluar daripada faraj, itu petanda gangguan kepada janin dan anda perlu berhenti melakukan hubungan kelamin untuk sementara waktu dan meneruskannya selepas doktor sahkan janin dalam kandungan itu selamat.

Anda perlu bawa isteri ke klinik atau hospital untuk menjalani pemeriksaan. Sebenarnya ia jarang berlaku dan tidak semua suami tahu cara mengendalikannya.

Pernah terdengar suami tidak bertimbang rasa yang masih melakukan hubungan seks dengan isteri walaupun isteri ada tanda coklat atau darah keluar dari faraj selepas melakukan seks.

Ada juga isteri yang kesudahannya mengalami pendarahan yang banyak dan mengalami keguguran janin. Seperti yang saya nyatakan tadi, ini jarang berlaku.

Anda boleh melakukan hubungan seks sampai isteri sarat melahirkan bayi dan itu pun ikut keadaan kesihatannya dan juga keselesaannya!



-

Perniagaan Internet: Apakah Yang Paling Penting?

Your Ad Here

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda sekarang? Bagaimana dengan perniagaan internet anda? Sudahkah anda membuat halaman web jualan anda yang pertama, kedua atau berapa sahaja.

Sering kali kita dengar “guru” berkata kita boleh buat duit melalui internet tanpa halaman web.Betulkah? mungkin betul dan mungkin juga tidak. Tetapi bagi saya halaman web adalah yang paling penting sekali. Halaman web adalah umpama “kedai” di alam maya. Tak kiralah kedai itu berfungsi sebagai menjual produk sendir, orang lain atau sebagai tempat untuk meletak iklan.

Baiklah, mungkin sesetengah individu menggunakan web 2.0 sebagai platform, tetapi anda harus ingat bahawa mereka tidak mempunyai hak keatas halaman web tersebut. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa aspek dibawah adalah penting untuk memulakan perniagaan internet:

i)   Produk

ii)  Halaman web

iii) Borang pesanan.

Ada sesetengah individu yang ingin bergiat dalam perniagaan internet membeli pelbagai jenis ebook yang menawarkan peluang untuk buat duit di internet. Mereka menghabiskan hampir ratusan ringgit untuk membeli pelbagai jenis ebook dan panduan. Tetapi malangnya mereka tidak mempunyai walau satu pun halaman web.

Seperti yang saya ceritakan dalam artikel yang lepas mengenai kajian yang saya jalankan mengenai masalah yang di hadapi  untuk memulakan perniagaan internet, saya dapati mereka tidak tahu bagaimana hendak bermula. Oleh itu, cara saya adalah:

1) Cari produk yang “unik” iaitu yang jarang di dapati pada sesebuah tempat tetapi mempunyai pasaran dan permintaan. Contohnya baju batik, amat mahal di kuala lumpur dan kurang pilihan, manakala di Kelantan dan Terengganu amat mudah di perolehi.(Ada juga yang menjual minyak belacak  di internet) Ini juga idea yang bagus, mungkin produk minyak belacak ini mempunyai permintaan tetapi pelanggan malu untuk membeli di pasaran terbuka, oleh itu untuk mengatasi masalah “malu” ini, pelanggan akan membeli melalui internet. Saya pula menjual produk pelangsingan badan yang jarang terdapat di negeri lain, hanya boleh di dapati di 3 buah negeri di Malaysia.

2) Apabila produk yang hendak di jual telah dikenal pasti, bina sebuah halaman web jualan. Kajan menunjukkan bahawa minisite adalah efektif sebagai halaman web jualan.Jika tidak tahu untuk membina halaman web, anda boleh mengunjungi forum WangCyber. Di sana, anda boleh mendapatkan servis untuk membina halaman web anda. Anda boleh mendapatkan servis serendah RM50 untuk sebuah minisite.

3) Beli nama domain dan Hosting untuk halaman web anda. Dengan netkl, anda boleh mendapatkan nama domain dan hosting serendah RM60 untuk setahun.

4) Akhir sekali adalah borang pesanan supaya pembeli dapat membuat pesanan untuk produk yang anda tawarkan. Membuat borang pesanan adalah mudah bagi mereka yang mahir programing, tetapi bagi kita yang tidak tahu kod-kod komputer, ia akan mengambil masa untuk belajar. Oleh itu, jika anda ingin membuat borang pesanan dengan mudah, anda boleh pergi kehalaman web rasmi www.borangpesanan.com untuk keterangan lanjut bagaimana ingin membuat borang pesanan. Setelah semua proses ini selesai muat naik semua fail-fail tersebut ke webhosting anda.Siap!! sebuah halaman web jualan anda yang pertama. Kemudian timbul satu lagi persoalan iaitu aspek promosi.

Saya akan membuat satu artikel bagaimana untuk mempromosi halaman web jualan anda yang pertama pada artkel yang akan datang. Oleh itu, Stay Tune.

Yang Benar,

Ps: Jika anda mempunyai masalah untuk membuat borang pesanan (order Form), sila lawati halaman web berikut:

www.borangpesanan.com

SocialTwist Tell-a-Friend

Post to Twitter Post to Yahoo Buzz Post to Digg Post to Facebook

Memperbaiki windows operating system secara online di Reimage [del.icio.us]

Your Ad Here

Ibu dua anak dingin bersama suami

Your Ad Here

-

Soalan

SAYA berusia 29 tahun dan mempunyai dua anak. Anak kedua berumur setahun dan masih menyusu.
Masalahnya saya tiada perasaan untuk melakukan hubungan intim dengan suami. Suami saya normal, tetapi saya sering menolak ajakannya kerana tiada mood.

Adakah ia disebabkan saya mempunyai sebarang masalah atau berpunca daripada penyusuan bayi?

Adakah sebarang ubat atau rawatan untuk mengembalikan perasaan ghairah untuk melakukan hubungan intim?

AZIMA
Kuala Lumpur

Jawapan

DENGAN tanggungjawab anda kini sebagai seorang ibu, kesibukan dan keutamaan beberapa perkara dalam hidup kita mungkin berubah kepentingannya.

Kadangkala, ia ditambah pula dengan masalah peribadi sama ada di tempat kerja, keluarga dan suami yang boleh memberi kesan kepada hubungan seksual. Penyusuan badan (paras hormon prolaktin yang tinggi) ada dikaitkan dengan penurunan nafsu seks, namun ia tidak semestinya begitu.

Berjumpalah doktor anda untuk mendapatkan pemeriksaan awal, anda juga lebih mudah atau selesa untuk bercerita masalah peribadi dengan doktor yang sudah lama menjaga kesihatan anda. Lazimnya, ia tidak memerlukan rawatan ubatan, tetapi hanya kaunseling. – metro

Para suami yang mengalami masalah di atas perlu memainkan peranan juga. Perlu bantu isteri anda menaikkan ghairahnya. Banyak tips² cara menghairahkan isteri terdapat di dalam ebook ini. Muatturun sekarang untuk kepuasan di ranjang anda.



-

BILA ARTIS BERSOSIAL…

Your Ad Here

Mungkin mereka dah habis shooting atau dah tak ada kerja agaknya. Maka dengan itu, mereka pun berhibur demi memenuhi masa lapang bagi mengisi kekosongan hidup yang sementara ini!

    (\__/)
    (=’.'=)
    (“)_(“)
    www.myartis.com 2009

Your Ad Here

Suami Dingin Bila Isteri Pelawa Seks

Your Ad Here

-

SAYA isteri berumur 24 tahun. Suami pula berumur 38 tahun. Kami sudah setahun berkahwin, tetapi hingga kini belum mendapat zuriat.

Setiap kali saya mengajak suami bersetubuh, terlalu banyak alasan diberikan.
Tetapi apabila bersetubuh, tidak sampai dua minit suami akan mengalami klimaks. Ketika bersetubuh saya seperti patung kerana suami langsung tidak melakukan apa-apa.

Sebagai seorang isteri, saya tak pernah merasa kenikmatan. Apabila diajak membeli produk bagi menguatkan stamina, suami kata ia tidak perlu.

Justeru, setiap kali diajak bersetubuh, hati saya berbelah bahagi. Jika menolak pula dia akan memarahi saya.

Adakah berdosa jika saya tidak melayan suami bersetubuh? Apakah pula hukumnya saya melakukan persetubuhan dalam keadaan terpaksa kerana ingin menjaga hatinya?

BIBI

Kuala Lumpur

HIDUP berpasangan adalah sebahagian fitrah kejadian. Islam mengatur fitrah semula jadi menerusi institusi perkahwinan supaya masahah manusia dapat dijaga dengan baik. Antaranya bagi mengembangkan zuriat serta memenuhi tuntutan nafsu seksual semula jadi manusia.

Justeru, Islam mensyariatkan hubungan seksual yang halal antara suami isteri. Ia adalah satu kebaikan dalam kehidupan di dunia dan menjadikannya kenikmatan yang khusus bagi orang soleh di akhirat nanti.

Rasulullah s.a.w pernah menasihati sahabat baginda, Uthman bin Maz’un supaya menunaikan tanggungjawab berupa nafkah batin kepada isteri.

Katanya: “Sesungguhnya isterimu mempunyai hak atas dirimu…” Dengan kata lain, setiap suami perlu mengetahui tanggungjawabnya kepada isteri dan keluarga.

Buat masa ini, saya menasihati anda supaya tidak berasa tertekan dengan keadaan yang berlaku. Kemungkinan keadaan itu akan berubah. Beri masa untuk suami menyesuaikan diri dengan keadaan dan tanggungjawab rumah tangga.

Ini kerana perkahwinan adalah masa peralihan dalam kehidupan bujangnya. Semoga dengan kesabaran dan usaha yang dilakukan, ia akan berubah.

Anda boleh mencuba mengeratkan lagi hubungan dengan memupuk rasa cinta serta kasih sayang antara suami isteri.

Contohnya, beri perhatian kepada makan minum, pakaian dan menjaga keindahan rumah dengan hiasan terutama di bilik tidur. Semuanya boleh membantu ke arah kebahagiaan rumah tangga dan membawa kepada perhubungan seks yang erat.

Dalam soal seks, anda boleh membantu suami menahan klimaks dengan cara tertentu. Dengan itu, anda tidak berasa berdosa kepada suami, malah menambah pahala dengan menjadi isteri yang baik dan solehah.

sumber : kosmo



-

Links for 2009-11-26 [del.icio.us]

Your Ad Here

Cara menghapus / menghilangkan virus Worm Conficker varian terbaru [del.icio.us]

Your Ad Here