
Pada hari Khamis lepas, saya pergi bergunting rambut di kedai gunting mamak. Saya dilayan oleh tukang gunting yang sama walaupun di sana ada ramai tukang gunting. Seperti sudah ditakdirkan saya mendapat tukang gunting tersebut (termasuk kerusi yang sama) setiap kali ke kedai itu. Kali ini adalah kali ketiga sebenarnya.
Kata tukang gunting itu kepada saya, “Sudah lama tidak nampak?”
Saya membalas, “Ya, sudah sebulan lebih.”
Dalam hati saya berkata, “Aku baru dua kali datang ke sini, dia sudah ingat muka aku. Kalau di kedai gunting lain, mereka akan ingatkah?”
Sebab itu perniagaan orang-orang mamak maju. Layanan mereka terhadap pelanggan adalah bertahap Super. Belum masuk kedai pun mereka sudah senyum dari jauh. Padahal mereka belum pasti pun saya mahu gunting rambut atau sekadar berhenti di hadapan kedai mereka.
Saya bukanlah mahu memperlekehkan kedai gunting bangsa lain. Malah saya tidak dapat apa-apa pun daripada perlekehan tersebut. Lagipun, bapa saudara saya juga seorang tukang gunting. Jadi buat saya mengutuk bangsa sendiri?
Namun, jika 10 buah kedai gunting saya pergi selama ini, 8/10 daripadanya amat tidak memuaskan hati layanannya. Saya pernah dimarah-marah. Saya pernah dikasari dengan kata-kata. Mengapa jadi begitu? Akibatnya, kedai-kedai gunting itu tidak akan saya jejaki kaki lagi…. Kini saya mula ‘bermanja-manja’ dengan kedai gunting mamak pula.
Tetapi saya tidak nafikan, ada kedai gunting orang Melayu yang bagus layanannya. Cuma, sedikit sukar untuk menemuinya. Mungkin ini hanya dari segi perspektif dan di persekitaran saya sahaja dan bukan di tempat lain.
Ini sebenarnya bukan masalah bangsa. Tetapi masalah individu. Tidak kisahlah apa pekerjaan kita, jika kita berusaha untuk melakukan secara profesional walaupun simple, insyaAllah orang akan suka.
Jangan sebab nila setitik, habis disalahkan satu bangsa. Sama-samalah kita meningkatkan kualiti di dalam layanan terhadap para pelanggan kita.
*Gambar yang ditunjukkan di atas adalah gambar hiasan sahaja.
Kredit: http://www.sxc.hu/photo/728818
------------------------------
(smartzul) is one of prominent Malaysia blogger who love blogging about Entrepreneur Tips, Internet Business, Make Money Online, Perniagaan Internet. You can visit his blog: Click Here------------------------------





0 comments ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.
You must log in to post a comment.