Kebiasaanya webiste scam ini hanya dibuka dalam masa beberapa jam sahaja kemudian mereka akan mendelete index fail mereka supaya tidak dikesan.
Saya mendapat email phising Maybank2u lagi. Kali ni tajuk email nya begini WARNING – MAYBANK CUSTOMER (ALERT). Lain-lain tajuk email yang mereka gunakan ialah,
Transaction Problem (Urgent)
IMPORTANT – URGENT CONFIRMATION
1 IMPORTANT ALERT (NEW)
Account Blocked – Ref No: 654002
NOTICE: FINAL ACCOUNT WARNING
Urgent: Transaction Problem
Urgent: Account Suspension
Account – Urgent Warning
Urgent – Transaction Error – -
Oleh kerana tulisan saya mengenai modus operandi penipuan perbankan internet sebelum ini tidak berbentuk grafik, masih ada yang tak nampak macam mana ia bekerja. Kita kena faham teknik penipu supaya kita tidak tertipu.
Pertama ialah ini ialah email yang diterima

Bagi sesiapa yang biasa dengan Maybank2U pasti sudah tahu alamat websitenya yang lain dari biasa, tapi mesti ada yang tak perasan sebab tu si penipu ni terus menipu.
Oleh kerana saya dah tahu modus operandi mereka, saya pun klik link yang diberi.
Inilah layout website tipu ini

Website Maybank2U yang sebenar di alamat http://www.maybank2u.com.my

Nampak sangat berbeza kan? Ok lepas tu saya login pula di website tipu tu dengan username “isuhangat” dan password nya saya letak “waklu” hehe..
Oh yeah login yang letak sebarang-sebarang pun boleh terima dan apa yang diaorang cuba takutkan

Wait 1 Minute For TAC . Bagaimana dia dapat TAC kita telah saya terangkan dalam post modus operandi mereka dulu.
Saya letak TAC main belasah jer dan ini page selepas itu.

Thank You (Successful)
INFORMATION TO ALL MAYBANK CUSTOMERS
Your request to secure your online banking details and account was successful. As part of our security measures, you are required not to access online banking till 5.20PM Today.
Our team or staff are currently working on our security server. Please note to accessing your online account before the specified time may lead an error beyond our control.
Management
Maybank Berhad
Hmm diaorang nak belasah akaun mangsa cukup-cukup dan apabila access sebelah petang sekurang-kurangnya RM3000 dah kena rembat.
Kongsi dengan rakan anda, jangan biarkan mereka tertipu dengan teknik bodoh ni. (Sumber - isuhangat)
------------------------------
(Entertainment News, Hot issues, Celebrity News) is one of prominent Malaysia blogger who love blogging about Artis Melayu, Berita Selebriti, Entertainment, Gambar Artis. You can visit his blog: Click Here------------------------------





0 comments ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.
You must log in to post a comment.