Ady Putra, pelakon berasal dari Singapura bersyukur dapat mencipta nama dan mendapat rezeki di bumi Malaysia. Ady mengakui teringin untuk terus kekal menginap di Malaysia setelah tujuh tahun menetap di sini.
Lebih manis, dia turut bertemu jodoh dengan wanita Malaysia.
“Sudah tujuh tahun saya bertapak di Malaysia dan sehingga hari ini, saya masih menggunakan status pelancong untuk urusan kerja dan tinggal di sini.
“Tapi, saya kerap juga berulang alik ke Singapura kerana keluarga masih di sana. Memandangkan isteri adalah orang Malaysia, memang saya terfikir untuk memohon taraf Penduduk Tetap (PR) di Malaysia.
“Sepanjang tempoh tujuh tahun ini, saya harus mengemaskini pasport saya setiap tahun bagi melancarkan urusan kerja dan pergerakan saya di sini,” katanya memecah bicara.

Tambah Ady, pertaliannya dengan Malaysia bukanlah sesuatu yang asing dalam salasilah keluarganya. Malah, dia mengakui arwah neneknya juga berasal dari Selangor, Malaysia.
“Perkara ini mengingatkan saya kepada cerita tentang hasrat arwah nenek sebelum dia meninggal dunia dulu.
“Memang saya teringin nak duduk terus di Malaysia. Cuma proses itu memakan masa dan melalui pelbagai prosedur. Kita tunggu dan lihatlah,” kata Ady yang cukup mengkagumi bakat dan karisma aktor Johnny Depp.
Related Posts
------------------------------
(admin) is one of prominent Malaysia blogger who love blogging about Entertainment, Gambar Artis, Gosip Artis, Local Entertainment Scene, Malaysia Celebrity. You can visit his blog: Click Here------------------------------





0 comments ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.
You must log in to post a comment.