Berita buruk buat peminat AC Mizal, artis kesayangan mereka, AC Mizal telahpun sah menarik diri untuk mengacara rancangan realiti Akademi Fantasia 8 (AF8) yang akan datang. Sekarang ianya menjadi tanda tanya kepada kita siapakah yang bakal mengacarakan rancangan realiti AF8 tersebut.
AC Mizal terpaksa menarik diri dari mengacara Akademi Fantasia 8 kerana komitmen AC pada bidang perniagaanya yang tidak mengizinkan beliau mengacara AF8. Syarikat AC Konsortium milik AC sendiri kini sedang pesat membangun dan membataskan masa AC untuk memberi komitmen kepada Akademi Fantasia 8, Walaupun agak sedih untuk meninggalkan Akademi Fantasia, tetapi keputusan itu terpaksa dilakukan demi mengejar impianya untuk bergelar usahawan yang di impikan sejak dari dulu lagi.
“Jujurnya saya rasa lega dan sedih dengan keputusan ini. Saya lega sebab tidak rasa tekanan besar untuk mengacarakan AF lagi. Tapi pada masa yang sama, sedih juga sebab tak dapat nak mengacarakan program ini lagi.”
“Saya terpaksa lepaskan tugas yang cukup istimewa itu demi komitmen pada cabang perniagaan. Namun, saya amat bersyukur kerana berpeluang mengendalikan program hebat seperti AF selama dua musim.”
“Memang sejak dulu lagi saya ingin menjadi usahawan. Alhamdulillah peluang itu sudah terhidang di depan mata hari ini. Bukan saya tidak mahu mengacarakan AF lagi, cuma saya tidak dapat membahagikan masa antara bisnes dan AF.”
“Saya terikat dengan seminar bisnes hampir setiap minggu. Sebelum saya menghampakan mana-mana pihak di kemudian hari, lebih baik saya buat keputusan ini sekarang,” kata AC Mizal
MyGosip mendoakan kejayaan AC Mizal didalam bussines yang dijalankanya, Nanti dah berjaya, jangan lupakan kami pula.. hehehe.. persoalanya sekarang?, siapakah yang akan mengacara Akademi Fantasia 8? kita tunggu sidang media yang akan dilakukan minggu depan…
------------------------------
(heyrizal) is one of prominent Malaysia blogger who love blogging about Entertainment, Gambar Artis, Gosip Artis, Malaysia Celebrity. You can visit his blog: Click Here------------------------------





0 comments ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.
You must log in to post a comment.