Tulisan ini dilakukan sebelum kad ini dikeluarkan kepada umum. Jadi kemungkinan ada kenyataan yang kurang tepat. Saya hanya merujuk laman web mereka dan memahami daripada sumber itu sahaja. Harap maklum. – 18/7/2010
Jika sebelum ini saya telah menulis beberapa artikel mengenai kad debit dan kad prepaid, datang pula berita baru di mana satu kad pepaid (pra-bayar) berjenama baru akan dikeluarkan oleh pihak MOL (payment service provider – syarikat Malaysia -).
- Kad debit dan kad prepaid adalah dua kad yang berbeza. Boleh baca artikel di sini.
- Mungkin ramai yang belum tahu bahawa pihak MOL adalah pihak yang telah membeli Friendster.com pada penghujung tahun lepas.
- MOL juga akan bekerjasama dengan pihak Facebook.
Jika sebelum ini mereka terkenal dengan kad prepaid MOL Freedom, pada kali ini nama yang mereka bawakan untuk kad prepaid baru itu adalah MOL-Paypal (The Digital Card), di mana mereka telah bekerjasama dengan pihak Paypal. Dan yang menariknya, kad ini bukan Mastercard (seperti MOL Freedom), tetapi adalah Visa. Anda teruja? Baca dahulu artikel ini sehingga selesai. Ada pro dan kontranya….

“With this card, you can make online purchases securely and conveniently within Malaysia and overseas. All your online purchases for eligible items are protected by PayPal Buyer Protection in the event that you don’t receive your items. Click here to learn more about protection coverage and eligibility. Furthermore, you can use this card to pay for your dining and shopping nationwide where VISA is accepted, or withdraw cash from all EON Banks and EONCAP Islamic Bank ATMs or ATMs with a Cirrus logo.” ~ Paypal-MOL.com
Memang cepat pihak mereka (MOL) dan juga pihak EON Bank mengambil peluang dengan ‘menghidu’ keperluan dan ‘kebiasaan’ sebahagian besar rakyat Malaysia, tidak seperti kebanyakan bank atau organisasi lain di mana stafnya sendiri tidak tahu apa itu Paypal. Apabila disebut Paypal, mereka terpinga-pinga kekeliruan.
Berbalik kepada kad prepaid MOL-Paypal, serba sedikit yang saya fahami daripada pembacaan:
- Kad ini dikeluarkan oleh pihak EON Bank.
- Mula dijual bermula 19/7/2010 (Isnin) jika mengikut kebanyakan berita. Ada yang mengatakan 21/7. Boleh dibeli di mana-mana cawangan EON Bank, EONCAP Islamic Bank, 7-Eleven atau boleh tempah di laman web mereka, http://www.Paypal-MOL.com
- Untuk tempahan melalui online melalui laman web mereka, kad boleh diambil di mana-mana cawangan EON Bank atau EONCAP Islamic Bank yang dipilih oleh pemohon. Ia boleh diambil sebaik sahaja permohonan diluluskan.
- Hanya untuk mereka yang berumur 18 hingga 70 tahun sahaja.
- Harga satu kad adalah RM15.00 sahaja. Yuran tahunan pula RM10.00. Percuma untuk tahun pertama. Percuma yuran tahunan jika guna kad lebih daripada 12 kali dalam satu-satu tahun.
- Tidak perlukan jumlah minimum seperti mana kad debit-prepaid Visa Electron Public Bank.
- Setiap orang boleh memiliki sebanyak mana kad yang dimahukan. Boleh lebih daripada satu.
- Caj keluar duit: Percuma di mana-mana cawangan EON Bank dan RM10 di mana-mana mesin ATM Visa Plus.
- Maksimum “top-up” (tambah nilai) duit ke dalam kad bagi satu-satu masa: RM10,000.
- Hanya boleh “top-up” dua kali sahaja sehari.
- Caj topup: Percuma di cawangan EON Bank, RM1 di 7-Eleven dan RM2 untuk Online Banking (selain EON Bank), termasuk mana-mana ‘outlet’ kad ini.
- Jumlah tambah nilai adalah dalam RM60, RM100 atau RM200 di mana-mana cawangan 7-Eleven, outlet kad ini dan juga di EON Bank.
- Boleh masukkan wang dari akaun Paypal terus ke kad ini (sebab kad ini Visa). Pemegang kad akan mendapat “mata ganjaran” jika transfer wang dari akaun Paypal ke kad (tapi ada syarat tertentu).
- Seperti kad prepaid yang lain, ia tidak perlukan sebarang syarat yang ketat. Boleh daftar terus tanpa perlu membuka sebarang akaun simpanan seperti mana kad debit-akaun.
- Selain untuk peniaga Online, kad ini juga dapat digunakan untuk pembeli (buyers) sama ada menggunakan kad terus atau melalui Paypal (daftar di Paypal).
- Boleh dapat rebat sebanyak RM15 jika berbelanja paling kurang RM150, tetapi mesti melalui akaun Paypal dengan menggunakan kad ini. TETAPI tawaran ini sehingga 31 Ogos 2010 sahaja. Sesiapa yang sudah memiliki akaun Paypal, pasti memahami fungsi kad debit atau kad prepaid yang didaftarkan di akaun Paypal, iaitu salah satu sumber Paypal mendapatkan sumber wang untuk pembelian yang dilakukan jika dana di akaun Paypal tidak mencukupi.
- PENTING: Perlu ada akaun Paypal Malaysia (paypal.com/my) dahulu untuk membuat permohonan kad. Dan pemohon kad ini juga mesti telah mendaftar akaun MOL (percuma sahaja untuk mendaftar). Bermaksud, kedua-dua maklumat akaun ini perlu diisi pada borang permohonan.
- Bagi mereka yang telah mempunyai akaun Paypal yang Verified, juga boleh Add kad ini di akaun mereka sebagai kad tambahan.
- Untuk menyemak transaksi kad yang dilakukan, ada dua cara iaitu EON Bank Online Banking (perlu ada akaun bank) atau hubungi EON Customer Service Hotline di talian 03-2616-1333. Sama seperti kad prepaid Ambank NexG Mastercard.
*Mengenai perkara 14. Jika difahami, kad ini diwujudkan untuk membolehkan rakyat Malaysia memiliki akaun Paypal. Jadi mudah ceritanya begini:
- Daftar akaun Paypal (unverified) dan daftar juga akaun MOL.
- Dapatkan kad MOL-Paypal dan isi (top-up) wang mencukupi ke dalamnya (ini saya belum pasti kerana tiada diterangkan di website mereka – saya akan kemaskini nanti -).
- Login ke akaun Paypal dan “add” kad MOL-Paypal.
PROSES PENDAFTARAN
Offline: 7-Eleven
- Pastikan telah mendaftar akaun Paypal dan akaun MOL.
- Beli “Welcome Pack” di mana-mana cawangan 7-Eleven berdekatan. Bermaksud, kad MOL-Paypal sudah ada di tangan kita. Kad itu perlu ditanda tangan dengan segera.
- Isi borang dan hantar melalui pos. Sertakan satu salinan kad pengenalan.
- Tunggu makluman kelulusan permohonan daripada pihak bank sama ada melalui emel atau SMS.
- Setelah mendapat kad, login ke akaun Paypal dan “add” kad MOL-Paypal.
Online: www.Paypal-MOL.com
- Pastikan telah mendaftar akaun Paypal dan akaun MOL.
- Masuk ke laman web MOL-Paypal dan klik pada menu APPLY NOW.
- Isi borang permohonan. Pilih cawangan EON Bank terdekat untuk ambil kad nanti.
- Buat bayaran untuk permohonan (saya tidak pasti kaedahnya).
- Cetak borang dan poskan ke alamat yang diberikan. Boleh juga hantar melalui faks dan emel. Jangan lupa sertakan sekali salinan kad pengenalan depan dan belakang.
- Tunggu kelulusan permohonan melalui emel atau SMS.
- Pergi ambil kad di cawangan EON Bank yang dipilih semasa permohonan dilakukan.
- Login ke akaun Paypal dan “add” kad MOL-Paypal.
MOL Access Portal Berhad,
Lot 07-03 & 08-03, Level 7 & 8
Berjaya Times Square,No. 1 Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur, Malaysiaenquiry@mol.com
Tel: +603 2082 1251
Fax: +603 2082 1252 /1253
Nampak seperti kaedah ONLINE lagi mudah? Itu pun kalau 7-Eleven terdekat tiada stok “Welcome Pack”.
Pendapat Saya
Saya dapati, kad ini seperti diwujudkan untuk mereka yang aktif atau berminat menggunakan MOL Money Online (MMO) seperti yang akan saya terangkan di bawah ini. Bagi anda yang hanya sekadar mahu mengesahkan akaun Paypal, kad prepaid MOL Freedom sudah memadai. Tetapi jika anda ingin menggunakan MMO dan memiliki pelbagai kelebihan, kad MOL-Paypal adalah pilihan terbaik.
Kad prepaid MOL Freedom terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 12 tahun dan ke atas. Manakala kad MOL-Paypal mensyaratkan pemohon kad berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sehingga 70 tahun sahaja.
Apa pun, kedua-dua jenis kad ini ada kelebihan masing-masing dan satu fungsi yang sama (bagi usahawan internet dan pembeli di Internet), iaitu mengesahkan akaun Paypal.
Tetapi kad prepaid MOL Freedom KALAH pada satu sisi iaitu pengguna Paypal tidak boleh memindahkan wang dari akaun Paypal ke kad tersebut (kerana ia Mastercard). Jadi, kekuatan utama kad prepaid MOL-Paypal adalah sebaliknya iaitu boleh dimasukkan duit dari akaun Paypal (kerana kad ini adalah jenis Visa).
*Bagi yang belum tahu, hanya kad jenis Visa sahaja yang boleh menerima pindahan wang daripada akaun Paypal.
MOL Money Online
Sedikit mengenai MOL Money Online (MMO), ia diwujudkan bertujuan untuk memudahkan ahli membeli barangan di Internet dengan menggunakan hanya MOL Points (di portal yang menerima MMO), tanpa memerlukan kad debit atau kad kredit. Kiranya, MOLPoints boleh dikatakan sebagai Online Currency.
Antara contoh kegunaannya adalah seperti membeli perisian permainan (Game), membeli barangan di portal tertentu, perisian dan juga menambah nilai aplikasi tertentu seperti kredit Skype, prepaid telefon, TMNet dan pelbagai lagi. Namun saya perhatikan, buat masa ini hanya ‘Game’ yang lebih banyak dijual di laman web MOL.
100 MOLPoints = RM1.00
MolPoints boleh diperolehi dengan Reload melalui bayaran wang tunai (beli point) atau dengan mendapat ganjaran seperti yang diterangkan di atas (penggunaan kad MOL-Paypal).
Berbalik kepada kerjasama MOL-Paypal, pihak Paypal mendapat manfaat dengan bertambahnya pengguna, manakala pihak MOL pula akan mendapat penambahan ahli bagi perkhidmatan mereka. Satu kerjasama bijak yang patut dicontohi oleh para usahawan.
Dan kelebihan ini pasti amat sesuai sekali bagi mereka yang kerap dan lebih suka memindahkan wang dari akaun Paypal ke kad berbanding memindahkan ke akaun bank. Nampaknya selepas ini pasti ramai yang akan memilih kad MOL-Paypal Visa kerana selain dapat memindahkan (transfer) wang dari akaun Paypal ke kad, mereka juga akan mendapat nilai mata ganjaran.
Itu sahaja untuk kali ini. Mungkin para pembaca semua ada pendapat masing-masing. Tulisan saya di atas mungkin ada benar dan salahnya (kurang tepat) kerana saya sendiri belum memiliki kad ini (semasa artikel ini ditulis).
Saya akan cuba dapatkan kad ini secepat mungkin. Ia datang tepat pada masanya sebab saya ada satu akaun Paypal yang belum disahkan lagi. Jadi bolehlah saya cuba “uji-kaji” dengan akaun itu.
Rujukan Tambahan:
- http://www.paypal-mol.com
- http://www.molglobal.net/?p=1125
- https://www.paypal-mol.com/Getstart
- http://www.molfreedom.com
- http://www.mol.com/v5/en/HowMOLPointsWork.aspx
- Beza kad debit-akaun, kad prepaid dan kad kredit
PS. Sudah semestinya saya akan menambah satu laporan khas cara pengesahan akaun Paypal dengan menggunakan kad ini, untuk para pembeli Panduan Asas Paypal. Termasuk juga cara memindahkan wang dari akaun Paypal ke kad.
PENTING: Jika tuan/puan mahu kongsikan artikel ini kepada pembaca blog tuan/puan, saya tidak membenarkan artikel ini di’copy & paste’ begitu sahaja. Hanya “backlink” artikel ini sahaja yang dibenarkan diletak di blog post tuan/puan. Ini kerana jika berlaku kemaskini di sini, maka artikel di blog tuan/puan sudah tidak ‘up to date’ lagi. MOHON KERJASAMA. Terima kasih.
Versi pertama artikel ini: 18/7/2010, 7:00AM
Penafian: Saya tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak di atas sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Sebarang maklumat di atas tidak semestinya tepat dan boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Sila rujuk pihak berkaitan secara terus untuk kepastian dan penjelasan. Segala kerugian akibat merujuk artikel ini adalah di bawah tanggungjawab anda sepenuhnya.
-
©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.
.
------------------------------
(smartzul) is one of prominent Malaysia blogger who love blogging about Entrepreneur Tips, Internet Business, Make Money Online, Perniagaan Internet. You can visit his blog: Click Here------------------------------






0 comments ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.
You must log in to post a comment.