Raja Azmi serahkan “Anu Dalam Botol” kepada Lembaga Penapis FIlem. Ikuti luahan dan pendapat Raja Azmi mengenai “Anu Dalam Botol” yang kini dalam peringkat akhir sebelum ditayangkan. Filem beliau yang penuh konterversi ini akhirnya hampir kepada kemuncaknya.Mari kita baca komen beliau.
Walaupun harus akur dengan syarat pihak berwajib sehingga menjejaskan keaslian naskhah tulisannya itu, dia tetap menurut dan meminda karya itu agar buah tangan terbarunya mendapat restu untuk muncul di layar lebar.
“Walaupun pelbagai kontroversi melanda … Dalam Botol sebelum ini, saya berharap agar Lembaga Penapisan Filem (LPF) meluluskan filem ini untuk tayangan kelak.
“Sebagai penerbit, pelbagai pindaan telah saya lakukan demi menghormati syarat dan kehendak pihak berwajib.
“Niat dan mesej saya hanya satu, iaitu untuk berdakwah. Bukannya saya suka-suka hendak buat filem yang mengagung-agungkan golongan itu (pondan dan gay) atau ingin meracuni minda penonton dengan filem sebegitu,” ujarnya.
Bercerita lanjut, isteri kepada jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek itu berkata, disebabkan oleh segala kontroversi yang timbul sebelum ini, dia sanggup mengubah skrip asal filem itu demi memenuhi tuntutan dan syarat yang ditetapkan oleh LPF dan Finas.
“Saya ingin penonton mendapat iktibar daripada filem ini, itu sahaja. Malah, apa jua yang dipaparkan dalam filem ini adalah mengikut skrip yang sudah dipinda berkali-kali.
“Memandangkan skrip sudah diluluskan Finas, rasanya tiada sebab untuk filem ini digam atau berhadapan sebarang masalah nanti.
“Jika dilihat pada paparan visualnya, saya tidak nampak sebarang aksi atau babak yang keterlaluan pun.
“Tapi saya tidak tahulah jika mereka (LPF) masih merasakan ada adegan yang tidak elok juga dalam filem ini,” katanya berseloroh. [ sumber : zoomartis ]
Bukan semua waris keturunan seni boleh mengikut jejak langkah keluarga. Malah Nasir P.Ramlee juga gagal untuk menyamai bakat ayahnya yang kini terus menjadi idola dan lagenda seni sepanjang zaman.
Begitu jugalah yang berlaku dengan Tamrin Ibrahim Pendek. Dia akui gagal untuk menyambung tradisi ayahnya sebagai pelawak terkenal yang diminati ramai satu ketika dahulu. Namun begitu, Tamrin masih terus berusaha untuk mengejar populariti dalam bidang tersebut meskipun banyak rintangan yang mendatang… Ikuti temubual ini, Eksklusif di myartis.
Berita kurang baik kepada peminat hiburan yang minat akan bakat lakonan hebat Roziat Che Wan di’kaca televisyen, beliau mahu bersara.
Rozita Che Wan mengesahkan pengumuman ini yang tiada kaitan dengan beliau sudah bertemu jodoh atau kaitan dengan mana-mana VIP yang pernah di’gossipkan.
Persaraan Rozita Che Wan di’katakan 100% atas dasar mahu berhenti dari dunia hiburan yang penuh gossip & pandangan masyarakat yang sering mengaibkan keluarganya.
“Saya akan mengeluarkan produk bulu mata palsu dengan jenama menggunakan nama saya.”
“Saya optimis perniagaan ini mampu berkembang,” kata Rozita Che Wan kepada wartawan.
Nampaknya pandai Rozita Che Wan mencari sumber rezeki lain selain bidang lakonan di Malaysia yang sememangnya tidak akan ke’mana-mana.
Dengar kata selepas berjaya memiliki BMW 3 Series, sasaran Rozita Che Wan selepas ini sebuah kereta lebih mewah, Porsche Cayenne. [ sumber - rotikaya ]
Pernahkah ATM CARD anda dirompak atau dicuri, jika ya, kami terbaca info ini di forum tanyasifu.com. Nombor pin ATM yg diterbalikkan – Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.
Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda.
Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini. Sebarkanlah maklumat ini seluas mungkin untuk manfaat kepada orang lain.
Semoga dengan maklumat ini dapat mengurangkan jenayah kat malaysia.
Akhirnya Datuk K atau nama sebernarnya (Datuk Paduka Khairuddin) telah selamat berkahwin dengan Umie Aida di tanah suci. Kami ucapkan tahniah kepada Umie Aida kerana telah selamat diijabkabulkan dengan Abang K nye. Alhamdulillah kedua-duanya telah bergelar suami isteri.
Selamat pengantin baru.. Semoga Umie Aida dan Datuk K bahagia hingga anak cucu.
Benjy Benjamin atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin, mungkinkah dia terlibat dalam pengedaran dadah yang bernilai RM 650,000. Kini dia ditahan reman selama 7 hari untuk membantu siasatan.
Benjy ditahan di kondominium mewahnya di Segambut. Beliau ditahan bersama teman wanitanya yang berusia 24 tahun yang belum dikenal pasti identitinya.
Menurut ibunya iaitu pelakon veteran terkenal Azean Irdawaty beliau tidak mempercayai bahawa anaknya terlibat dalam pengedaran terebut.
Masalahnya, Benjy selalu pokai dan kerap minta tolong dengan saya walau untuk bayar duit rumahnya atau duit belanja untuk ke pasar. Macam mana surat khabar kata dia boleh jual sampai beratus-ratus ribu. Kereta pun dia tak ada. Lagipun Kak Yan Google (di Internet) orang kalau ambil benda itu kurus dan hiperaktif sedangkan Benjy gemuk, suka tidur. Selain itu, dia sering menghabiskan masa di kolam pancing pagi, petang, siang dan malam.
Jika sabit kesalahan, Benji mungkin akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952. Kak yan juga mempersoalkan penglibatan anaknya dalam pengedaran dadah ini kerana sifat fizikal Benji tidak menunjukkan beliau seorang penagih atau pengedar dadah.
Selepas ditangkap, Benjy disahkan positif methamphetamine selepas melakukan ujian air kencing. Sukar nak percaya ada artis kita yang terlibat dengan penggunaan dan pengedaran dadah. Tapi harap semua bersabar ye sebab Benjy belum lagi disahkan bersalah marilah sama-sama kita doakan agar Benjy betul-betul tak ada kaitan dengan hal nie.
Akhirnya Umie Aida, 37, kini bergelar Datin Paduka selepas selamat dinikahkan dengan suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, di Masjidil Haram, Mekah.
Umie, dan Khairuddin, dinikahkan oleh jurunikah Marwan Zakaria di Masjidil Haram di sini pada pukul 1.20 pagi (waktu tempatan) dan menerima mas kahwin berjumlah RM1,709 (1,818.18 riyal) serta sebentuk cincin berlian.
Klik untuk gambar besar…
Namun dua hari sebelum berangkat ke Tanah Suci dia ada memaklumkan ibunya, Asmah Ali agar jangan terperanjat seandainya hasratnya untuk bernikah dengan Khairuddin tidak menjadi kenyataan.
Selain itu, Umie juga amat risau seandainya dia tidak mampu menyayangi lelaki dengan sepenuhnya kerana pengalaman putus cinta sebelum ini membuatkannya tidak percaya pada cinta. Namun begitu, kecelaruan emosi Umie tiba-tiba berakhir sebaik dia berada di Tanah Suci dan sekali gus merubah pandangannya terhadap Khairuddin.
Klik untuk gambar besar…
“Kesediaan abang membawa saya bersama keluarga menunaikan umrah dan sekali gus berkahwin di Masjidil Haram membuatkan saya dapat merasakan yang beliau sangat jujur dan benar-benar serius untuk memperisterikan saya.
“Daripada situ, saya dapat menelah dia adalah lelaki yang budiman. Doa saya semoga perkahwinan saya dengan abang akan kekal hingga ke akhir hayat kami berdua,” jelasnya dipetik sebagai berkata.
Klik untuk gambar besar…
Majlis resepsi mereka dijadualkan berlangsung pada 28 Mac 2010 ini di Hotel One World, BandarUtama, Damansara dengan berkonsepkan taman Inggeris dan tradisional kontemporari oleh perancang perkahwinan, Jovian Mandagie.
Majlis tersebut dijangka akan dihadiri kira-kira1,200 tetamu jemputan termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri.
Siti Shahrizah Saifuddin 38, yang popular dengan panggilan Eja, trauma kerana mendakwa anaknya yang berusia enam bulan didera pembantu rumahnya, selain kerugian hampir RM50,000 kerana wanita warga Indonesia itu merosakkan perabot dan kelengkapan rumahnya sebelum melarikan diri.
Berikutan itu, Eja membuat dua laporan polis, pertama berhubung pembantu rumahnya yang melarikan diri di Balai Polis Mont Kiara, manakala laporan kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Rabu lalu bagi melaporkan kerosakan harta bendanya.
Kesian betul kami dengan baby Eja, kecik-kecik dah kena dera.. hu hu. Jahat betol minah indon ni, dah la orang kasi keje.. anak majikan dia pun nak dera ke? Ape ke hel ni…
“Pengumuman…pengumuman…” itulah antara bait-bait lagu ‘Cari Jodoh’ yang menjadi kegilaan orang ramai sekarang ini. Lagu dari kumpulan Wali ini cukup popular bukan sahaja di negara mereka tetapi juga di Malaysia.
Untuk itu, pada Sabtu, 3hb April 2010, bertempat di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru, akan berlangsung konsert ‘Cari Jodoh’ oleh Wali yang akan mendendangkan lagu-lagu popular seperti Yank, Baik-Baik Sahaja, Orang Bilang, Taubat Maksiat dan banyak lagi.
Menurut Azman Miskon, dari Special Appearance Sdn Bhd, selalu penganjur utama berkata, pemilihan Wali untuk persembahan konsert di Johor Bahru disebabkan lagu-lagu yang dibawa oleh mereka mempunyai mesej yang baik.
“Selain itu, latarbelakang ahli kumpulan ini yang baik adalah menjadi kriteria membawa mereka masuk ke sini,” ujarnya lagi, “Antara faktor lain pula ialah lagu-lagu mereka sering mendapat perhatian peminat, jadi kami merasakan adalah wajar untuk peminat-peminat di sini merasai sendiri keseronokkan persembahan Wali,” ulas Azman.
Kedatangan Wali ke Malaysia bukanlah kali pertama, sebelum ini sebuah syarikat telekomunikasi telah menganjurkan konsert Wali dan dihadiri lebih 9000 peminat-peminat yang membanjiri Stadium Negara.
Menurut penganjur, mereka menjangka seramai 20,000 orang penonton akan membanjiri Stadium Larkin pada malam berkenaan. Dengan kedudukan Johor Bahru, berhampiran dengan Singapura juga Kepulauan Batam, angka ini tidak mustahil dapat dipenuhi.
Bagi peminat-peminat Wali, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kumpulan yang cukup hangat sekarang, Wali, yang akan mengegarkan Johor Bahru.
Tiket-tiket berharga RM 35, RM 55 dan RM 85, untuk menyaksikan konsert tersebut sudah mula dijual di cawangan ticket2u di sekitar Johor juga boleh didapati secara dalam talian di www.ticket2u.biz atau hubungi 03 – 4149 8600.
Dok belek-belek blog kami jumpa lagi gambar Anak Kembar Ziana Zain. Memang cute betul baby anak kak ziana ni, memang geram tol kami nak cubet-cubet tang pipinya..he he. Kami pun teringin gak.. kalu dapat anak kembar ni. Sapa ada tahu rahsia nak dapat anak kembar ya? boleh kongsi ngan kami semua.
Raizo (Rain) adalah salah satu pembunuh ganas di dunia. Dipungut dari pinggir jalan, dan telah dilatih menjadi seorang pembunuh terlatih oleh Klan Ozunu, sebuah kelompok rahasia yang dianggap sebagai mitos. Raizo melarikan diri dari mereka dan menghilang diri dalam masa sama ia menunggu untuk membalas dendam. Di Berlin, agen Europol, Mika Coretti mengetahui aliran dana pemerintah yang dicurigai membiayai kelompok pembunuh tersebut. Mencoba menjelaskan penemuannya ini kepada ketua mereka, Ryan Maslow (Ben Miles), Mika menemukan arsip-arsip rahasia atas keberanan pembunuhan-pembunuhan yang telah terjadi. Investigasinya ini membuatnya menjadi target dan Klan Ozunu mengirimkan team yang dipimpin oleh Takeshi, untuk membunuhnya
Raizo menyelamatkan Mika dari para penyerangnya, namun ia juga tahu bahwa klan tersebut tidak akan pernah berhenti sampai mereka berdua terbunuh. Raizo dan Mika harus saling percaya satu sama lain jika ingin selamat dan menghancurkan klan Ozunu.
Selain Intan dan Sam, filem Adnan Sempit turut dibintangi oleh Norliana Samsudin, Along (Raja Lawak), Cat Farish, Julia Hana, Angah (Raja Lawak), Zack (X-Factor), Hafidzuddin Fadzil dan ramai lagi.
Kepada peminat karya terbitan MIG, jangan lupa untuk mengunjungi pawagam berhampiran beramai-ramai untuk menyaksikan filem Adnan Sempit bermula 14 Januari ini.
Korang berminat download citer ni
Adnan Sempit mengisahkan Adnan, seorang mat rempit anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Nadia dilahirkan dalam keluarga mewah dan stabil dalam kerjayanya. Nadia sering ditemani pembantu peribadinya,Wawa. Wawa adalah teman wanita kepada Bobby dan juga menjadi sahabat pada Adnan. Nadia pernah kecewa akibat putus cinta, menyebabkan Nadia susah dan takut untuk bercinta lagi. Sehinggalah pada suatu hari, rakan-rakannya merancang untuk membuat reunion party. Pada mulanya Nadia kurang bersetuju, tetapi Nadia disindir enggan pergi ke reunion tersebut kerana malu tiada teman lelaki. Nadia tercabar dan kebetulan Adnan lalu di hadapan mereka dengan tidak sengaja. Nadia terus menarik Adnan dan terus memperkenalkan Adnan adalah teman lelakinya.
Nadia berjinak-jinak dengan dunia Adnan sebagai seorang mat rempit dengan niat untuk mengenali Adnan dengan lebih mendalam. Nadia sangat teruja. sehinggalah satu kejadian berlaku di mana Zack telah cuba mengambil kesempatan pada Nadia dan Adnan menyerang sehingga menyebabkan pergaduhan besar. Nadia mula merasa tidak selesa serta memarahi Adnan dan semenjak kejadian itu Nadia mula rasa benci pada Adnan walaupun Adnan cuba memujuk.