Entries Tagged 'Gambar Artis' ↓
September 2nd, 2010 — Artis Melayu, Berita Selebriti, Entertainment, Gambar Artis

Hidupkan malam dengan solat sunat, zikir
daripada abu hurairah berkata: adalah rasulullah saw menggalakkan qiamullail
(solat malam) pada ramadan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda:
sesiapa yang solat malam ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada
allah, maka diampuni baginya dosa yang lalu.
rasulullah saw amat menggalakkan umat supaya menghidupkan malam dengan mengerjakan
ibadat kerana fadilatnya amat besar di sisi allah.
di antara amalan dilakukan oleh rasulullah ialah melakukan solat sunat, berzikir,
membaca al-quran, membanyakkan istighfar serta beriktikaf di masjid. kita
sepatutnya mencontohi baginda serta berusaha bersungguh-sungguh dan penuh
keikhlasan memanfaatkan bulan ini terutama pada 10 malam terakhir ramadan.
rasulullah saw dalam kebanyakan hadis memberitahu mengenai kemungkinan besar pada
malam ini terutama malam ganjil adalah lailatul qadar yang mempunyai kelebihan
melebihi 1,000 bulan.
Doa :
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اْلعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
[Alloohumma Innaka ‘Afuwwun, Tuhibbul ‘Afwa, Fa’fu ‘Anni]
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pema’af, Engkau Menyukai Pema’afan, Karena itu, Berilah ma’af kepadaku”
(HR.at-Turmudzi, no.3513; Ibn Majah, no.3850; Ahmad, VI, 171; al-Hakim, I, 530; an-Nasa’i, ‘Amalul Yawm Wallailah, no.878; Lihat, Shahih at-Turmudzi, III, 170, no.2789)
(SUMBER: Doa Dan Wirid, karya Ust.Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Pustaka Imam asy-Syafi’i) @
ini-ulie
Zikir :
Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaaha Illallah Wallahu Akbar
Wala Hawla Wala Quwata Illah Billah Hil Aleeyil Azeem
September 1st, 2010 — Entertainment, Gambar Artis, Local Entertainment Scene, Malaysia Celebrity
Huh..melampauuu..bulan mulia ni pun nak buat macam tu…baca je la artikel dari Bernama di bawah ni.
JAKARTA: Rumah seorang jurutera Malaysia dilempari batu besar dalam tindakan usir atau “sweeping rakyat Malaysia” oleh sekumpulan lima lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di daerah Ketapang, Kalimantan Barat, Ahad lalu.
Difahamkan dalam insiden jam 2 petang itu, kumpulan lelaki berkenaan yang memakai pelekat di baju dengan tulisan “Ganyang Malaysia” membaling seketul batu besar ke arah jurutera berkenaan yang ketika itu membuka pintu untuk meninjau keadaan setelah mendengar bunyi bising di luar rumah. Mereka menjeritkan kata-kata “You Malaysia balik!” Jurutera berusia 60 tahun itu bagaimanapun sempat menutup pintu banglonya sebelum batu berkenaan menghentam pintu itu. Beberapa anggota polis yang menyedari kejadian itu berjaya menghalang kumpulan lelaki berkenaan daripada memanjat pagar rumah itu untuk masuk dan melakukan tindakan lebih ganas.
Akibat kejadian itu, jurutera berkenaan kini dalam keadaan trauma dan meminta pihak syarikatnya membenarkan beliau pulang ke Malaysia lebih awal daripada jadual tugasnya di sana. Ketika kejadian, beliau tinggal bersendirian di rumah itu kerana isterinya sudah dihantar pulang Malaysia. Pihak syarikat ladang berkenaan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Pihak polis dikatakan sudah mengenal pasti mereka yang terbabit dalam insiden itu, namun belum ada sebarang maklumat bahawa mereka ditahan. Difahamkan kumpulan lelaki itu mencari rakyat Malaysia di ladang berkenaan sejak Sabtu lalu dalam aksi sweeping mereka, tetapi hanya menemui jurutera itu pada hari Ahad. -Bernama

September 1st, 2010 — Entertainment, Gambar Artis, Local Entertainment Scene, Malaysia Celebrity
SELEPAS empat tahun menyepi dari industri hiburan, bekas vokalis utama kumpulan Exists, Ezad (gambar) atau nama penuhnya Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim kini giat menjalankan perniagaan produk wangian.
Produk tersebut diberi nama Ezad Aroma Bertemu Cintaku sempena dengan singlenya berjudul Bertemu Cintaku ciptaan komposer Ajai.
“Sekotak wangian berharga RM25 untuk lelaki dan wanita. Saya pun baru mendapat stok produk pada hari ini,” katanya ketika ditemui pada sesi rakaman Ramadan Era TV 1Malaysia di Hotel Renaissance, Jumaat lalu.
Zoom : Semoga Berjaya Wahai Ezad…Insyallah anda akan berjaya jika cekal dan terus berusaha

September 1st, 2010 — Entertainment, Gambar Artis, Local Entertainment Scene, Malaysia Celebrity
Selepas menghabiskan masa bersama sebagai pasangan tanpa nikah sejak 2005, Angelina Jolie dilaporkan mula berfikir untuk mengikat perkahwinan dengan Brad Pitt.
Angelina pernah berkahwin dengan Jonny Lee Miller pada 1996 tetapi bercerai pada 1999. Dia kemudian memilih aktor, Billy Bob Thornton, sebagai suami pada 2000 tetapi akhirnya berpisah tiga tahun kemdian.
Hasil hubungannya dengan Pitt, Angelina melahirkan Shiloh Nouvel, 4, dan pasangan kembar, Knox dan Vivienne, 2.
Zoom: Angelina ni dah 2 kali kahwin tetapi gagal, dan dia dengan Brad Pitt sudah ada anak hasil hubungan mereka tetapi belum berkahwin. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni !!! buat dulu baru kahwin !!?
“Menjadi isteri kepada seseorang memang sesuatu yang indah,” katanya, semalam.

September 1st, 2010 — Artis Melayu, Berita Selebriti, Entertainment, Gambar Artis

Amalan terbalik orang kita, 10 malam pertama bulan Ramadhan masjid dan surau penuh manakala pasaraya kosong tetapi di 10 malam terakhir Ramadhan, masjid dan surau lengang di pasaraya penuh. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri dan memang diakui oleh semua orang.
Sedangkan di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan tersembunyinya satu malam yang sungguh berkah yang dikatakan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Umat Islam wajib percaya dan seharusnya di cari malam Lailatul Qadar pada malam-malam terakhri bulan Ramadhan bukannya malam-malam itu kita shopping maut untuk persediaan Hari Raya.
Ini berdasarkan firman Allah Ta’ala:
Ertinya: “Bulan Ramadhan adalan bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran”. QS. al-Baqarah: 185
dan al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan, dan Allah Ta’ala berfirman:
Ertinya: “Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada lailatul qadar”. QS. al-Qadar:1.
Jika dikumpulkan dua ayat ini maka akan menjadi sangat jelas bahwa lailatul qadar di bulan Ramadhan manakala hadis Nabi Muhammad SAW mengatakan malam Lailatul Qadar itu di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan . Ini berdasarkan hadis berikut:
“Aisyah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bersungguh-sungguhlah mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan”, di dalam riwayat Bukhari: “Sentiasa Rasulullah SAW beriktikaf di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, beliau bersabda: “Bersungguh-sungguh untuk mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir bulan Ramadhan”. Di dalam riwayat Bukhari: “Carilah…”. HR. Bukhari, no. 2020 dan Muslim, no. 1196.
Lailatul Qadar lebih ditekankan adanya di malam-malam ganjil daripada malam genap:
Ini berdasarkan hadis berikut:
“Aisyah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bersungguh-sungguhlah mencari lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan”. HR. Bukhari dan Muslim
Tanda-tanda malam Lailatul Qadar
Malangnya ada di kalangan masyarakat kita pula mengisahkan cerita Lailatul Qadar yang tersilap yang boleh membawa kepada kurafat berkenaan tanda-tanda malam Lailatul Qadar diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menggonggong, dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak.
Ini kerana tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadis yang mendukungnya.
Bagaimanakah tanda-tanda yang benar berkenaan dengan malam yang mulia ini ? Nabi Muhammad SAW pernah mengabarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:
1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)
2. Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinya
Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” (HR Muslim)
1. Di pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik
, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar”. Hadits riwayat Muslim, no. 1762.
2. Malam yang cerah, tidak panas tidak juga dingin, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lalilatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/330 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam shahih Ibnu Khuzaimah, 3/330.
Ertinya: “Lailatul Qadar tidak panas tidak juga dingin matahari pagi harinya bersinar lemah kemerah-merahan”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/332 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’, no. 5351.
3. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan)
, Rasulullah SAW bersabda:
Artinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. HR. Ahmad, no. 22765.
Hendaknya memperbanyak membaca doa اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى pada Lailatul Qadar:
Hal ini berdasarkan sebuah riwayat dari Aisyah RA beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, jika aku mahu berjumpa akan lailatul qadar, apakah yang aku baca?”, beliau bersabda: “Hendaknya kamu mengucapkan:
Ertinya: “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf (dari kesalahan), mencintai maaf, maka maafkanlah aku (dari kesalahan-kesalahanku)”. HR Ibnu Majah, no. 3982.
4.Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya. Wallahulam [sumber - isuhangat]
August 31st, 2010 — Artis Melayu, Berita Selebriti, Entertainment, Gambar Artis

CEO Facebook, Mark Zuckerberg, akhirnya memberi komen pasal kontroversi lemahnya perlindungan privasi atas pengguna laman sosial itu. Dia bahkan mengakui kesalahan yang dilakukan Facebook atas soal itu dan berjanji akan memperbaikinya.
Pernyataan Zuckerberg dimuat dalam surat yang dia tulis kepada seorang blogger di Amerika Serikat (AS), Robert Scoble, 23 Mei 2010. “Saya tahu bahawa kami telah membuat beberapa kesalahan. Namun, saya berharap ini dapat diatasi dan pelayanan boleh bertambah baik,” tulis Zuckerberg dalam surat yang dikutip oleh laman CNNMoney, Isnin 24 Mei 2010.
Artikel Zuckerberg itu dimuat di harian Washington Post, Isnin 24 Mei 2010. Dia mengakui bahawa perlu ada mekanisme yang lebih mudah dalam mengendalikan maklumat sehingga privasi pengguna tetap terjaga dan tidak boleh dicerobohi orang lain.
“Di masa akan datang, kami akan menambah fitur yang mengawal privasi yang lebih mudah digunakan. Kami juga akan memberi anda cara yang mudah untuk mematikan semua layanan dari pihak ketiga,” tulis Zuckerberg.
Surat dan artikel itu merupakan tanggapan pertama yang diberikan Zuckerberg atas kekecewaan banyak pengguna Facebook, yang mendakwa telah memiliki hampir 500 juta pengguna. Mereka kecewa kerana Facebook seperti kurang mempedulikan privasi pengguna. Akibatnya, akaun pribadi pengguna boleh disusupi orang yang tidak dia kenal dan pengguna sering diganggu oleh info yang tidak dia inginkan dari pihak ketiga di wall dan di inbox mesej.
Masalah privasi itu membuat para blogger terang-terangan menyatakan telah menutup akaun di Facebook. Selain itu, kalangan pejabat publik di Eropah dan Amerika Syarikat juga mengritik kekurangpedulian pengelola Facebook atas masalah itu.
Awal Mei lalu, contohnya. Menurut laman CNNMoney, gangguan teknikal berlaku di Facebook saat itu membuat sejumlah pengguna boleh mengintip percakapan pribadi (private chat) teman-teman mereka tanpa diundang. Peristiwa itu terjadi kurang dari tiga bulan setelah muncul keluhan dari pengguna Facebook bahwa akaun mereka dispam dengan pesan-pesan yang tidak diinginkan.
Menurut respons Zuckerberg, tim Facebook akan mengatasi masalah gangguan privasi mulai pekan ini juga.
adapted from vivanews.com.
August 31st, 2010 — Artis Melayu, Berita Selebriti, Entertainment, Gambar Artis
Merujuk kepada matahari dan bulan di dalam Al Qur’an, dinyatakan bahawa masing-masing bergerak dalam orbit atau garis edar tertentu.
“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” (Al Qur’an, 21:33)

Disebutkan pula dalam ayat yang lain bahawa matahari tidaklah diam, tetapi bergerak dalam garis edar tertentu:
“Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Al Qur’an, 36:38)

Fakta-fakta yang disampaikan dalam Al Qur’an ini telah ditemui melalui kajian astronomis di zaman ini. Menurut perkiraan para ahli astronomi, matahari bergerak dengan kecepatan luar biasa yang mencapai 720 ribu km per jam.
Ini bererti matahari bergerak sejauh kurang lebih 17.280.000 kilometer dalam sehari. Bersama matahari, semua planet dan satelit dalam sistem graviti matahari juga berjalan menempuh jarak ini. Selanjutnya, semua bintang di alam semesta berada dalam suatu gerakan serupa yang tersusun.

Keseluruhan alam semesta yang dipenuhi oleh lintasan dan orbit seperti ini, dinyatakan dalam Al Qur’an sebagai berikut:
“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan.” (Al Qur’an, 51:7)
Terdapat sekitar 200 juta galaksi di alam semesta yang masing-masing terdiri dari hampir 200 bintang. Sebahagian besar bintang-bintang ini mempunyai planet, dan sebagian besar planet-planet ini mempunyai bulan. Semua benda langit tersebut bergerak dalam garis peredaran yang diperhitungkan dengan sangat teliti.
Selama jutaan tahun, masing-masing seolah “berenang” sepanjang orbitnya dalam keserasian dan teratur yang sempurna bersama dengan yang lain. Selain itu, sejumlah komet juga bergerak bersama sepanjang orbit yang ditetapkan baginya.
Orbit di alam semesta tidak hanya dimiliki oleh benda-benda angkasa. Galaksi-galaksi pun berjalan pada kecepatan luar biasa dalam suatu garis peredaran yang terhitung dan terencana. Selama pergerakan ini, tak satupun dari benda-benda angkasa ini memotong lintasan yang lain, atau berlanggar dengan lainnya. Bahkan, telah terbukti bahawa sejumlah galaksi berpasangan satu sama lain tanpa satu pun dari bahagian-bahagiannya saling bersentuhan.
Pada saat Al Qur’an diturunkan, manusia tidak memiliki teleskop masa kini ataupun teknologi canggih untuk mengamati ruang angkasa berjarak jutaan kilometer, tidak pula berpengetahuan fizik ataupun astronomi moden.
Oleh itu, saat itu tidaklah mungkin untuk mengatakan secara ilmiah bahwa ruang angkasa “dipenuhi lintasan dan garis edar” sebagaimana dinyatakan dalam ayat tersebut. Akan tetapi, hal ini dinyatakan secara terbuka kepada kita dalam Al Qur’an yang diturunkan pada saat itu: karena Al Qur’an adalah firman Allah. [sumber - isuhangat]
August 31st, 2010 — Artis Melayu, Berita Selebriti, Entertainment, Gambar Artis

Siapa tak ingat Wee Meng Chee atau lebih dikenali dengan nama Namewee yang pernah menghina kerajaan Malaysia dan bangsa Melayu dengan lagu Negarakuku pada tahun 2007, budak cina Muar yang semasa tu belajar di Taiwan meluahkan rasa tidak puasa hatinya kepada kerajaan Malaysia kerana tidak memberinya biasiswa. Pada isu lama beliau telah meminta maaf melalui keluarganya.
Selepas itu dia mencetus isu hangat lagi dengan membuat video menghina TNB pula selepas rumah keluarganya blackout kerana breakdown.
Pada hari Merdeka tahun ini Namewee sekali lagi menyusahkan mak bapak dia dengan membuat video menghina pula Guru Besar sekolah Kulaijaya iaitu Siti Inshah yang bersikap racist dengan mengatakan Cina balik cina dan India balik India di hadapan murid-muridnya.
Namewee yang rasanya dirinya hero dengan berani membuat video yang bertajuk Nah! yang sebenarnya ia tak habis-habis menunjukkan isyarat lucah F?ck kepada Siti Inshah dan KPN kerana duduk diam tidak ambil tindakan ke atas Siti Inshah. Namewee juga dengan bangga mengatakan bangsa Cina yang membuatkan Malaysia kaya dan juga menghina orang berpuasa.
Oleh kerana sudah 4 laporan polis dibuat, isuhangat tidak dapat berkongsi Video Namewee di sini namun di bawah antara gambar scree shot video tersebut yang juga sebenarnya berunsur racis juga. Lu kutuk racis tapi lu pun racist meh!




Isu Racist ini memang tidak boelh dibiarkan, PDRM harus menyiasat kes-kes racist seperti ini supaya tidak semakin menjadi-jadi. Siasat Cikgu Siti Inshah juga Namewee ini. Cikgu Siti Inshah hanya mengatakan kepada sekumpulan kecil sahaja tetapi Namewee ini menghina secara terang-terang!
Senangnya nak memaki orang, lepas ni ada orang yang membuat video kerana tak puas hati dengan tauke bengkel kereta yang cajnya mahal sangat. Lepas tu ada video yang memaki tauke kedai perabut kerana perabut yang dijual tak lasak, ada yang membuat video memaki tauke kedai durian kerana menjual durian yang belum masak.
Sebagusnya Namewee ni disumbatkan ke dalam penjara atas akta ISA kerana boleh menimbulkan keresahan rakyat. Jika tidak, tidak hairanlah kalau tahun depan budak Namewee rapper yang gila glamour ni akan muncul dengan video yang mengf*?k orang lain pula. [sumber Asal - isuhangat]
August 31st, 2010 — Entertainment, Gambar Artis, Local Entertainment Scene, Malaysia Celebrity
Dan di bawah ni adalah Gambar LO dan Jejaka yang pernah digossipkan dengan beliau.
Entah betul ke tak, tapi wajah dan paras tubuh nampak macam serupa je…kalau salah sorry la yer. Apa-pun dekat sini Zoom sempat upload gambar LO dan Finaz bekas pengacara TV9 rancangan Hijrah.
Menurut info nama jejaka atau tunang Finaz ni Salleh Nor.
Apa pun selamat bertunang dan ayat yang selalu Zoom ungkapkan…semoga sampai ke akhir hayat bukan ke anak cucu

August 31st, 2010 — Entertainment, Gambar Artis, Local Entertainment Scene, Malaysia Celebrity
Meneruskan kelangsungan komedi berpaksikan kisah poligami, pengarah yang tidak asing lagi, Profesor Madya A. Razak Mohaideen, pula mengenengahkan bukan dua tetapi Empat Madu (4 Madu).
Sinopsis 4 Madu
Kisah bermula apabila Azlan, Seorang pekerja biasa di sebuah chalet, menerima sepucuk surat memintanya untuk hadir ke pejabat guaman di Kuala Lumpur. Walaupun musykil, Azlan nekad pergi ke pejabat guaman itu bersama temanya, Firdaus.
Setibanya disana, Azlan diperkenalkan dengan adik tirinya, Azrul, buat pertama kalinya. Mereka berdua memang terlalu berbeza kerana Azrul seorang ahli perniagaan yang berjaya. Di pejabat guaman tersebut, En. Zahrin Ishak, membacakan wasiat yang telah ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Harta-harta wasiat tersebut yang bernilai RM 50 Juta itu akan menjadi hak milik mereka sekiranya mereka dapat memenuhi syarat-syarat wasiat tersebut.
Setelah kedua-duanya setuju, peguam tersebut telah membacakan wasiat pertama iaitu, mereka harus mecari isteri dalam tempoh 3 minggu serta calon isteri itu mestilah anak yatim piatu. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, mereka pun menandatangani kontrak yang terlibat serta diberikan wang sebanyak RM 10 Ribu. Setelah memenuhi syarat-syarat pertama, mereka pun terbayang RM 50 Juta yang akan mereka perolehi. Keesokan harinya, Azlan dan Azrul bersama isteri masing-masing sudah pun terpacak di pejabat peguam untuk menuntut harta mereka.
Ternyata, angan-angan mereka untuk menjadi OKB meleset. Kini tiba masanya untuk syarat yang kedua, iaitu, mereka perlu memperisterikan wanita yang buta. Dapatkah mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan ? Apakah syarat-syarat yang seterusnya ? Dan apakah kesudahan Azlan, Azrul dan isteri-isteri mereka..?
Lakonan filem 4 Madu: Saiful Apek, Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Sazzy Falak, Almy Nadia, Ayu Raudhah, Rosnah Mat Aris, Marsha dan Bienda.

August 31st, 2010 — Entertainment, Gambar Artis, Local Entertainment Scene, Malaysia Celebrity
Mereka mengelarkan mereka sebagai Kumpulan Laskar Merah Putih, perasaan hasad dengki dan marah semakin membuak-buak dikalangan kumpulan ini. Tapi ia tidak menggambarkan keseluruhan rakyat di Indonesia.
Tetapi Zoom rasa jelik dan sakit hati apabila mereka2 ini berani untuk melakukan perkara yang sangat melampaui batas agama. Apatah lagi sekarang ini adalah bulan yang mulia, semoga mereka ini akan ditunjukan jalan yang benar dan akan insaf dengan perbuatan mereka…
Yang peliknya di mana fungsi POLISI Indonesia semasa mereka menyerbu pejabat CIMB !!!?
APA KATA ANDA ?

August 31st, 2010 — Entertainment, Gambar Artis, Local Entertainment Scene, Malaysia Celebrity
Alhamdulillah akhirnya Aida Aris menamatkan status solonya setelah sekian lama keseorangan, Aida atau nama sebenarnya Siti Rohaida Mat Aris yang sudah sekian lama menjanda memilih Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussein,38, atau Farid sebagai bakal suaminya.
Majlis pernikahan mereka dijadual akan di adakan di Taman Sera Ukay, Hulu Kelang, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 pagi.
Nanti kalau gambar dah ada Zoom Upload k..
