Ada beberapa rakan saya minta untuk ajarkan untuk setup blog untuk mereka tetapi nak mengajar secara online pastinya sangat sukar lebih-lebih kalau mereka sememangnya “zero” mengenai blog.
Bermula dengan membeli domain dan hosting langkah selepas itu barulah setup wordpress.
Kebanyakan hosting pada hari ini menyediakan fungsi FANTASTICO dimana fungsinya memudahkan pengguna untuk setup blog wordpress,forum dan ada beberapa perkara lain yang saya sendiri tidak pernah untuk explore.
Ada juga yang lebih senang untuk install blog wordpress mereka secara manual. Kenapa?
Antara sebab utama kerana apabila kita membina banyak blog pada satu hosting menggunakan fantastico databasenya akan menjadi rahsiablogger_wrdp1,rahsiablogger_wrdp2,rahsiablogger_wrdp3 dan seterusnya.
Jadi ini akan memberi masalah untuk kita mengenalpasti database blog-blog yang kita install dan kerana itulah ada yang lebih gemar untuk install wordpress secara manual.
Tapi anda tidak perlu nak mengambil ini sebagai masalah yang besar dan tidak perlu untuk pening kepala.
Sehingga sekarang saya sendiri masih install wordpress menggunakan FANTASTICO.
Jadi dimana untuk anda belajar mengenai asas wordpress secara percuma diinternet?
Install WordPress Secara Manual atau Fantastico
Bagaimana Untuk Menggunakan WordPress (Start up Guide)
Kebanyakan orang hanya ada satu sumber pendapatan sahaja, iaitu pendapatan dengan bekerja kuat, membanting tulang, pergi kerja balik kerja dan bersesak di jalan raya (ini paling tension). Begitulah sampai tiba hari persaraan. Ia dinamakan sebagai “active income”. Maksudnya, kalau tidak kerja, maka tidak dapat gaji/duit.
Satu lagi jenis pendapatan (income) yang jika boleh wajib setiap orang ada adalah pendapatan pasif (passive income). Ia adalah di mana kita buat kerja sekali dan mendapat pendapatan berterusan tanpa melakukan lagi kerja yang sama berulang kali.
Contoh sumber pendapatan pasif yang boleh dilakukan melalui Internet adalah:
Buat niche website atau blog, dan letak Google Adsense. Selagi ada orang masuk dan klik pada iklan, selagi itu akan dapat duit. Hanya perlu bersusah payah semasa membuat kajian keyword dan pembinaan website sahaja.
Buat satu website ‘review’ produk affiliate. Dengan produk affiliate, kita tidak perlu menguruskan pembeli. Jika ada jualan (orang beli melalui link affiliate kita), komisen akan terus masuk ke akaun bank kita pada tempoh tertentu seperti sebulan sekali.
“Recurring Affiliate Program”. Akan mendapat bayaran selagi pembeli membuat bayaran. Ini biasanya ada pada produk berbentuk ‘membership site’ atau sistem online di mana bayaran yang perlu dilakukan oleh pelanggan pada setiap bulan, seperti Getresponse.com dan Aweber.com.
Hasilkan ebook dan website jualan untuk ebook tersebut. Ini yang paling saya suka. Kita hanya perlu luangkan masa untuk menyiapkan ebook, laman web dan ‘promosi automatik’. Kemudian terus menerus mendapat bayaran selagi ebook itu dijual.
*Sudah pasti promosi termasuk sekali dalam usaha di atas. Promosi juga boleh disetkan secara ‘automatik’. Itulah kelebihan Internet.
Sebagai contoh, salah satu ebook saya iaitu Pakej Kit Blogger, ia mula dijual pada tahun 2006. Kini jualannya hampir genap 4 tahun! Dan masih ada yang membelinya dari hari ke hari. Saya tidaklah kerap melakukan “hard selling”, tetapi sebaliknya secara ‘automatik’ daripada hasil usaha promosi awal yang dilakukan.
Usaha awal itu adalah seperti menulis artikel, membuat “backlink”, ebook viral dan program affiliate.
Promosi automatik boleh dilakukan melalui beberapa cara seperti:
Adalah amat rugi jika tidak memanfaatkan “kuasa internet” ini. Sebahagian besar perkara boleh berlaku secara automatik walaupun kita sedang tidur dengan nyenyaknya.
Contoh paling mudah adalah laman web jualan. Ia umpama pekerja kita (salesman) yang bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Berterusan tanpa rehat! Pelanggan dapat membuat pembelian walaupun pada waktu tidur kita. Inilah ia pendapatan pasif. Sedang tidur pun dapat duit.
Perniagaan Ebook
Kita masih lagi berada di era informasi. Segala maklumat boleh dicapai dengan hujung jari sahaja. Semakin pantas manusia, semakin cepat manusia mahukan sesuatu maklumat. Mereka tidak kisah jika perlu membayarnya.
Di sinilah tugas kita untuk memenuhi keperluan mereka ini iaitu dengan menjual (membekalkan) maklumat itu kepada mereka dalam bentuk yang tersusun, jelas, padat dan boleh diguna-pakai.
Bagi anda yang mahu belajar perkara-perkara asas yang penting dari cara mendapat idea ebook sehingga kaedah promosi, Pakej Pakar Ebook boleh membantu. Boleh dapatkan pakej tersebut sebelum harga dinaikkan atau mungkin jualan akan ditutup selama-lamanya.
“Skeptikal (ragu-ragu) berpanjangan hanya merugikan diri sendiri. Bertindaklah untuk mewujudkan sumber pendapatan yang pelbagai, terutama melalui Internet yang kebanyakannya tidak memerlukan modal yang besar.”
I always think that creating multiple sources of income is the best way for you to retire peacefully. It is important as you no need to worry much even do not have to work anymore.
Multiple sources of income do not mean that you need to work for several jobs for multiple incomes. If you have more sources of income, then the more stable you are when facing global economy crisis. For example, when you loss your main job and most probably you will be jobless for few months. During this time, you still have passive income that can support your living expenses.
If the income that you earn needs you to put your mind, energy and time on it, then that’s not considered as a good passive income. In my opinion, if you plan to create few website or blog and want to make some money from there, then that’s the goal of online business and it’s a great thing. This is because you can create a product to sell, or maybe you can selling ads space, promotion of services, or some other method to monetize your site.
Besides that, you can try out investment which involves making money out of your accumulate capital. Some examples of multiple sources of income in investment opportunity will be stock investment, mutual fund investment, property handling, multi-level marketing, freelancing etc.
Whatever other source of income may be the key to success and it depends on your risk taking. So, do more research before you opt for a particular source of income.
Perlu ke untuk kita buat sesi perkenalan semula???
Al-maklumlah setelah sekian lama blog yang ini tidak terupdate dah masuk genap setahun.
Untuk makluman semua, saya bukanlah shuth aka Mohd Suhaimy tetapi saya hanyalah penulis blog ini setahun yang lalu sebelum saya menyepi dari menulis di blog ini. Shuth kan busy orangnya.
Walaupun saya tidak menulis diblog ini tetapi dunia blogging tidak saya tinggal, jadi ilmu untuk berkongsi adalah sedikit penambahan berbanding setahun yang lalu pada awal saya menulis di blog ini.
Jangan pula beranggap semua perkara mengenai dunia blogging saya tahu dan mahir.
Saya hanya berkongsi berdasarkan apa yang saya tahu dan pengalaman saya berblog lebih kurang 2 tahun ini.
Jika terdapat apa-apa kelemahan dalam artikel yang saya kongsikan atau tidak jelas saya mohon maaf.
Anda bukan seorang blogger jika anda tiada FACEBOOK!!!
Siapakah beliau itu? Panggil sahaja beliau Jamal. Seorang yang “cool” dan berjaya dengan hebat sekali dalam masa tidak sampai dua tahun dalam bidang Internet Marketing, atau lebih spesifik, dalam bisnes ebook.
Kalau anda tidak pernah mendengar nama beliau, mungkin anda kurang aktif dalam bidang Internet Marketing di Malaysia. Ini kerana beliau adalah di antara penulis, penghasil dan penjual ebook yang paling aktif di pasaran Malaysia. Di antara ebook beliau adalah:
Rahsia Emas-Emas Yang Hilang
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Rahsia Affiliate Kerajaan
Semuanya mendapat hasil jualan yang amat tinggi, mencecah lima angka (puluhan ribu). Tidak cukup dengan itu, beliau berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang ada kepada mereka yang mahu turut serta dalam bidang penjualan ebook di Internet.
Pada hari ini, 26/7/2010, beliau telah melancarkan produk (ebook) yang seterusnya iaitu Pakar Ebook. Setelah mendapat kejayaan demi kejayaan dalam penjualan ebook, kini sudah sampai masanya beliau berkongsikan pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki kepada mereka yang memerlukan.
Daripada apa yang beliau kongsikan, saya baru tahu bahawa satu-satunya sebab beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet atau jualan ebook adalah kerana mahu selesaikan masalah hutang! Kini… Beliau sudah bebas daripada segalanya. Beliau telah pilih jalan terbaik dan setiap orang juga mampu memilih yang terbaik.
Melalui Pakej Pakar Ebook, terdapat enam modul utama:
Rahsia Mencari Idea
Rahsia Menulis Ebook
Rahsia Penulisan Salesletter
Rahsia Membina Web Jualan Ebook
Pra Pelancaran Ebook
Pemasaran Ebook
Kesemua modul di atas sudah lengkap untuk anda memulakan perniagaan ebook sendiri. Sukar mendapat idea? Modul idea akan membantu. Rasa sukar menulis ebook? Modul menulis ebook akan memberi panduan.
Dan ini ramai yang sering mengeluh: “Tidak tahu menulis salesletter”. Melalui modul penulisan salesletter, banyak teknik yang telah didedahkan berdasarkan kepada pengalaman dan kajian beliau sendiri.
Modul Salesletter adalah yang paling saya suka. Saudara Jamal telah mendedahkan satu demi satu rahsia beliau. Ada orang kata tiada rahsia? Tidak mengapa. Teruskan bermain dengan andaian. Saya sendiri selepas membacanya baru tahu terutama rahsia ‘headline’ yang beliau gunakan untuk projek demi projek beliau sehingga mendapat hasil yang besar.
Selain modul utama tersebut, ada beberapa tawaran istimewa (one time offer). Salah satunya adalah Seminar Pakar Ebook yang akan diadakan selepas hari raya nanti. Anda boleh pilih tawaran ini jika mahu menyertai seminar tersebut. Selain seminar, pakej bengkel juga ada ditawarkan.
Saya rasa tidak perlu menulis panjang lebar mengenai Pakej Pakar Ebook ini kerana pengalaman beliau sudah cukup untuk menunjukkan apakah kandungan di dalam pakej ini. Beliau bukan sahaja berjaya mendapatkan hasil untuk diri sendiri, malah berjaya membimbing individu lain mencapai hasil terbaik.
Layari laman web pakej Pakar Ebook dengan klik di sini untuk mendapat maklumat lebih lanjut.
Mengapa perniagaan ebook? Apakah kelebihannya berbanding cara lain?
Mudah dan cepat dihasilkan. Dalam 24 jam pun boleh.
Banyak cara untuk menghasilkannya.
Keuntungan besar.
Kos untuk kemaskini ebook teramat rendah.
Risiko kerugian amat rendah.
Model perniagaan zaman berzaman — Informasi! Orang ramai menggunakan internet untuk mencari pelbagai jenis maklumat.
Penulis ebook juga mempunyai peluang yang lebih kurang sama dengan penulis buku bercetak.
Kos penghantaran adalah “zero” atau amat minima! Ia hanya perlu dimuat-turun (download) sahaja terus ke komputer. Hanya ‘kos’ bandwidth hosting yang perlu dikeluarkan.
Bagi saya, teramat rugi jika manusia di zaman millenium ini masih meragui model perniagaan sebegini. Teramat rugi, rugi dan rugi. Ia adalah tuntutan zaman yang perlu kita akui dan terima dengan terbuka. Beruntunglah mereka yang mengambil peluang ini sebaik-baiknya.
Dan ini pesanan terbaik daripada saudara Jamal:
Adakah anda ingin:
Menjana income sampingan dengan ebook secara konsiten?
Tak perlu pening-pening lagi dengan gaji tak cukup-cukup pada hujung bulan?
Memberi lebih wang bulanan pada orang tua anda di kampung?
Ingin selesaikan bil telefon, api, air dan lain-lain tanpa usik duit gaji anda?
Ingin meningkatkan simpanan anda? Simpanan kecemasan ataupun untuk masa depan..
Nak shopping lebih sikit? Nak beli apa yang anda idam-idamkan sebelum ni..
Atau ingin cari duit kahwin? Dapat RM100-200 sebulan dah kira bagus anda rasakan…
Anda ingin pakai kereta besar sikit dari yang sekarang?
Atau apapun yang anda mahu dapatkan..terpulanglah.
Namun, sejauh mana semua orang mampu mendapat hasil yang sama seperti Jamal?
Jawapan ringkas: TIDAK SEMUA ORANG.
Terkejut dengan jawapan itu? Kemudian anda terus berkata, “Jadi untuk apa beli pakej ini kalau tidak semua orang akan mendapat hasil yang besar?”
Jawapan pendek saya, “Ia bergantung kepada keperluan masing-masing. Bagi seseorang, dapat RM500 sebulan daripada jualan ebook sudah memadai. Bagi sesetengah orang, perlu dapatkan lebih RM10,000 ribu setiap kali pelancaran. Masing-masing ada tujuan tersendiri.”
Kedua, pakej Pakar Ebook ini mengandungi ilmu dan kemahiran yang amat penting. Ia tidak semestinya digunakan untuk mendapat hasil yang besar berpuluh ribu ringgit dalam masa yang singkat seperti mana saudara Jamal lakukan. Ia boleh diaplikasikan untuk apa jua jenis ebook. Ambil mana yang perlu sesuai dengan projek dan keperluan.
Dan ini yang saya ingin katakan mengenai kaedah yang dilakukan oleh saudara Jamal, iaitu beliau lebih kepada pelancaran besar-besaran di mana tidak semua orang ‘mampu’ melakukannya. Tidak mampu ini maksudnya dari segi promosi oleh rakan JV (kerjasama) yang terhad dari segi kepadatan masa dan ruang.
Dalam setahun, bagi pasaran Malaysia khususnya, pelancaran ebook besar-besaran biasanya tidak lebih daripada lima orang penghasil ebook. Ia ada “pola” tersendiri. Tahun ini si “A”, “B” dan “C”. Tahun depan mungkin orang lain pula “naik” dan muncul. Ia ibarat roda, silih berganti.
Jadi, kalau begitu ada jalan alternatif selain pelancaran besar-besaran? Sudah pasti ada. Berikut saranan saya:
Hasilkan ebook yang ‘evergreen’ iaitu ebook yang akan mendapat hasil jualan berpanjangan bertahun-tahun.
Hasilkan ebook untuk jualan jangka panjang. Buatlah secara berperingkat. Contohnya, mula-mula lancarkan sendiri itu itu. Fasa kedua, jemput rakan-rakan usahawan dan blogger. Fasa ketiga, buka program affiliate untuk semua orang.
Bina senarai emel (list) sendiri. Dengan cara ini, anda tidak perlu meminta-minta orang lain mempromosikan untuk anda. Saya ulang sekali lagi, binalah list (email marketing).
Wujudkan blog sendiri. Orang ramai suka gunakan Google atau Yahoo untuk cari maklumat di mana maklumat itu akan ditemui oleh enjin carian tadi. Maklumat itu biasanya diletak di blog.
Program affiliate. Kaedah ini terbukti berkesan dan amat membantu. Ia wajib.
Buat pelancaran kecil-kecilan sahaja. Jemput rakan-rakan usahawan dan blogger menyertai program affiliate ebook tersebut. Tidak semestinya perlu jemput para ‘otai’. Yang ‘bukan otai’ pun ramai juga yang hebat-hebat.
Hasilkan lebih daripada tiga projek ebook dan pelbagaikan harganya. Gunakan teknik “OTO” (one time offer) atau ‘backend’ seperti ‘upsell’ dan ‘downsell’. Upsell maksudnya tawarkan pakej yang lebih tinggi harganya daripada tawaran pertama (di muka utama). Downsell pula pakej yang lebih rendah sedikit harganya berbanding pakej upsell.
Boleh buat pelancaran besar-besaran, tetapi ia perlukan perancangan dan persediaan berbulan-bulan sebelum pelancaran. Terus terang saya katakan, ia bukan satu perkara yang mudah, sebaliknya menuntut ruang masa dan tenaga yang banyak. Amat memenatkan.
Psstt… Saranan-saranan di atas telah dilakukan sendiri oleh saya. Tanpa pelancaran yang besar pun hasilnya tetap lumayan. Kalau pekerjaan biasa perlu tunggu sebulan untuk gaji, tetapi dengan jualan ebook, RM1000 dalam sehari adalah tidak mustahil. Alangkah bagus jika ada kerja tetap di samping pendapatan kedua yang mudah sebegini?
Kesimpulan: Walaupun saudara Jamal lebih banyak melakukan pelancaran besar-besaran, namun modul-modul dalam pakej ini terutama cara pemasaran, pra-pelancaran dan surat jualan (salesletter), amat-amat berguna untuk apa jua projek jualan ebook.
Tambahan:
Untuk berjaya dalam bisnes atau penjualan ebook, hati perlu kental, ‘tidak peduli’, yakin, percaya dan berani. Ini kerana bidang ini sering mendapat pandangan negatif kebanyakan orang. Saya bukan mahu menakut-nakutkan, tetapi pesanan saya ini sebagai persediaan untuk anda agar kelak tidak ‘terkejut’.
Boleh dikatakan semua penjual ebook sekurang-kurangnya sekali akan mendapat kritikan yang pedas daripada mereka yang tidak suka atau berpandangan negatif itu. Ada penjual ebook terus berputus-asa dan ada yang mengambil masa yang lama untuk pulihkan kembali semangat yang jatuh akibat kritikan berat itu.
Namun suka saya nyatakan, pengkritik itu hanya berani di sebalik komputer sahaja. Mereka hanya berani berkata dari jauh tanpa mendedahkan siapa mereka yang sebenar (Ya, mereka penakut sebenarnya). Dan yang paling seronok adalah, mereka berkata tanpa tahu menahu apa yang kita lakukan. Jadi… Tidak perlu risau atau khuatir. Abaikan saja mereka.
Tip saya di sini, seperti kata pepatah, “helang sama helang, pipit sama pipit”. Maksudnya, berkawanlah dengan mana-mana penulis dan penjual ebook. Lagi ramai lagi bagus. Cari rakan dan kawan yang sama kepercayaan dan usaha. Sedikit sebanyak mereka boleh berikan semangat, bantuan dan dorongan tatkala kita memerlukan.
Seperkara lagi, anda perlu percaya dan yakin dengan bidang bisnes atau bidang menjual ebook ini kerana dari segi hukum Agama, ia tidak ada apa-apa kesalahan. Jadi, apa yang perlu ditakutkan? Yang penting, isi kandungan ebook perlulah perkara yang baik dan selaras dengan apa yang dijanjikan di laman web jualan.
Streamyx has launched the latest promotion Cool Uni Pack since 1st of April 2010. This is great package for you to subscribe. If not mistaken, it is one of the highlight in our budget 2010 which provide affordable computer with internet connection for students who study in local university.
This new Cool Uni Pack only cost you as low as RM38 per month and it does not only offer broadband services at student price, but also offering a FREE HP Mini 210 netbook(market price at RM1299), FREE wireless modem and FREE Streamyx broadband Internet access at 384kbps for 2 years. At the same time, you will get the waiver of activation fee RM75 and installation fee RM88.
It’s not necessary you must subscribe RM38 per month package; you can choose a list of these complete packages:
To sign up for the Streamyx Cool UNI Pack, students need to bring the following documents to any TMpoint outlet:
* A copy of identification card
* A copy of student card
* Application form with acknowledgement from their respective university/college
Basic Requirements for Streamyx Cool UNI Pack
And, please make sure that you must be enrolled as 1st or 2nd year students at any IPTA/IPTS in Malaysia. They also must be the student who currently studying for DIPLOMA or DEGREE only.
How if Terminate The Service Within 2 Years?
As stated in the requirement, the minimum subscription period is 2 years upon successful activation of Streamyx. For any premature termination, an administrative fee of RM600 will be chargeable. So, think carefully before you act!!!
Kalau baca berita-berita di bawah, jual beberapa keping DVD cetak rompak pun pesalah akan dicari sampai ke lubang cacing. Jadi berhati-hatilah kepada mereka yang terlibat dengan jenayah sebegini, termasuklah plagiat penulisan atau hasil kerja orang lain. Jangan menyesal di kemudian hari.
—————–
Mahasiswa USM Didenda RM8,000 Tawar Empat DVD Menerusi Internet
PULAU PINANG, 17 Nov (Bernama) — Seorang mahasiswa Universiti Sains Malaysia peringkat sarjana teknologi maklumat didenda sejumlah RM8,000 atau penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah mengaku bersalah menawarkan untuk penjualan empat DVD bagi pasaran luar negara menerusi laman web.
Hakim Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu setelah Poh Wee Leng, 30, dari Petaling Jaya, Selangor menukar pengakuannya kepada bersalah ketika pertuduhan dibacakan semula kepadanya hari ini.
Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 17 Okt lepas, Poh bersama teman wanitanya, Huan Su Ling, 25, dari Island Park di sini, mengaku tidak bersalah.
Bagaimanapun mahkamah hari ini melepaskan tanpa membebaskan Huan, yang juga mahasiswa USM peringkat sarjana IT, daripada tuduhan itu.
Keputusan itu dibuat setelah pegawai pendakwa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Hashim Hassan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk menarik balik pertuduhan terhadap Huan.
Mengikut pertuduhan pertama, Poh didakwa menawarkan untuk penjualan sekeping DVD bertajuk “Garfield” dan sekeping DVD “Garfield, A Tale Of 2 Kitties” kepunyaan 20th Century Fox Home Intertainment.
Poh, yang diwakili peguambela R.S.N. Rayer juga didakwa menawarkan bagi tujuan yang sama masing-masing sekeping DVD bertajuk “The Da Vinci Code” dan “Mean Girl” kepunyaan Paramount Pictures.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah teman wanitanya di No 18, Solok Tembaga Dua, Island Park di sini, pada 1 petang 12 Okt lalu.
Kesemua pertuduhan adalah mengikut Seksyen 41(1) (B) Akta Hakcipta 1987, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 41(1)(i) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 bagi setiap salinan, atau lima tahun penjara atau kedua-duanya.
Dalam kes lain, mahkamah menetapkan 5 Feb tahun depan sebagai tarikh perbicaraan terhadap ahli perniagaan percetakan, Teoh Kee Hean, yang dituduh menawarkan untuk menjual dua keping DVD bertajuk “Poseidon” dan dua keping DVD bertajuk “Superman Returns” milik Warner Bros Entertainment Inc.
Dia didakwa melakukan kesalahan di Blok 12-7-04, Tingkat Paya Terubong di sini, pada 12 tengah hari 12 Okt lepas.
– BERNAMA Sumber: http://www.bernama.com.my/kpdnhep/news.php?id=230701=my
Pelajar IPTA Ditahan Kerana Edar DVD Cetak Rompak Melalui Internet
PULAU PINANG, 13 Okt (Bernama) — Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini adalah antara tiga orang yang ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang kerana menjalankan urus niaga pengedaran video cakera padat digital (DVD) cetak rompak melalui Internet.
Pelajar wanita jurusan teknologi maklumat berumur 24 tahun itu yang sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana bersama teman lelakinya berumur 29 tahun, memperoleh pendapatan lumayan antara RM90,000 dan RM100,000 sebulan hasil kegiatan haram selama dua tahun itu.
Ketua Penguatkuasa Negeri, M. Guna Seelan berkata pasangan itu ditahan di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Jelutong di sini, manakala seorang lagi iaitu pemilik syarikat percetakan berumur 33 tahun, ditahan di Paya Terubong kira-kira 12 tengah hari semalam.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata hasil serbuan oleh unit Internet Piracy dan Forensic dengan kerjasama Motion Picture Association (MPA) itu, mendapati urus niaga yang dijalankan dalam mata wang Amerika Syarikat itu hanya membabitkan pelanggan dari luar negara, termasuk dari Australia, Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Beliau berkata tangkapan itu merupakan kes pertama membabitkan laman web yang berdaftar di Malaysia yang hanya boleh diakses oleh pelanggan di luar negara.
Katanya setiap pesanan dihantar menerusi khidmat penghantaran cepat.
Guna Seelan berkata antara tajuk salinan langgaran yang dirampas ialah filem Garfield, The Da Vinci Code, Mean Girls dan Tuxedo, yang dijual antara RM29 dan RM129.
– BERNAMA Sumber: http://www.bernama.com.my/kpdnhep/news.php?id=224719=my
Wanita ‘Licik’ Guna Internet Jual DVD, VCD Cetak Rompak
JOHOR BAHARU, 12 Julai (Bernama) — Seorang suri rumah diberkas di sebuah rumah di Taman Seri Alam di Masai dekat sini semalam kerana disyaki mengedar VCD dan DVD cetak rompak dengan menerima tempahan menerusi internet, kes pertama seumpamanya yang dikesan di Johor.
Wanita berusia 41 tahun itu, yang dipercayai menjalankan kegiatan itu secara bersendirian, diberkas oleh anggota Unit Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor dalam serbuan pada 3.15 petang ekoran intipan sejak beberapa minggu lepas, kata ketua unit itu Fahmi Kasim kepada pemberita Rabu.
“Wanita ini amat licik. Urusan melalui laman web dilakukan di Taman Seri Alam tetapi urusan posnya beralamat di Taman Megah Ria bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya.
Fahmi berkata wanita itu mampu meraih ratusan ringgit dalam masa sehari.
Ketika serbuan dibuat, terdapat dua orang di rumah itu terdiri bapa wanita berkenaan berusia dalam 60an dan anak lelakinya berusia 12 tahun.
Pegawai-pegawai penguatkuasa itu menemui satu unit komputer selain senarai tempahan serta 3,769 keping DVD beberapa filem Inggeris terbaru termasuk “Mission Impossible 3″ dan “Scary Movie 4″ yang dipercayai untuk dihantar kepada pelanggan dengan harga RM7 sekeping.
“Beberapa keping VCD lucah turut dirampas,” kata Fahmi.
Beliau berkata kegiatan wanita itu dipercayai bermula awal tahun ini dengan mensasarkan pelanggan di sekitar Johor Baharu dan juga warga Singapura berdasarkan senarai alamat pelanggan yang ditemui di rumah itu.
Katanya terdapat beberapa alamat yang dikenal pasti sebagai pelanggan tetap wanita itu, dan satu daripadanya mencatatkan tempahan tertinggi dengan nilai RM900 bagi beberapa tempahan.
Wanita ini dipercayai menggunakan perkhidmatan Pos Laju di Pejabat Pos Tampoi untuk mengedar DVD dan VCD cetak rompak kepada pelanggan berdasarkan penemuan beberapa keping salinan borang perkhidmatan itu di rumahnya.
“Semua urusan pembayaran pelanggan dilakukan menerusi akaun bank,” kata Fahmi.
Katanya wanita itu akan didakwa mengikut Akta Hak Cipta 1987 dan dia boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
– BERNAMA Sumber: http://www.bernama.com.my/kpdnhep/news.php?id=207662=my
Ini adalah artikel ketiga mengenai perniagaan internet dan pendaftaran perniagaan, susulan daripada berita yang ‘tergempar’ beberapa hari yang lepas.
Entri ini adalah untuk menjelaskan lagi bahawa perniagaan internet atau apa jua istilah, adalah juga sama seperti perniagaan yang lain. Ia adalah PERNIAGAAN. Tidak kisah apa yang anda lakukan sama ada menjual produk informasi, pengiklanan, produk fizikal dan perkhidmatan.
Semasa pendaftaran di SSM, kita sama sekali tidak perlu memberitahu bahawa kita melakukan perniagaan melalui internet. Sebaliknya, kita hanya perlu mendaftar perniagaan sahaja. Seperti yang dinyatakan, internet hanyalah salah satu medium perniagaan dan tidak bermaksud kita langsung tidak melibatkan diri dengan dunia ‘offline’.
Pihak SSM tidak perlu tahu atau mereka tidak mahu tahu cara apa yang akan anda gunakan sama ada online ataupun offline. Sebaliknya mereka perlu tahu apakah jenis atau aktiviti perniagaan yang dilakukan. Pada borang pendaftaran perniagaan, ada satu ‘page’ yang khas untuk diisi aktiviti atau jenis perniagaan yang dilakukan.
Aktiviti, jenis atau bentuk itu maksudnya adalah apa yang dilakukan, atau apakah produk yang dijual-beli? Contohnya:
Menjual pakaian
Menjual barangan komputer
Menjual cenderamata
Menganjurkan seminar dan bengkel
Perkhidmatan laman web
Pengiklanan di internet
Perkhidmatan grafik
dan apa sahaja yang dilakukan.
Jumlah bidang itu boleh dimasukkan sebanyak mana yang anda mahukan. Tiada had. Anda mungkin bertanya, apa yang Zul daftarkan? Ini yang saya daftarkan:
Membekal dan menjual barangan komputer
Menjual cenderamata
Menganjurkan seminar dan bengkel
Perkhidmatan laman web
Penerbitan dan penjualan produk informasi
Perkhidmatan pengurusan.
Pendek katanya, jangan pula pada borang pendaftaran itu ditulis “perniagaan internet”. Itu nama industri, bukan produk atau aktiviti yang dilakukan. Pada tahun 2006, saya hampir ‘berdebat’ dengan staf SSM di kaunter gara-gara saya mahu memasukkan ‘perniagaan internet’ pada sijil perniagaan. Al-maklum, masa itu masih muda. Jadi saya nyatakan ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Bagi mereka yang menulis dan menjual ebook, boleh tulis ‘penerbitan dan penjualan produk informasi’. Atau boleh juga terus spesifik seperti ‘menjual ebuku di Internet’ (cubalah, ini cadangan saya sahaja). Tapi rugi jika terlalu spesifik sebab kita sukar untuk buat kaedah lain seperti cara ‘offline’ iaitu bercetak atau membuat format produk yang lain.
Bagi mereka yang membuat konsultasi atau khidmat nasihat perniagaan, gunakan ‘perkhidmatan pengurusan’. Boleh juga guna perkataan ‘khidmat nasihat perniagaan’, tapi perlu ada sijil akuan kelayakan untuk bidang itu.
Manakala untuk ‘perkhidmatan laman web’, ia termasuklah perkhidmatan membina laman web, servis berkaitan laman web, rekabentuk grafik dan sebagainya.
Untuk menerbitkan produk informasi sama ada untuk offline atau Online, tidak perlu mendapatkan permit atau lesen atau sebarang kelulusan daripada mana-mana pihak. Melainkan produk itu berbentuk terbitan berkala seperti majalah dan akhbar, maka itu perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Jadi kalau staf di SSM kata perlu dapatkan kelulusan, beritahu mereka bahawa tidak wajib mendaftar kerana anda hanya menerbitkan produk bukan berbentuk terbitan berkala. Dan ini dinyatakan sendiri di laman web KDN.
Contoh produk informasi: Buku bercetak, ebook, video, audio, maklumat.
Jika ditanya, bolehkah mencampurkan pelbagai jenis perniagaan dalam satu perniagaan? Boleh sahaja. Saya pernah melihat satu sijil perniagaan di mana pemiliknya melakukan pelbagai jenis bisnes seperti kontraktor binaan, membekal bahan-bahan binaan, alat keselamatan, peralatan komunikasi, pakaian, alat elektrik, cenderamata dan banyak lagi.
Cuma yang saya tahu, nama perniagaan itu perlulah ‘umum’ dan sesuai. Kalau guna ‘Beauty Shop’ tapi tulis semua seperti di atas, kurang sesuailah kan? Sebaliknya jika guna nama ‘Teguh Padu Enterprise’, maka ia sesuai.
Caj-caj berkaitan:
Pendaftaran baru: RM60.00 untuk setahun. Boleh daftar untuk beberapa tahu terus. Saya lupa berapakah maksimumnya. Boleh tanya pihak SSM.
Pembaharuan sijil perniagaan: RM60.00
Denda lewat pembaharuan (renew): RM10 sebulan. (Perniagaan akan automatik lupus jika tidak diperbaharui selepas cukup tempoh setahun)
Perubahan maklumat perniagaan (alamat utama, daftar bidang/jenis perniagaan baru): RM30.00
Perubahan maklumat pemilik (alamat tempat tinggal dan lain-lain): RM30.00
Penamatan perniagaan (termination): PERCUMA.
Tip: Urusan perubahan maklumat perniagaan dan pemilik boleh dilakukan serentak dengan caj RM30 sahaja.
Tip Tambahan:
Tip 1: Jika anda mahu menggunakan perkataan “Consultation” atau “khidmat nasihat” pada nama perniagaan, anda perlu ada sijil atau suatu ‘akuan’ bahawa anda ada kelulusan dalam bidang tertentu.
Tip 2: Tidak semua perkataan boleh digunakan pada nama perniagaan. Contohnya nama jenama yang popular, nama yang dekat-dekat sama bunyinya dengan perniagaan sedia ada, nama trademark dan nama khas seperti ‘sultan’, ‘raja’, ‘Malaysia’, ‘Cyber’ dan banyak lagi.
Tip 3: Selepas memasukkan semua jenis perniagaan yang dilakukan pada borang, dan kemudian ia berjaya didaftarkan (akan dicetak pada sijil perniagaan), anda boleh menambah lagi di lain hari. Tetapi cajnya adalah RM30 (juga boleh daftar tanpa had).
Tip 4: Hanya nama perniagaan yang sepenuhnya dalam satu bahasa sahaja diterima. Tidak boleh campur-campur. Contoh yang tidak boleh: Smart Perniagaan Enterprise. Contoh yang boleh: Perniagaan Bijak Bestari, SmartBiz Resources.
Tip 5: Pada nama perniagaan, boleh gunakan pengakhiran seperti Enterprise, Trading atau Resources jika mahu. Tidak letak pun tidak mengapa.
Tip 6: Sediakan sekurang-kurangnya TIGA NAMA CADANGAN untuk diisi pada borang pendaftaran.
Tip 7: Jenis perniagaan yang dimasukkan mestilah di dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. Contoh: Perkataan ‘servis’ perlu guna perkataan ‘perkhidmatan’.
Tip 8: Sijil perniagaan SSM berbeza dengan permit perniagaan. Permit hanya diperlukan jika anda mahu membuka kedai di mana-mana premis bangunan. Permit diurus oleh Majlis Daerah tempat perniagaan.
Tetapi bagi kes tertentu, ada perniagaan yang tidak perlukan permit seperti perniagaan dari rumah. Contohnya perkhidmatan konsultasi, perniagaan melalui internet (jual ebook, perkhidmatan…) dan banyak lagi.
Tip 9: Denda boleh dikenakan terhadap pemilik perniagaan jika tidak mengemaskini maklumat sama ada maklumat pemilik atau perniagaan. Jika perniagaan sudah tidak aktif (tidak mahu diteruskan), maka ia perlu ditamatkan dengan segera. Jika tidak, boleh juga bakal dikenakan tindakan denda.
Tip 10: Sijil perniagaan yang telah tamat tempoh perlu diperbaharui secepat mungkin, seeloknya sebelum tarikh tamat. Ia boleh dilakukan dua bulan sebelum tarikh tamat (60 hari). Meneruskan perniagaan setelah tamat tempoh sah laku sijil perniagaan boleh dikenakan denda.
Tip 11: Jangan sesekali memberikan maklumat palsu untuk pendaftaran.
Tip 12: Contoh-contoh borang yang lengkap diisi ada diletak pada ‘dinding’ di semua cawangan SSM.
Tip 13: Jika anda tinggal di Kuala Lumpur (KL), saya cadangkan pergi ke SSM di KL Sentral, iaitu ibu pejabat mereka. Tidak terlalu sibuk dan ramai orang di sana. Semua urusan berkaitan boleh dilakukan di ibu pejabat di sana.
Atau boleh pergi ke SSM di The Mall, Jalan Putra, KL. Dahulu katanya cawangan di The Mall sudah mahu ditutup, tapi daripada info yang saya dapat, mereka masih di sana, cuma berpindah ke tingkat 16. Mungkin hanya bahagian pentadbiran sahaja yang berpindah ke KL Sentral?
Tip 14: Borang apa yang diperlukan? Mudah sahaja. Pergi ke kaunter dan nyatakan urusan yang mahu dilakukan. Mereka akan berikan borang berkaitan.
Tip 15: Jangan lupa bawa satu salinan kad pengenalan bagi urusan pendaftaran perniagaan.
Tip 16: Pada borang pendaftaran, boleh gunakan alamat rumah sebagai alamat premis perniagaan termasuklah untuk perniagaan selain perniagaan internet, kecuali bagi perniagaan yang jelas tidak sesuai. Isi sahaja dan bawa ke kaunter. Jika kerani yang bertugas tidak cakap apa-apa, maka ertinya semua lulus. Anda tidak perlu cakap apa-apa selagi mereka tidak bertanya atau beritahu sesuatu.
Tip 17: Sebarang pertanyaan, boleh hubungi mereka terus melalui emel atau telefon 03-22995500.
Semoga bermanfaat. Jika ada sebarang persoalan, boleh tanya pada bahagian komen di bawah. Saya akan kongsikan apa yang saya tahu. Macam kaunter pertanyaan SSM pula.
-
//Hakcipta Terpelihara. Tidak boleh menggunakan artikel ini untuk sebarang tujuan tanpa izin pihak SmartUsaha.com terlebih dahulu. Boleh kongsikan artikel ini dengan membuat “backlink” menggunakan URL artikel ini.
Agak lama juga aku tidka update blog ini. Bukan malas tapi tiada idea untuk update. Ditambah lagi dengan urusan yang perlu diselesaikan diawal semester ini.
Dalam post ini, aku akan kongsikan beberapa cara untuk tarik pelawat ke blog melayu untuk tunaikan janji pada post yang lepas. Teknik ini juga boleh digunakan untuk blog BI atau apa blog sekali pun.
1) Blog walking
Untuk teknik pertama ini, korang perlu berjalan-jalan(melawat) blog orang lain dan tinggalkan jejak korang di blog itu. Nak tinggalkan jejak ada dua cara iaitu komen post mereka dan spam komen diruangan chat.
2) Bertukar link dengan blogger lain
Ini adalah satu amalan blogger suka lakukan. Blogger suka buat link exchange ini untuk naikkan PR dan menambahkan backlink. Selain itu, dengan aktiviti ini juga meraka boleh dapat pelawat dari blog yang mereka bertukar link.
3) Forum
Selain menjadi tempat “membuang masa” dan borak-borak, korang juga boleh menarik rakan-rakan forum ke blog korang. Caranya dengan menggunaka signature. Signature ini akan muncul disetiap post yang korang buat. Ayat kat signature tu kena buat menarik sikit. Lagi satu cara yang korang boleh guna adalah dengan buat post diblog dan buka satu thread di forum mengenai post tersebut. Pastikan post korang tu bermenfaat untuk ahli forum.
4) Search Engine Optimozation (SEO)
Sebaik-baiknya jangan lupa untuk SEOkan blog anda. Tidak kiralah dalaman atau pun luaran blog. Install plugin yang boleh membantu dari segi SEO, tambah backlink dan sebagainya. Ini supaya blog korang boleh mendapat kedudukan yang terbaik di Search Engine.
5) Post yang menarik dan sentiasa update
Adalah menjadi satu kebanggaan seorang blogger mampu menarik minat pelawat datang kembali ke blog selepas kali pertama kunjungan mereka. Mereka mungkin akan tolong anda memperkenalkan blog korang kepada rakan-rakan mereka. Pelwat akan datang kembali ke blog korang sekiranya blog korang mengandungi post yang menarik dan berinformasi dan sentiasa update. (Jangan jadi seperti aku )
Lima teknik ini adalah cara asas untuk menarik pelawat ke blog korang. Aku selalu buatyang empat pertama sahaja. Cara kelima tu susah sikit sebab aku bukanlah seorang yang mempunyai kemahiran mengarang. Post aku tak menarik dan jarang update (tengah latih diri untuk berubah).
Jika korang mempunyai persoana dan pendapat, jangan malu dan segan untuk beri komen dibawah.
Saya amat suka menulis topik ini, walaupun berkali-kali. Sejak dahulu lagi sama ada di blog atau forum, saya sering menulis begini, “Bisnes bukan sekadar menjual.” Kata-kata itu walaupun pendek, tetapi ia sengaja dipendekkan agar mereka yang membacanya berfikir seketika.
Ramai yang masih keliru dengan beranggapan, perniagaan internet itu adalah satu cabang yang unik, lain dan berbeza berbanding perniagaan bukan internet. Kekeliruan ini diakibatkan oleh begitu banyaknya maklumat di Internet yang tidak menjelaskan dasar sebenar perniagaan melalui internet.
Perniagaan internet atau apa jua nama yang digunakan seperti perniagaan melalui internet, perniagaan di internet, bisnes internet, bisnes melalui internet, niaga online dan sebagainya, ia semua membawa maksud yang sama, iaitu mempromosikan produk di Internet dan menerima bayaran tanpa bertemu dengan pembeli.
Tidak kisah bentuk perniagaan yang dilakukan sama ada menjual apa jua jenis produk atau perkhidmatan, ia adalah PERNIAGAAN. Internet hanya satu medium untuk mempromosi, berkomunikasi dan menerima bayaran. Namun segala urusan dan transaksi itu kita rumuskan kepada satu perkataan, iaitu perniagaan.
Akibat mempercayai bahawa Internet sebagai satu model bisnes yang berbeza dan satu perkara baru, maka akibatnya:
Hanya menumpu pada jualan dan mengabaikan aspek lain seperti pengurusan.
Hanya mampu bermula dengan baik, tetapi GAGAL mempertahankan perniagaan untuk satu tempoh yang lama.
Perniagaan bukan hanya menjual, ia lebih daripada itu. Perniagaan yang dibina perlulah betul-betul berpijak pada bumi yang nyata. Maksudnya, ia perlu didaftarkan, ada dasar yang kuat, ada perancangan dan diurus dengan baik.
Sebaliknya, sebahagian besar yang berniaga di Internet hanya sekadar menjual. Ia hanya selesai di situ. Buat produk, jual dan dapat hasil. Dan proses yang sama berulang lagi. Kalaulah begitu, saya berani mengatakan, perniagaan sebegitu tidak mampu berkembang.
Saya masih cuba ‘mengkaji’ dan memerhatikan ‘pola’ atau corak perniagaan yang dipraktikkan oleh kebanyakan peniaga Online di Malaysia. Setakat ini, seperti yang saya katakan di atas, ia hanya setakat menjual sahaja. Tiada asas dan dasar perniagaan yang berpijak pada bumi yang nyata.
Maksudnya, mereka tiada rancangan perniagaan, tiada pengurusan kewangan yang teratur, tiada dokumentasi perniagaan, malah tiada matlamat jangka panjang. Sebaliknya, mereka hanya menjual, dapat duit dan simpan. Sekadar berniaga sahaja tetapi tidak mempunyai ciri keusahawanan yang lengkap.
Apa pun, tidak salah sekadar menjual kerana segalanya bergantung kepada keperluan masing-masing. Tetapi bagi mereka yang mahu pergi jauh dan mengembangkan perniagaan yang dibina, menjual sahaja tidak memadai. Dunia keusahawanan lebih luas daripada itu.
Jika anda bertanya kepada mana-mana Internet Marketer dengan soalan ini: “Apakah itu perniagaan internet sebenar?” Kebanyakan mereka akan menjawab dengan jawapan yang hampir sama, “Perniagaan yang tidak menipu orang dan menjual produk yang betul.”
Jawapan itu benar, tetapi saya mahukan jawapan lain dari yang lain seperti yang ada di dalam benak fikiran saya, iaitu “perniagaan internet yang sebenar adalah perniagaan yang dibina atas dasar yang kukuh, ada perancangan dan mempunyai pengurusan yang baik.”
Perniagaan internet yang sebenar meliputi segala perkara penting yang wajib ada bagi sesebuah perniagaan dan juga bagi usahawan itu sendiri. Tetapi malangnya, kebanyakan Internet Marketer (IM) hanya sekadar mengajar cara menjual. Mereka tidak salah, sebab sudah nama pun Marketer.
Jadi, kalau mahu belajar menjual dan mempromosi, boleh belajar dengan Internet Marketer. Kalau mahu menjadi usahawan yang berjaya, perlu belajar dengan usahawan yang berjaya.
Keluarlah daripada kepompong (dunia internet semata-mata), kerana dunia ini terlalu luas. Kalau mahu jadi usahawan, miliki minda usahawan, bukan sekadar minda Internet Marketer.
…bersambung…. Pada sambungan nanti, saya akan berikan contoh kelebihan memiliki MINDA USAHAWAN berbanding sekadar MINDA ‘INTERNET MARKETER’ semata-mata. Dari situ anda akan mula fahami, kenapa saya jarang meletak gelaran Internet Marketer untuk diri saya.
PS. Tiada cara lain untuk menjadi usahawan yang ‘lengkap’ dan terurus, melainkan dengan membaca dan belajar dari semasa ke semasa. Keusahawanan itu tiada titik noktah.
PPS. Artikel di atas juga adalah nasihat dan peringatan untuk diri saya sendiri. Perjalanan saya juga masih jauh dalam bidang keusahawanan.
For those who interested to apply a credit card then Standard Chartered credit card will be your right choice at this moment.
Both Standard Chartered Platinum & Gold Credit Cards offers 0.5% cash back on every transaction excluded petrol. There’s no minimum charge required, no limit on cash back given and the more you use your card, the more cash back you gain. Besides that, it’s also comes with point rewards in which RM 1 = 1 point, so basically it is a 2 in 1 card. It comes with 2 years annual fees waiver, 3rd year onwards normally you can call for waiver.
Activate the card and spend once for any amount within 30 days and enjoy the cash rebate RM80.00 for Gold Card approved and RM150.00 for Platinum Card Approved. Based on my credit card agent information, the cash rebate will be credited into the following month bill statement. So, hurry up and grab this golden opportunity! This promotion is valid until 31st Aug 2010 so try to submit your credit card application before as soon as possible.
Once your credit card get approved and activated, then you will be charged RM50 government service tax. So, with this latest Standard Chartered credit card offer then you still can earn RM30 from each Gold Card and RM100 from each Platinum Card that you applied.
My Personal Tips:
Try to apply it no matter you will use it or not since there’s a FREE MONEY for you to spend. If you noticed that you are not heavy use of your credit card then you can just decide to cancel the card within 1 year in order to avoid the next year government service tax. All you can do is just calling to their customer service to do card cancellation. Thus, it’s hassle free.
I have applied Standard Chartered Master Gold and Visa Gold card and there’s RM60 FREE MONEY coming soon, so what are you still waiting for?
2010/07/20 PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
“Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.
Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.
Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.
“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya. – Bernama
pada tahun 2006, saya membuka satu perbincangan di forum WangCyber bertajuk Undang-Undang: Daftar Perniagaan Anda. Saya berpegang sepenuhnya pada pendapat tidak kisah perniagaan itu baru atau lama, newbie mahupun otai, wajib mendaftar perniagaan di SSM. Tetapi ada yang mengatakan tidak perlu.
‘Tidak perlu’ itu hanyalah pendapat peribadi, tetapi dari sudut undang-undang ia tetap perlu kerana itulah peruntukan peraturan dan undang-undang. Pada tahun itu juga saya telah bertanya sendiri kepada pihak SSM seperti berikut (melalui emel):
Assalamu’alaikum / salam sejahtera,
Saya merupakan usahawan internet sepenuh masa.
Saya ingin bertanya, adakah perlu bagi perniagaan yang berasaskan internet sepenuhnya (tiada kedai, tetapi hanya di rumah – SOHO) mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM?
Terima kasih.
Jawapan:
Tuan,
Jika kita lihat pada tafsiran seksyen 2 Akta Pendaftaran Perniagaan 1957 berhubung dengan perniagaan adalah “Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan..”
Malahan perniagaan tersebut di buat di rumah di mana ianya termasuk dalam Jadual (seksyen 2) iaitu di bangunan atau struktur.
Oleh itu, saya menasihat tuan mendaftar perniagaan tersebut.
Sebaik-baiknya adalah mendaftar perniagaan (ROB) walaupun perniagaan itu dilakukan dalam kadar yang kecil. Modal untuk pendaftaran hanyalah RM60 sahaja untuk setahun.
*ROB: Registration Of Business (Enterprise)
*ROC: Registration Of Company (Sdn. Bhd.)
Persoalan Berkaitan:
1. “Saya hanya buat program affiliate. Perlukah saya daftar perniagaan juga?”
Jawapan: Tidak perlu. Kita hanya menjadi ejen promosi sahaja dan bukan memiliki perniagaan tersebut. Hanya pihak itu yang perlu mendaftar perniagaan.
2. “Saya hanya buat perniagaan melalui internet secara ‘part time’ sahaja.”
Jawapan: Tetap perlu daftar perniagaan itu. Lihat kembali maksud perniagaan seperti yang dinyatakan di atas.
3. “Saya fokus sepenuhnya di pasaran luar.”
Jawapan: Anda tertakluk sepenuhnya di bawah undang-undang pasaran atau negara itu.
4. “Alamat untuk daftar perniagaan?”
Jawapan: Boleh gunakan alamat rumah sahaja atau premis perniagaan.
5. “Perlukah mendaftar permit perniagaan dengan pihak Majlis Daerah?”
Jawapan: Kebanyakan bentuk perniagaan melalui Internet dikecualikan. Asasnya, perniagaan yang tidak melibatkan stok yang besar, tidak mengganggu jiran dan perkhidmatan tidak perlu daftar permit.
Penafian: Jawapan di atas dan penerangan di blog ini tidak semestinya nasihat yang tepat dan saya bukan seorang pakar undang-undang. Ia hanya sekadar pendapat sahaja. Sila rujuk pihak yang lebih arif.
PS. Prosedur pendaftaran perniagaan di SSM sekarang lebih mudah dan cepat berbanding beberapa tahun lepas. Isi borang dan terus ke kaunter. Tiada lagi proses yang sulit. Dalam 30 minit – 1 jam sudah boleh siap.
PPS. Jika ada sebarang pertanyaan, gunakan sahaja ruang komen di bawah. Saya akan cuba menjawabnya.