Entries Tagged 'Entrepreneur Tips' ↓

Tawaran TERHAD: Hak Jualan PLR untuk Ebook Panduan Paypal

Your Ad Here

Salam kasih dan sayang untuk para Internet Marketer, penulis/penjual ebook dan usahawan internet sekalian.

Berita yang ditunggu-tunggu oleh sebahagian orang yang telah bertanyakan mengenai hal ini, iaitu HAK JUAL SEMULA untuk Ebook ‘latest’ saya iaitu Panduan Asas Paypal.

Setelah merancang beberapa minggu lepas, saya telah membuat keputusan untuk mengeluarkan lesen PLR (Private Lable Rights), dan bukan RR (Resell Rights) atau MRR (Master Resell Rights).

Jadi, saya bakal menawarkan lesen PLR untuk Ebook Panduan Asas Paypal pada bila-bila masa dalam masa terdekat ini, TETAPI kepada bilangan yang amat TERHAD. Berminat?

FAKTA 1: Permintaan terhadap informasi Asas Paypal sentiasa wujud. Lihat sahaja di kebanyakan blog dan forum, soalan yang remeh-temeh sentiasa berulang-kali ditanya. Ini satu PELUANG. Mereka memerlukan penerangan yang tersusun rapi, jelas dan padat.

FAKTA 2: Ebook Panduan ini bukan ebook terjemahan atau ‘tangkap muat’, tetapi ia ditulis dengan teliti. Menggunakan konsep Langkah Demi Langkah, ia memudahkan pembaca mengikuti satu demi satu tindakan di dalam mendaftar dan mengesahkan akaun Paypal. Ebook ini penuh dengan screenshot.

  1. Dengan hanya mengeluarkan kos SEKALI SAHAJA, anda mampu menjana pendapatan pasif secara berpanjangan. 100% keuntungan adalah milik anda. Tiada lagi penyeksaan batin untuk mendapat bayaran komisen sebulan sekali melalui program affiliate. Ianya 100% milik anda.
  2. Mendapatkan ebook PLR adalah jalan pintas untuk memiliki ebook sendiri. Menulis ebook biasanya mengambil masa yang lama. Ebook Panduan Paypal ini sendiri mengambil masa beberapa bulan.
  3. Dengan Ebook PLR, anda BERHAK meletak nama anda sebagai penulis. Hakcipta adalah milik anda. Nilai ini boleh mencecah ribuan ringgit, tetapi untuk mendapatkan lesen PLR, ia tidak semahal itu.

Berita Baik 1: Pemegang lesen PLR boleh buat apa sahaja melainkan hanya satu: TIDAK BOLEH SEBARKAN SECARA PERCUMA. Pemegang hak PLR boleh buat tajuk ebook sendiri, design sendiri dan segalanya jika mahu. Tiada halangan. Tanya saya jika ada sebarang kemusykilan.

Berita Baik 2: Surat jualan asas juga akan diberikan, termasuk grafik ecover, minisite dan TUJUH banner animasi pelbagai size standard. Semua grafik ini berharga RM200! Tetapi, harga bayaran untuk lesen PLR untuk ebook ini kurang daripada itu. Semakin berminat?

Berita Baik 3: Bahan-bahan promosi lain juga turut diberikan seperti sembilan buah artikel mengenai Paypal dan produk (ebook), 7 buah emel promosiENAM ayat untuk diletak pada ruangan status Wall FB dan dua buah video dalam format WMV (boleh diedit jika mahu).

Berita Baik 4: Pihak saya juga boleh bantu re-brand-kan ebook PLR dengan nama anda termasuk nama domain. Kemudian saya terus convert kepada format PDF.

**Khidmat pemasangan Sistem Affiliate dengan kos rendah juga disediakan jika mahu. Hubungi saya pada bila-bila masa untuk mendapatkan perkhidmatan pemasangan sistem affiliate. Bahan-bahan promosi seperti banner animasi, artikel dan emel juga akan dimasukkan terus ke dalam sistem affiliate TANPA sebarang caj tambahan.

Kesemua bahan bekalan di atas adalah khas untuk mereka yang mahu cepat dan tidak mahu buat design sendiri. Semua design, artikel dan video yang diberikan LANGSUNG tiada nama pihak kami. Ia kosong dan boleh diedit jika mahu. Hanya file format JPG dan Gif sahaja yang akan diberikan. Tiada PSD.

Semakin BERMINAT? Tunggu pengumuman saya nanti.

Terima kasih kerana membaca sehingga ke ayat terakhir ini. Saya amat menghargainya.

Yang benar,

-SMARTZUL-

ps. ‘Iklan’ ini juga ada disiarkan di Facebook MohdZulfadli.IM.

-

©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.

.

Mengapa Berniaga Sepenuh Masa?

Your Ad Here

Jika kita membaca banyak tulisan terutama di kebanyakan blog dan forum, sebahagian besar menulis pro dan kontra di antara berniaga sepenuh masa dan makan gaji. Malah ada sesetengah yang lantang pula berkata, orang yang makan gaji itu amat selesa dengan kedudukan mereka dan bersifat penakut.

Saya tidaklah mahu berkata begitu, malah jika diberi peluang, saya juga mahu bekerja makan gaji. Selesa? Ya, apa salahnya mempunyai keadaan yang selesa? Bagi saya, yang berkata sinis terhadap orang yang makan gaji hanyalah mahu memotivasikan mereka sahaja untuk hilangkan takut bagi menceburi perniagaan. Kalau sudah takut, tidak perlulah menghina pekerjaan selain perniagaan.

Bagi saya, tidak kisah kita makan gaji atau berniaga sepenuh masa, yang penting adalah apakah niat kita? Jika kita niat makan gaji atau berniaga untuk wang semata-mata, maka di situlah bermulanya kepincangan. Yang makan gaji mudah tidak puas hati, manakala si usahawan pula sering berasa tidak cukup.

Jika niat kita ikhlas kerana ALLAH, apa sahaja yang kita lakukan akan menjadi lancar walaupun datang seribu jenis rintangan dan ujian. Ia bukan mengenai kerja atau usaha yang dilakukan, tetapi ia mengenai sejauh mana kita memiliki hati yang kuat untuk menghadapi cabaran?

Tidaklah perlu berkata apabila kita berniaga sepenuh masa, kita akan keluar daripada mulut singa (bos, politik pejabat…) kerana apabila kita menjadi usahawan, rintangan yang lebih besar sedang menanti di hadapan. Pelanggan yang cerewet, keadaan ekonomi tidak menentu, modal semakin menyusut, semangat diri yang naik turun dan 1001 lagi cabaran.

Berbalik kepada tajuk artikel ini, mengapa usahawan memilih jalan perniagaan sepenuh masa? Adakah kerana kerja makan gaji itu satu pekerjaan yang hina? Adakah kerana jumlah pendapatan rendah? Jawapannya bukan kerana itu semua. Tetapi sebenarnya usahawan sepenuh masa hanya mahukan satu perkara sahaja:

KEBEBASAN

Mereka bebas menentukan pergerakan mereka. Mereka bebas menentukan waktu kerja mereka. Mereka bebas melakukan inovasi tanpa batas dan halangan. Mereka bebas daripada kekangan birokrasi jabatan. Mereka bebas bersuara. Mereka bebas mencuba sesuatu yang berisiko. Dan mereka bebas menentukan bentuk usaha yang mereka perlu buat.

berhenti kerja

Quit Your Job, James Kochalka.

Itu sahaja sebabnya. Bukan kerana kerja makan gaji itu hina, tidak bagus atau seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang. Usahawan sepenuh masa memerlukan masa yang banyak untuk melakukan banyak usaha. Kalau mereka bekerja makan gaji, maka secara automatik mereka akan tersekat dengan pekerjaan rasmi yang membataskan pergerakan mereka di dalam melakukan perniagaan.

Kepada anda yang makan gaji, usahlah gundah gulana dengan diri sendiri hanya kerana orang lain menjadi usahawan tetapi tidak anda. Tidak semua orang sesuai menjadi usahawan, kerana usahawan juga memerlukan pekerja yang setia dan bersungguh-sungguh.

Satu pesanan saya, jangan paksa diri untuk menjadi usahawan sepenuh masa. Ketepikan dahulu slogan “tiada apa yang mustahil” kerana yang tidak mustahil itu hanyalah dengan ILMU sahaja. Lakukanlah sesuatu perkara dengan akal yang waras dan jiwa yang tenang. Semuanya perlukan ilmu. Jika anda sudah bersedia menjalankan perniagaan sepenuh masa, “just do it!”.

Dan saya amat sarankan anda membaca dan khatam buku ini:

rich dad quit job

http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=detail&pcode=9780446696371

Seperkara lagi, hati-hati dengan motivasi-motivasi palsu yang menyarankan anda berhenti kerja tanpa sebarang perancangan yang teratur dan keputusan pada masa yang sesuai. Sekadar ada banyak duit, itu bukan jaminan untuk anda hidup senang lenang tanpa makan gaji. Duit kertas itu, TIDAK ADA SEBARANG NILAI.

Kepada usahawan, usahlah mendabik dada kerana tanpa pekerja yang hebat, usahawan tidak akan ke mana-mana. Jadi tidak perlu kita mengatakan yang negatif terhadap orang yang makan gaji. Merekalah tulang belakang utama usaha perniagaan kita dan merekalah penyokong kita.

Seperkara lagi, tanpa pembeli, usahawan juga tidak akan ke mana-mana. Dan fakta yang tidak dapat kita nafikan adalah, sebahagian besar pembeli itu adalah terdiri daripada mereka yang makan gaji. Jadi kalau mahu bandingkan siapa hebat (usahawan atau pemakan gaji?), tiada jawapan untuk itu kerana dua-dua hebat dan saling memerlukan.

Dalam niche Internet Marketing terutama yang jual ebook, 95% pembeli adalah orang yang makan gaji. Tanpa pembeli daripada golongan ini, seseorang Internet Marketer itu tidak akan ke mana-mana. Jadi siapa yang hebat sebenarnya?

Saya menulis artikel ini kerana ada beberapa sebab:

  • Risau dengan keadaan sekarang yang menyuruh orang ramai berhenti kerja. Jangan kerana mahu melariskan jualan ebook (produk informasi) atau peluang perniagaan, macam-macam ayat manis dikeluarkan. Kemudian yang berhenti makan gaji itu, mahu dapat RM100 sebulan pun terkial-kial.
  • Mahu menceritakan hakikat sebenar perniagaan dan makan gaji. Ia bukan mengenai mana satu yang lebih hebat, tetapi ia mengenai diri kita. Berniagalah atau makan gajilah, kalau diri kita tidak tabah, cekal, rajin dan berilmu, yang negatiflah biasanya kita dapat.
  • Setiap orang ada potensi diri masing-masing. Ada orang sesuai menjadi tentera kerana tubuhnya yang sihat dan sasa. Ada orang yang jenis setia, maka sesuai menjadi pembantu kepada usahawan kerana mereka ini pandai menyimpan rahsia tuannya (bos). Ada orang yang sukakan kebebasan, maka dirinya menjadi usahawan sepenuh masa.

Sampai satu tahap, saya cukup risau kerana di sana sini kita sering diributkan, hanya menjadi usahawan dan melakukan perniagaan sahajalah kita akan menjadi hebat. Bagi saya sendiri, saya amat tidak selesa dengan keadaan ini.

Berniagalah jika itu pilihan terbaik. Bukan kerana mahu lari daripada masalah di pejabat atau di tempat kerja. Kalau tempat kerja itu umpama mulut singa, perniagaan pula adalah umpama mulut buaya. Jadi kedua-dua bentuk pekerjaan ini memerlukan ilmu, kemahiran dan perancangan agar kita tidak menjadi mangsa kepada mulut singa atau mulut buaya.

Ilmu dan kemahiran diperlukan untuk menjinakkan singa dan buaya. Jika kita ada “seni” dan kemahiran yang baik, kita akan menjadi pekerja yang sukses. Bos yang garang dan bengis pun boleh ‘dijinakkan’. Itulah hebatnya ilmu! Begitu juga dalam perniagaan, pelanggan yang cerewet, ego dan marah-marah pun dapat disejukkan dan boleh menjadi kawan baik jika ada ilmu!

Tetapi hakikat kebanyakan, tidak ramai orang mahu menambah ilmu dan kemahiran mereka, sebaliknya mereka hanya mahu gaji dan duit.

Kalau bos selalu marah-marah di pejabat, rakan-rakan pekerja yang negatif, kerja bertimbun, penat dan sebagainya, ia sebenarnya mengenai PILIHAN kita. Kalau kita pilih untuk negatif, maka semuanya akan jadi negatif. Tetapi kalau kita melihat dan menerima itu semua dengan positif, maka kita akan tetap tenang dan menghadapi itu semua dengan sabar.

Tidak kiralah kita berniaga sepenuh masa atau makan gaji, yang penting adalah dua perkara, iaitu ILMU dan KEMAHIRAN. Kebanyakan pekerja yang sering mengeluh kerana mereka tidak menambah ilmu dan kemahiran mereka, sama ada ilmu dan kemahiran teknikal dan juga soft skills. Begitu juga usahawan, mereka tidak berkembang jika mereka tetap dengan ‘bantal busuk’ mereka.

Kalau kita tetap dengan ilmu yang sedikit itu, maka kita tidak akan berupaya untuk menghadapi cabaran yang lebih besar daripada ilmu itu. Maka tambahlah ilmu dan kemahiran sama ada dengan membaca dan belajar melalui kursus. Kepada usahawan pula, selain ilmu perniagaan, ilmu mengurus pekerja juga amat penting untuk dikuasai.

Akhir kata, semuanya bukan mengenai jenis pekerjaan kita, tetapi ia mengenai DIRI KITA iaitu sejauh mana kita ini berisi dengan ilmu dan kemahiran. Kalau kita mahukan dunia, maka kita perlukan ilmu. Kalau kita mahu akhirat, kita juga perlukan ilmu. Dan jika kita mahukan kedua-duanya, kita juga perlukan ilmu.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

-

©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.

.

Your Ad Here

Buat Surat Jualan Cara Mudah!

Your Ad Here

Surat jualan (sales letter) adalah sebuah laman web yang mengandungi ayat-ayat promosi, imej dan beberapa unsur lain bagi menarik minat pelawat laman web jualan melakukan belian atau tindakan tertentu. Contoh surat jualan adalah seperti di sini.

Di antara banyak-banyak perkara yang menjadi halangan bagi kebanyakan para peniaga Internet adalah surat jualan. Kata mereka, surat jualan amat sukar untuk dibuat, tidak pandai, tidak mahir dan tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.

Walaupun pelbagai panduan telah diterbitkan, namun perkara ini seperti belum menemui titik penyelesaiannya. Namun bagi mereka yang merasai kesukaran itu, kini sudah boleh menarik nafas lega sedikit.

Sahabat IM saya, Bearnerd Bondly (dari Sabah), telah menghasilkan satu lagi produk berkualiti iaitu perisian yang boleh menghasilkan surat jualan tanpa perlu menggunakan sebarang perisian lain! Cuma, kita hanya perlu mempunyai maklumat produk sahaja. Selebihnya, kita hanya perlu memasukkan satu demi satu maklumat yang diperlukan sehingga proses siap.

Cuba lihat screenshot perisian yang diberi nama Sales Letter Creator ini:

surat jualan

Hasil surat jualan:

surat jualan

Menarik bukan? Kita hanya perlu masukkan maklumat-maklumat yang diperlukan sahaja seperti nama produk, URL imej (perlu upload dahulu), penerangan-penerangan produk, nama kita, no. akaun bank, kod Paypal (jika perlu), bonus (jika perlu) dan lain-lain lagi.

Kelebihan menggunakan perisian ini adalah kita tidak perlu tahu bagaimana cara untuk merekabentuk sebuah laman web jualan. Semuanya telah diformatkan secara automatik. Kita hanya perlu masukkan maklumat sahaja. File-file laman web seperti index, page thank you dan lain-lain akan dijana secara automatik!

Berita baiknya, bukan hanya satu perisian ini sahaja yang akan anda dapat melalui Pakej Software ini. Antara perisian lain yang turut disertakan adalah:

  1. Landing Page Creator (dipanggil juga Squeeze Page).
  2. Order Form Creator.
  3. Contact Form Creator.

Nah, kini kita sudah boleh menghasilkan satu laman web jualan yang lengkap dengan menggunakan perisian-perisian tersebut.

Bagi perisian Order Form Creator, kita boleh buat halaman borang tempahan (order form) dengan hanya memasukkan maklumat yang diperlukan seperti harga produk, emel dan no. akaun bank. Selepas klik Finish, file-file halaman tempahan dan juga thank you akan dihasilkan secara automatik.

borang tempahan

Dengan menggunakan perisian berbentuk Wizard ini (step by step instructions), menghasilkan surat jualan (laman web jualan) yang lengkap bukan lagi satu kesukaran. Anda boleh mendapatkan set perisian ini dengan harga yang amat rendah.

Perlu dimaklumkan, perisian ini tiada dijual di mana-mana laman web sama ada dalam atau luar negara, melainkan hanya melalui Bearnerd Bondly atau Reseller produk ini sahaja. Pakej perisian ini dihasilkan sendiri oleh Bearnerd Bondly. Beliau adalah seorang pengaturcara (programmer) yang boleh menghasilkan pelbagai perisian.

*Anda boleh menjadi Reseller bagi produk ini dengan membeli Pakej Upgrade yang ditawarkan di laman web jualan pakej perisian ini. Selagi kuota masih ada.

Jalan penyelesaian sudah ada. Yang kita hanya perlu tahu adalah maklumat produk yang ingin kita tawarkan sahaja. Dapatkan pakej perisian ini sebelum harganya dinaikkan.

-

©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.

.

Mitos Zon Selesa: Usahawan Vs Pemakan Gaji

Your Ad Here

Seringkali kita mendengar dakwaan seperti ini:

  1. Pekerja makan gaji berada dalam zon selesa, takut untuk berubah dan melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan. Golongan ini bukanlah golongan yang hebat kerana mereka ada jaminan kerja.
  2. Usahawan dikatakan sebagai seorang individu yang berani kerana masuk ke dalam zon tidak selesa di mana mereka tiada gaji dan jawatan tetap.

Tetapi saya berfikir sejenak, betulkah andaian sebegini? Maka saya membuat kesimpulan berikut:

  1. Pekerja makan gaji juga berada di dalam zon tidak selesa, di mana jika mereka ponteng kerja, tidak ikut peraturan majikan, kerja tidak berkualiti, tidak meningkatkan pengetahuan, maka pasti satu hari nanti merea akan disingkirkan oleh majikan.
  2. Usahawan juga berada di dalam zon selesa, di mana sesetengah usahawan lebih selesa melakukan sesuatu yang sudah biasa bagi mereka. Mereka TAKUT untuk bermain dengan risiko yang lebih besar dan tidak biasa bagi mereka.
  3. Usahawan yang tidak berani melakukan sesuatu yang baru adalah usahawan yang sudah selesa dengan usaha yang biasa dilakukannya sejak bertahun-tahun yang lepas. Mereka tetap berada di takuk yang lama.
  4. Pekerja makan gaji yang tidak berhenti kerja dan menjadi usahawan tidak semestinya takut untuk menjadi usahawan kerana seperti yang dinyatakan di atas, mereka juga ada zon tidak selesa mereka sendiri.
  5. Usahawan mampu mencipta zon selesanya sendiri dengan memutuskan untuk tidak melakukan sesuatu yang lebih besar dan mencabar.
  6. Salah satu tanda usahawan yang berada di dalam zon selesa adalah pendapatan mereka tidak meningkat bertahun-tahun lamanya, melakukan perkara yang sama dan tiada peningkatan dalam usaha bisnes.
  7. Pekerja makan gaji yang selesa dengan zon selesanya, akan terus dengan sikap, perangai, fikiran dan ilmu yang sama. Orang lain sudah naik pangkat, tapi dirinya masih ‘di meja yang sama’.
  8. Pekerja makan gaji yang dinamik faham bahawa jawatan kerja mereka bukanlah satu jaminan. Maka mereka memperkasakan lagi diri dengan menambah ilmu dan kemahiran, sama ada ia akan digunakan untuk naik pangkat, memohon pekerjaan yang lebih mencabar dan berguna untuk mereka berdikari andaikata tiada lagi tawaran kerja untuk mereka.

Pendek kata, siapa pun kita sama ada usahawan ataupun tidak, yang pasti zon selesa atau zon tidak selesa tidak mengenal semua itu. Kita sendiri yang perlu menilai diri masing-masing agar sentiasa ada keinginan untuk berubah dan memperbaiki diri.

Kadang-kadang kita ada melihat, pekerja makan gaji yang dikatakan amat asyik dengan zon selesa adalah lebih hebat dan keterhadapan berbanding usahawan yang dikatakan hebat di dalam zon tidak selesanya. Mengapa ini berlaku? Ya, usahawan tadi sedang asyik dalam zon selesa yang diciptanya sendiri.

Semoga tulisan saya ini dilihat dengan satu sisi yang berbeza iaitu tidak kisah bentuk peranan kita di dunia ini, sebaliknya yang wajib bagi kita adalah kita perlu rajin, bersungguh-sungguh, terus menerus belajar dan yang terpenting adalah, sentiasa ada perubahan.

Maka jelaslah, zon selesa itu bukan hanya milik pekerja makan gaji semata-mata. Dan kepada para usahawan, AWAS! Anda mungkin sedang lena dibuai zon selesa yang anda cipta sendiri!

-

©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.

.

Mengapa SEO?

Your Ad Here

Saya suka teknik SEO. Ia adalah salah satu sumber trafik automatik yang akan kita perolehi tanpa batasan, selagi mana blog kita berada di kedudukan terbaik di enjin carian.

Baik, apa itu SEO sebenarnya? SEO atau Search Engine Optimization adalah satu istilah untuk proses atau usaha menaikkan kedudukan (ranking) laman web atau blog di senarai hasil carian enjin carian (SERP). Apa itu SERP? Mudah ceritanya, selepas anda taip perkataan di Google.com, akan keluar hasil carian kan? Haa, itulah SERP! Atau dalam bahasa panjangnya, Search Engine Result Page.

Semakin banyak ciri-ciri SEO pada sesebuah blog yang ‘ditetapkan’ oleh enjin carian (seperti Google, Yahoo dan Bing), maka peluang untuk blog anda berada di SERP yang tinggi (seperti muka pertama SERP) adalah lebih besar.

Apabila blog yang kita bina sudah mula mendapat ‘perhatian’ oleh enjin carian seperti Google, maka bermula saat itu, boleh dikatakan apa sahaja artikel yang kita terbitkan di blog akan cepat diindeks oleh mereka. Malah, untuk keyword utama, blog kita akan cuba didahulukan.

Contohnya blog ini, dalam beberapa minit setelah artikel di-publish, artikel itu akan diindeks oleh enjin carian. Dan jika ada orang mencari mengenai perniagaan internet, blog ini biasanya akan mendapat ‘ranking’ TOP 10.

Contoh lain: Kalau saya menulis mengenai pakar ebook, maka kalau orang menaip ‘pakar ebook’ di Google, blog ini atau artikel yang telah saya tulis akan berada di kedudukan Top 10. Mengapa ini terjadi dan mengapa blog ini boleh menewaskan blog atau website lain dengan mudah? Pasti ada sebabnya bukan? Teruskan membaca….

Cuba anda taip ‘pakar ebook’ di Google dan lihat hasilnya. Blog SmartUsaha.com berada di kedudukan yang terbaik. Dan paparannya seperti ini:

pakar ebook

Kalau anda lihat, kedudukan blog saya mengalahkan (berada lebih atas) laman web produk pakar ebook! :D Sekali lagi, mengapa ini boleh terjadi? Sudah pasti ada jawapannya.

Sedikit perkongsian…

Kalau anda perhatikan, saya gunakan tag. Pada mana-mana platform blog seperti WordPress dan blogspot, ada satu bahagian untuk kita masukkan kata kunci (keywords) yang berkaitan pada artikel yang ditulis. Dan kedudukan blog saya itu adalah dengan ‘bantuan’ tag.

belajar seo

Kedua, saya gunakan plugin Platinum SEO Pack. Ini hanya untuk pengguna WordPress pasang sendiri sahaja.

plugin platinum SEO Pack

Ketiga, cuba perhatikan entri itu, saya mengulangi beberapa kali keyword ‘pakar ebook’. Keempat, Title. Anda perlu setting Title dengan berkesan untuk entri. Anda boleh gunakan plugin SEO untuk melakukannya jika perlu.

Kelima, permalink untuk artikel/entri blog. Pastikan dalam URL artikel ada keyword utama. Kalau anda lihat paparan di bawah, tajuk entri adalah “Mengapa SEO?“, tetapi pada permalink lain pula ‘ayatnya’ iaitu ada keyword ‘panduan SEO’. Dengan WordPress, kita boleh tentukan perkataan yang perlu ada dalam URL entri (permalink).

Bagi contoh ini, kalau orang cari ‘panduan SEO’ di Google.com, kemungkinan blog saya akan mendapat kedudukan terbaik di SERP.

permalink wordpress

Apa yang dikatakan di atas adalah perkara asas dalam SEO. Dan itu semua adalah ON-PAGE SEO sahaja, belum lagi mengenai OFF-PAGE SEO seperti link building.

Satu lagi perkara penting dalam penggunaan kata kunci (keywords) adalah, jangan hanya bergantung kepada keyword yang pendek (short tail) seperti ‘perniagaan internet‘. Gunakan juga long tail keyword seperti ‘buat duit dengan perniagaan internet dari rumah‘. Dengan long tail keyword, peratusan untuk mendapat kedudukan tertinggi di enjin carian adalah lebih besar.

Untuk menentukan short tail atau long tail, anda tidak boleh sesuka hati membuat andaian. Anda perlu menggunakan keyword tool seperti Google Keyword Tool. Caranya, taip keyword umum dan akan keluarkan long tail keywords.

Oh ya, satu lagi tip adalah (bagi pengguna WordPress), anda boleh masukkan senarai laman web Ping di bahagian Settings > Writing. Atau boleh gunakan plugin yang berkaitan (saya tidak guna sebarang plugin).

SEO Ping WordPress

Dengan melakukan setting Ping, setiap kali kita menerbitkan (publish) entri terbaru di blog, maka proses Ping akan ‘memberitahu’ kepada laman web ‘terbaik’ dan link blog kita akan disenaraikan di sana. Enjin carian akan ‘crawl’ laman web itu termasuklah link blog kita sekali. Dan itulah salah satu sebab entri terbaru cepat diindeks oleh mereka. Jadi… Tiada rahsia sangat pun sebenarnya untuk diindeks dengan cepat. :D

Kalau mahu, anda boleh cuba ping blog anda (jika belum; kalau telah buat tidak perlu buat lagi) di sini:

http://blogsearch.google.com/ping

Apa pun, segala results (hasil) adalah bergantung kepada banyak faktor lain. Antaranya adalah sejauh mana anda kerap mengemaskini blog, backlink dan juga jangka hayat blog anda. Blog saya ini sudah berusia lebih daripada 4 tahun! Sudah pasti mempunyai perkiraan tersendiri di sisi Google dan ada kekuatan tersendiri.

Dan satu pesanan saya, jangan ‘bazirkan’ banyak masa sangat dengan SEO kerana permainan tiga gergasi besar iaitu Google, Yahoo dan Bing tidak kita ketahui sepenuhnya. Lagi-lagi Google yang memang sering merubah ‘permainan’ (algortima) mereka. Jadi bagaimana?

Mudah sahaja. Amalkan teknik-teknik asas, jangan buat kaedah SPAM dan blackhat. Ikuti tip-tip dan juga syarat-syarat mereka. Kalau ikut beberapa perkara tersebut, blog anda akan ‘selamat’ dan akan tetap ‘dicintai’ oleh Google.

Tip terakhir untuk entri ini (bukan selalu saya nak tulis pasal SEO ni, lagipun saya bukan pakar, hehe…). Teknik paling mudah untuk dapat ranking terbaik di Google atau enjin carian lain adalah, gunakan keyword pada nama domain.

Contohnya kalau anda menjual pakaian terpakai, bolehlah beli/guna nama domain seperti www.pakaianterpakai.com. Saya belum tahulah kalau ada orang sudah beli domain ini. Kalau belum, cepat-cepat anda beli kalau berminat. Hehe..

Di mana, kalau orang taip ‘pakaian terpakai’ di Google.com katakan, biasanya, laman web yang keyword rich domain seperti contoh itu akan mendapat kedudukan yang terbaik di SERP! Setakat ini, kebanyakan percubaan saya dengan teknik ini TIDAK PERNAH GAGAL!

Pendek kata, buat cara yang mudah-mudah sahaja. Tidak perlu terlalu mengejar teknik rahsia itu dan ini. Asas pun kadang-kadang sudah memadai. Kalau tahu yang ‘advance’, itu satu kelebihan!

PANDUAN ASAS SEO

Satu lagi produk telah dilancarkan iaitu Panduan Asas SEO. Ia adalah salah satu produk yang dihasilkan oleh TeamPenang yang terdiri daripada Zamri Nanyan, Razif Yusof, Mohd Rozmie (JimieRay) dan Rosli Shafiee.

Saya telah meluangkan sedikit masa untuk menelaah produk ini dan boleh dikatakan amat sesuai bagi mereka yang masih keliru dan kurang faham mengenai SEO. Atau mereka yang baru mahu belajar mengenai topik ini.

Panduan ini terdiri daripada satu ebook utama setebal lebih kurang 50 muka surat dan juga lima buah video penerangan yang jelas dan mudah difahami.

Saya tidak akan terangkan apakah kandungannya. Cuma dalam video pertama, anda akan didedahkan ada tiga jenis keyword. Mengetahui tiga jenis ini akan memastikan matlamat anda dalam SEO akan tercapai.

Contohnya, anda mahu SEO-kan ‘review page’ untuk satu produk affiliate. Dengan menggunakan keyword yang betul, maka peratusan untuk mendapat ‘targeted traffic’ adalah tinggi. Kalau tersilap menggunakan keyword, trafik tetap banyak, tapi kurang yang membeli.

Jika anda mahu menghapuskan kebuntuan anda mengenai SEO, dapatkan produk ini secepat mungkin. Luangkan sedikit masa untuk belajar daripada panduan ini. Kandungannya amat padat dan mudah difahami. Saya yakin dalam masa beberapa jam anda sudah boleh faham asasnya.

Klik di sini untuk mendapatkannya. Lagi lambat mendapatkan panduan yang telah disusun rapi ini, lagi lambat anda tahu cara mengoptimasikan blog atau laman web perniagaan anda.

Salam sukses!

-

©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.

.

Rahsia Promosi Affiliate. Terbukti Berkesan!

Your Ad Here

Tip promosi yang biasa kita dengar sejak dahulu: Promosikan SATU produk affiliate sahaja dalam satu masa agar kita tidak hilang fokus. Begitulah sesiapa sahaja akan memperkatakannya.

NAMUN… Ia mungkin tidak lagi satu kaedah yang tepat, walaupun mungkin amat sesuai untuk para pemula. Namun bagi affiliate marketer (affiliater) yang tegar, mempromosikan satu produk untuk satu masa amat-amat merugikan. Bayangkan dalam masa sebulan, hanya satu produk sahaja yang dipromosikan. Amat tidak berbaloi dan penuh risiko terutama affiliater full time.

Jadi apakah penyelesaiannya?

Ya, mempromosikan banyak buah produk affiliate dalam satu masa. Bunyi seperti agak mustahil, tetapi pernahkah kita terfikir, agak-agak affiliater Mat Salleh di luar sana boleh kaya tak kalau hanya promosikan satu produk dalam satu masa? Ya, saya yakin tidak. Anda pun setuju jawapan saya ini.

Maka kita mula membuat telahan, pasti ada ‘secret weapon’ yang mereka cuba sembunyikan. Selagi dapat dirahsiakan, ia lagi baik bagi mereka. Namun seribu kali sayang, salah satu senjata rahsia promosi affiliate telah pun dibocorkan oleh seorang Internet Marketer kita, saudara Rahman Basri.

Beliau telah terbongkar cara mempromosikan banyak produk dalam satu masa. Ia tidaklah sesukar mana, cuma sahaja memerlukan teknik dan strategi tersendiri. Atas dasar itu, beliau telah menghasilkan satu ebook bertajuk Teknik Split Affiliate.

Pada mulanya secara ikhlas, saya menganggap ia hanyalah tidak berbeza dengan ebook affiliate yang lain. Benda sama, tapi penerangan berbeza. Namun telahan saya berbeza, dalam tidak sedar saya menghabiskan bacaan ebook ini sehingga ke muka surat terakhir kerana terlampau tertarik. Tanpa berganjak sedikit pun dari depan laptop…

Satu perkara yang membuat saya suka membaca ebook tulisan saudara Rahman ini adalah kerana bentuk tulisannya yang spesifik dan ‘straight to the point’. ‘No corner corner’ punya. Masakan tidak begitu sebab beliau adalah seorang guru yang terlatih (lepasan UPSI).

Anda mungkin ragu dan skeptikal bukan? Tidak mengapa. Cuma ingin saya nyatakan, jumlah jualan ebook ini sudah hampir kepada 400 jualan! Ya, 400 jualan. Bermaksud 400 pembeli. Dan yang membuatkan saya terpaku seketika, jualan ebook ini tidaklah ditawarkan dengan bonus bombastik seperti yang selalu kita lihat.

Jadi, apakah maksud ini semua? Sudah pasti akibat buah mulut orang ramai (pembeli) kerana berpuas hati dengan kandungan ebook ini, lantas mereka mempromosikannya.

Siapakah Rahman Basri? Siapa beliau untuk layak berkongsi teknik dan kemahiran melalui ebook dan mengajar orang lain? Siapakah dia dan apa pencapaiannya? Sudah berapa lama beliau dalam bidang Internet Marketing ini?

Jawapan saya, beliau adalah seorang guru, maka beliau layak untuk mengajar. Hehe.. Ini salah satu, tapi ada sebab lain kenapa kita perlu belajar daripada beliau… Cuba lihat screenshot ini:

Klik imej untuk paparan lebih besar.

Secara ringkas, untuk berjaya dalam teknik yang beliau kongsikan dalam ebook ini, anda perlulah:

  1. Ada autoresponder (email marketing)
  2. Aktif di forum seperti WangCyber.com
  3. Aktif di Facebook.
  4. Kalau ada blog pun bagus juga.

Jika anda penuhi ‘syarat-syarat’ di atas (tidak perlu semua), maka ebook Teknik Split Affiliate ini pasti akan berguna. Namun bagaimana jika tiada? Boleh juga dapatkan ebook ini kerana yang penting adalah anda faham konsep asas Teknik Split yang diketengahkan dan boleh praktikkan mengikut cara yang dirasakan sesuai.

BONUS? Saya rasa saya tidak perlu berikan bonus agar anda tidak hilang fokus. Dengan hanya RM20, anda akan dapat pelajari teknik yang bukan sekadar teori, tapi akan ditunjukkan contoh sebenar. Dan selain itu, anda akan mendapat satu ebook berbayar secara percuma. Hanya yang beli akan tahu ebook tersebut.

Saya yakin, anda pasti akan tepuk dahi setelah membaca ebook ini kerana tidak percaya teknik Split yang didedahkan ini satu teknik yang terlampau mudah konsepnya. Hakikatnya, banyak teknik yang dipandang remeh, tetapi digunakan secara diam-diam oleh kebanyakan Top Affiliate.

Miliki ebook ini kerana ia akan dinaikkan harga dalam masa terdekat.

-

©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.

.

Bagaimana Menggunakan Autoresponder Trafficwave Secara Percuma.

Your Ad Here

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Tahukah anda autoresponder adalah senjata terpenting dalam pemasaran email. Ramai antara mereka memberikan alasan mahal apabila di sarankan agar memiliki autoresponder berbayar. Tetapi tahukah anda bagaimana untuk memiliki autoresponder berbayar secara percuma.

Teknk Trafficwave

Jika anda tengok pada gambarajah di atas, potensi untuk  mendapat komisyen adalah USD18.50 jika saya berjaya sponsor pengguna berbayar seorang sahaja di bawah saya. Bayaran untuk Trafficwave adalah USD17.95 sebulan, jika saya berjaya sponsor seorang pengguna aktif, maka saya dapat menggunakan trafficwave secara percuma malah ada sedikit komisyen pulak.

Mungkin ada orang berpendapat bahawa trafficwave ini adalah merupakan skim piramid. Sebenarnya trafficwave membayar affiliate mereka sebanyak 10 level dan satu-satunya syarikat autoresponder yang membayar sedemikian.

JIka anda mempunyai perniagaan internet dan belum mempunyai autoresponder, sila cuba trafficwave selama sebulan secara percuma dan lihat bagaimana trafficwave boleh menolong meningkatkan perniagaan anda ke peringkat lebih tinggi.

Jika anda ingin mengeathu lebih lanjut mengenai trafficwave, sila klik pautan di bawah:

www.teknikautoresponder.com

ikhlas,

SocialTwist Tell-a-Friend

Rahsia Kejayaan: Minda POSITIF

Your Ad Here

Kita sering mendengar, kalau mahu berjaya, kita perlulah sentiasa berfikiran positif. Kalau diperincikan lagi, maka dapat kita katakan berfikiran positif itu adalah bersangka baik, jiwa yang bersih dan hati yang jauh daripada pra sangka buruk.

Namun, bagaimana untuk kita ketahui kita ini berfikiran positif atau sebaliknya? Mudah sahaja. Hanya dengan bertanya soalan dan menjawabnya dengan jujur, maka kita akan ketahui jawapannya.

Di entri ini, mari kita cuba satu soalan ini. Oh ya, jangan risau. Apa jua jawapan, hanya anda yang tahu. Simpan ia elok-elok. Diri anda, rahsia anda, hanya anda dan ALLAH sahaja yang lebih tahu.

Baik, sekarang cuba jawab soalan ini. Jawapan yang anda pilih adalah berdasarkan kepada realiti diri anda sendiri, yang akan menentukan anda berada di dalam golongan mana dan ke manakah ‘arah’ anda.

Soalannya adalah:

Apabila anda melihat kejayaan seseorang dalam perniagaan yang beliau lakukan, apakah sudut pandangan atau persepsi yang pertama sekali datang menerjah di fikiran anda?

A: Anda suka dan tumpang gembira dengan kejayaan mereka itu. Dan mahu bersahabat dan belajar daripada mereka. Tiada langsung iri hati dan apa sahaja bentuk kata-kata hati yang negatif.

B: Pra sangka buruk seperti menganggap mereka menggunakan kaedah penipuan ataupun apa jua yang buruk-buruk. Perasaan dengki dan benci pula amat meluat-luat menguasai diri. Anda lebih suka melihat mereka gagal dan susah.

Hanya ada dua pilihan jawapan. Yang mana satukah diri anda? A atau B?

Jika A, alhamdulillah. Anda berada di dalam golongan orang-orang yang BERJAYA dan memiliki minda, hati dan jiwa yang baik keadaannya.

Jika B, maka anda perlu lakukan sesuatu sebelum menyesal di kemudian hari. Golongan B ini amat sukar untuk berjaya dan kalau berjaya pun, ramai musuhnya di mana musuh itu dicipta sendiri olehnya. Malah, mereka juga amat takutkan bayang-bayang sendiri.

Golongan B terlalu pesimis dan terlalu mudah bersangka buruk terhadap orang lain. Apa sahaja yang dilihatnya, didengarnya atau diketahuinya, persepsi pertama sekali yang datang menerjah di benak fikirannya adalah yang buruk-buruk sahaja.

Dan golongan B juga amat suka dan gembira apabila individu yang dibencinya itu diperkatakan dengan sesuatu yang buruk oleh orang lain. Termasuk golongan B adalah mereka yang suka memberikan komen negatif, tuduhan melulu dan berbaur provokasi di blog orang lain.

Pendek kata, kalau yang buruk-buruk dan negatif amat mudah menerjah di fikiran kita setiap kali kita melihat sesuatu, itu bermaksud jiwa dan minda kita belum lagi sihat dan positif sepenuhnya.

Rawatan Jiwa…..

Golongan B perlukan rawatan yang segera. Bukan sekadar rawatan psikologi (fikiran), malah rawatan rohaninya sekali. Golongan ini amat jauh daripada kecintaan ALLAH kerana mereka membenci golongan orang yang berjaya dan baik-baik pekertinya.

Jika kita memiliki minda yang buruk, lusuh dan berkarat, maka teramat sukar untuk kita mencapai sesuatu yang hebat dan besar. Sebaliknya jika minda dan hati kita amat positif terhadap perkara yang baik-baik, seperti terhadap material, pencapaian kejayaan dan orang-orang berjaya, insyaAllah kita juga amat mudah menjadi insan yang berjaya.

Milikilah jiwa, hati dan minda yang POSITIF. InsyaAllah hidup kita akan tenang dan perjalanan untuk meraih kejayaan adalah lebih mudah dan cepat.

Penawar…?

Mungkin ada yang bertanya, apakah penawar untuk sakit sebegini? Tiada cara lain melainkan kita betul-betul mahu berubah ke arah yang lebih baik dan perlulah berusaha bermati-matian untuk membuang sikap negatif ini.

Latihan perlulah dilakukan selalu seperti menggantikan ucapan buruk dan negatif dengan zikir, memperbanyakkan bacaan buku yang positif dan sentiasa berada di sekeliling orang yang positif. Contoh orang yang positif adalah para ulama, ahli ilmu Agama dan juga orang-orang yang berjaya.

Jika selama ini kita suka menyindir, melakukan provokasi, mengumpat, berdendam, membenci, memfitnah, menjadi batu api atau jua ‘watak-watak’ yang jahat, tinggalkanlah itu semua. Itu semua adalah pakaian syaitan yang mahu kita menurut serta mereka menjadi makhluk Allah yang terlaknat.

Selain itu, sentiasalah berada di tempat yang sesuai untuk orang-orang yang baik jiwa dan mindanya. Orang yang berjaya (termasuk yang mahu berjaya), perlulah berada di tempat yang betul. Contohnya, orang-orang yang berjaya tidak suka membuang masa di kedai-kedai kopi, tidak melepak berborak kosong, mengumpat dan menyertai apa jua program yang melalaikan.

Sebaliknya mereka sentiasa berada bersama orang-orang yang baik, positif, orang yang soleh dan baik budi pekerti dan sentiasa menyertai majlis-majlis ilmu untuk bermanfaat untuk hidup mereka di dunia dan juga di akhirat kelak.

Dan jika mahu, anda boleh lakukan cara ini:

  • Senaraikan ayat-ayat yang positif seperti matlamat yang anda mahu capai atau apa jua ayat yang positif. Mungkin kata-kata hikmah, ayat-ayat Al-Qur’an, hadis, kata-kata atau pesanan ulama dan apa jua yang baik-baik. Senaraikan sebanyak mungkin yang anda mahu.
  • Setiap hari, baca senarai itu sekurang-kurangnya sekali terutama pada permulaan hari. Dan apabila diri anda hilang kawalan atau berada dalam keadaan negatif, buka senarai itu dan baca sehingga anda merasakan keadaan negatif itu telah beransur hilang.

Selamat mencuba cara ini.

Apa pun, tiada manusia yang sempurna. Jika kita sedang berada di daerah yang gelap, berusahalah untuk ke ruang yang lebih terang dan bersih. Peluang untuk berubah sentiasa ada dan terbuka luas. Lakukanlah pilihan yang tepat.

ps. Sebaik-baik tempat adalah rumah ALLAH (masjid) dan majlis ilmu.

-

©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.

.

Mengapa Mereka Berjaya?

Your Ad Here

Mungkin kita pernah bertanya pada diri sendiri, “Mengapa mereka mudah sahaja berjaya tetapi orang lain begitu sukar untuk berjaya?”

Untuk menjawab soalan mudah itu, maka mari kita bertanya beberapa soalan berikut untuk mengetahui jawapannya:

1. Adakah kita telah mempunyai ilmu yang BETUL dan BERKESAN?

Semua orang banyak tahu. Tetapi adakah yang diketahui itu boleh digunapakai? Untuk meraih sesuatu, perlulah ada ilmu yang boleh memberikan hasil.

2. Adakah kita telah mempraktikkan ilmu itu dengan bersungguh-sungguh?

Banyak ilmu yang hebat, tetapi tidak mempraktikkannya, maka sia-sialah sahaja. Ilmu perlu digunakan semaksimum mungkin dengan bersungguh-sungguh.

3. Bagaimana dengan tahap KERAJINAN kita?

Orang yang malas, amat sukar untuk berjaya. Malah akan mengambil masa yang amat lama untuk berjaya.

4. Apakah bentuk PERSEPSI kita terhadap KEJAYAAN? Adakah kita negatif terhadap wang, orang-orang berjaya dan kekayaan?

Kalau kita mempunyai pandangan yang negatif terhadap wang, kekayaan atau kejayaan, maka sudah pasti amat sukar untuk kita meraih sesuatu impian atau matlamat. Kita perlu positif terhadap itu semua. Dan yang paling penting, jangan dengkikan orang-orang yang berjaya. Berkawan dan jadikan mereka sebagai sumber rujukan. Mereka ada ‘rahsia’ untuk berjaya. Belajarlah dengan mereka.

Mengapa perlu positif dengan kejayaan, termasuklah terhadap wang? Kerana itulah yang kita mahu miliki. Adalah pelik kita mahu itu semua tetapi kita meletaknya pada sisi pandangan yang amat negatif dan buruk. Setelah positif terhadap itu semua, barulah mudah perjalanan usaha kita.

5. Adakah kita seorang yang suka bersendiri, pasif dan pesimis?

Kalau kita suka menyalahkan orang lain, padahal mereka tidak ada lakukan apa-apa pun terhadap kita, maka itulah dinamakan PESIMIS. Sikap menyalahkan orang lain adalah sikap untuk memuaskan hati sendiri, padahal diri sendiri telah tahu yang salah adalah diri sendiri, cuma malu untuk mengakuinya. Orang-orang yang sering mengelak untuk mengakui kesilapan diri sendiri adalah insan yang amat sukar untuk berjaya.

6. Adakah kita konsisten dan fokus dengan usaha yang dilakukan?

Cuba lihat orang-orang yang berjaya. Mereka amat fokus dalam perniagaan yang mereka usahakan. Mereka punyai satu bidang utama walaupun mungkin mereka ada ceburi bidang-bidang yang lain. Orang yang amat mudah mengikut arah tiupan angin biasanya amat sukar untuk berjaya. Teguhlah dalam impian dan matlamat.

7. Adakah kita tidak berkira di dalam soal mengeluarkan modal?

Dalam tahap tertentu, kita perlu keluarkan modal untuk memajukan lagi perniagaan yang dilakukan. Jika tidak, kita akan terus berada di takuk yang lama.

8. Adakah kita cepat berputus-asa?

Orang yang selalu mudah berputus-asa adalah umpama sebuah kereta yang sering mati enjinnya dalam perjalanan. Lambat sampai ke destinasi. Jadi, kalau ‘gagal’ dalam sesuatu usaha, teruskan lagi dengan tidak mengulangi kaedah yang menyebabkan kegagalan itu tadi. Cuba dengan kaedah dan strategi lain.

9. Bagaimana dengan amalan ibadat kita, atau secara mudahnya, hubungan kita dengan ALLAH?

Tidak dinafikan, ramai orang yang munafik atau ahli maksiat kaya raya dan berjaya material. Mereka tidak begitu bagus dari sudut amal ibadah seperti solat dan sebagainya. Tetapi jangan kita melihat mereka untuk menilai erti sebuah kejayaan. Ramai lagi usahawan berjaya yang beriman dan baik perilaku mereka untuk kita contohi.

Mereka tidak tinggalkan solat dan solat itu dilakukan sebaik mungkin dari sudut bacaan dan juga geraknya. Dilakukan dengan penuh tertib dari takbir sehingga salam. Itulah orang-orang yang berjaya. Itu baru solat, belum lagi hal-hal yang lain.

Kejayaan juga sebenarnya bersangkut paut dengan dosa-dosa yang kita lakukan. Kalau banyak dosa, sudah pasti hati kita akan semakin jauh daripada ALLAH. Jagalah hati kita sebaik-baiknya. Jangan dengki, riak, taksub, mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan peribadi orang lain.

Itulah beberapa persoalan yang boleh kita tanyakan kepada diri kita sendiri, andaikata kita merasakan terlalu jauh ditinggalkan oleh orang lain, terutama di dalam bidang perniagaan.

Hanya kita yang mengenali diri kita. Ambillah masa untuk menilai diri sendiri (muhasabah).

-

©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.

.

Your Ad Here

University Internet Malaysia (Forum WangCyber)

Your Ad Here

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? di harapkan agar anda berada dalam keadaaan sihat walafiat di samping keluarga tersayang.

Untuk pengetahuan anda semua, saya berjinak-jinak dalam bidang perniagaan internet ini sejak tahun 2007. Ketika itu tidak banyak panduan-panduan perniagaan internet seperti hari ini. Cuma saya di dedahkan dengan perniagaan internet melalui buku dari team saifulsham. Dari buku team saifulsham, saya mengenali satu ruangan forum iaitu Forum WangCyber.

Dari situ saya banyak belajar dan memperolehi banyak informasi seperti panduan nama domain, hosting dan sebagainya. Di situ juga tempat berkumpulnya otai-otai dalam perniagaan internet yang bersedia memberi tunjuk ajar. Di situ juga tempat untuk menawarkan khidmat atau mencari kerja. Kerja di sini bermaksud jika anda merupakan seorang designer, di forum wang cyber adalah tempat untuk anda mencari pendapatan tambahan.

Ini bermakna, forum wangcyber merupakan one stop centre untuk penggiat, usahawan dan freelancer internet. Ada yang menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan hanya mengiklankan khidmat mereka di sana. Tetapi forum ini bukan tempat untuk seorang SPAMMER, jika anda seorang SPAMMER, anda hanya membuang masa sahaja jika cuba untuk menipu forumer di sana. Ini adalah di sebabkan forum wangcyber juga menjadi tempat rujukan mengenai skim-skim cepat kaya internet. Jika ada skim-skim cepat kaya terbaru, pasti akan di perbincangkan di sana.MAka, moderator atau usahawan yang berpengalaman akan memberikan ulasan mengenai skim tersebut.

Kesimpulannya, Forum Wangcyber merupakan Universiti Internet Di Malaysia. Di sini anda boleh belajar dari asas kerana forum ini telah wujud semenjak dari tahun 2005 lagi. Di sini anda akan belajar banyak jenis atau model perniagaan yang terdapat di internet. Nasihat saya, jika anda baru bermula dan ingin mempelajari selok belok perniagaan internet, sila mendaftar dengan Forum ini. Pendaftaran adalah percuma tidak perlu bayar.

Untuk mendaftar sila klik pautan di bawah:

Forum WangCyber

 

Ikhlas,

 

PS: Di sana anda akan berjumpa dengan username hexagold. Itulah saya:)

 

SocialTwist Tell-a-Friend

Adakah benar saya akan bersara…?

Your Ad Here

Salam sejahtera semua…

Baru-baru ini, saya ada menulis mengenai ‘persaraan’ saya dalam bidang Internet Marketing. Walaupun ruangan komen ditutup, namun ada beberapa individu membuat perbincangan di tempat lain. Perbincangan positif di mana mereka ‘kecewa’ kerana saya sudah mahu berundur

Adakah benar? Atau ia hanya gimik?

Buat masa ini, saya belum dapat memberikan kata putus yang tepat, atau cerita yang sebenar. Segala-galanya akan terbongkar atau diketahui pada bulan puasa nanti. Itu pun paling cepat.

Soalnya, mengapa saya mahu berundur?

Merajuk? Tidak sama sekali.

Berputus-asa? Lagilah tidak.

Jadi, adakah saya akan meninggalkan bidang ini selama-lamanya? Tidak semestinya.

Seperti yang kita maklum, Internet Marketing hanyalah ALAT. Begitu ramai orang tersilap langkah dan tersalah faham. Mereka dimomokkan agar menjadi pakar dalam satu-satu teknik pemasaran. Ia sebenarnya tidak perlu. Lihat sahaja peniaga online yang lain (akak-akak, makcik-makcik), kadang-kadang mereka lebih hebat daripada mana-mana Internet Marketer yang tersohor.

Mereka berniaga. Mereka praktikkan apa jua yang mereka tahu. Jualan bulanan mereka bukan satu dua.. Mereka tidak perlu mendalami sesuatu sehingga pecah kepala. Satu yang mereka tahu, mereka terus guna dan buat. Sebaliknya kita dalam bidang Internet Marketing, satu saja tidak cukup, mesti dicari lagi, dikorek lagi, digali lagi. Akhirnya kecundang kerana ketagihan maklumat yang terlampau (information overload).

Saya bukanlah Internet Marketer. Saya bukan pakar SEO, bukan pakar email marketing, bukan pakar apa-apa. Saya adalah seorang usahawan yang melihat dunia perniagaan dengan skop yang lebih luas daripada itu.

Saya tidak mahu menjadi paling pakar, tetapi saya mahu menjadi seorang yang berjaya pada erti yang saya berikan untuk diri saya sendiri. Saya tidak mahu bersaing atau berlumba-lumba dengan sesiapa. Musuh ketat saya adalah diri saya sendiri. Pesaing yang paling saya takuti adalah diri saya sendiri.

Apa kaitan huraian saya di atas dengan tajuk entri ini? Ia sebenarnya adalah sedikit klu untuk anda meneka apakah yang akan saya lakukan kelak. 20% jawapan ada di dalam huraian di atas.

Sama ada saya akan mengundurkan diri sepenuhnya atau bagaimana, sebenarnya anda tidak perlu risau. Bahkan kalau saya akan kembali ke bidang ini, itu juga pilihan saya. Bermaksud, saya berhak dan boleh lakukan apa sahaja yang ingin saya lakukan.

Terlalu ramai manusia yang mahu menjadi pembuat keputusan untuk hidup orang lain. Jika anda termasuk golongan ini, berhentilah. Ia satu kerja yang paling hina di dunia.

Saya tidak perlukan sebarang kritikan atau komentar daripada sesiapa. Jalan hidup saya adalah pilihan saya sendiri. Kalau saya jatuh, yang menentukan saya bangkit kembali atau tidak adalah diri saya sendiri. Bukan orang lain.

Begitu juga anda. Kalau anda mahu berjaya, anda sendiri yang akan membuat keputusan dan memberi erti tersendiri kepada diri anda sendiri. Bukan orang lain. Kalau anda kecundang, anda boleh bangkit kembali atau terus terduduk di situ. Segalanya terserah kepada diri anda sendiri.

“ANDA MAMPU MEMILIH YANG TERBAIK…. UNTUK DIRI ANDA SENDIRI.”

Terima kasih kerana membaca entri ini.

-

©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.

.

Mengapa Pelancaran Besar-Besaran GAGAL?

Your Ad Here

Kita sering mendengar, si “A” berjaya buat berpuluh-puluh ribu dalam masa 24 jam dan beberapa hari sahaja. Ia bukanlah satu rahsia atau perkara mustahil. Saya telah terangkan di sini ‘rahsia’ tersebut.

Ia tidak salah. Itu adalah rezeki dan usaha mereka. Cuma apa yang ingin saya nyatakan pada kali ini adalah mengapa tidak semua orang mendapat hasil sebegitu? Kalau kita perhati elok-elok, hanya segelintir sahaja yang meraihnya. Si A, B, C dan D. Dan kemudian mereka menyatakan sesiapa sahaja mampu meraihnya. Adakah ia benar?

Setakat ini, saya tidak pernah lagi melakukan pelancaran besar-besaran untuk mana-mana produk saya. Sebaliknya sahaja hanya lakukan pelancaran biasa-biasa sahaja. Saya mempunyai alasan dan target tersendiri.

Pro dan Kontra Pelancaran Besar-Besaran

KONTRA:

  1. Mengambil masa yang banyak untuk persediaan. Sekurang-kurangnya 2-3 bulan sebelum pelancaran.
  2. Dalam tempoh itu, anda perlu berpantang dengan tidak mempromosi (menjual) secara agresif kepada List anda.
  3. Bahagian sokongan pelanggan perlu sentiasa bersiap-sedia sepanjang tempoh pelancaran.
  4. Pakej hosting biasa tidak sesuai. Perlu gunakan pakej hosting yang lebih besar size bandwidth. Kalau ada modal, gunakan terus ‘dedicated server’.
  5. Sebahagian pembeli bertindak (membeli) bukan kerana minat atau mahu, tetapi kerana ‘terpaksa’ akibat tawaran terhad. Ini ada pro dan kontranya. Kekurangannya adalah kita mendapat pembeli yang tidak berkualiti.
  6. Pembeli-pembeli sebegitu akhirnya akan menyusahkan kita kerana kelak mereka akan mengatakan produk kita tidak berkualiti. Ini kerana mereka membeli kerana ‘terpaksa’, bukan kerana menilai dengan berfikir dahulu.
  7. Selain perkara ke-4 di atas, pembeli juga lebih mahukan bonus yang ditawarkan oleh rakan JV berbanding produk utama. Saya telah lalui di mana pelanggan mahukan bonus tawaran saya, dan bukan kerana produk utama yang dipromosikan. Jadi penjual produk utama itu akan mendapat pembeli yang kurang berkualiti.

PRO:

  1. Mendapat hasil yang besar dengan cepat. RM10,000 dalam masa 12-24 jam adalah perkara biasa.
  2. Kita hanya perlu menguruskan rakan JV sahaja dari segi bahan-bahan promosi dan memberi informasi semasa perkembangan pelancaran produk. Mereka yang akan ‘bekerja’ untuk kita.
  3. Akan mendapat liputan yang meluas di segenap sudut Internet seperti di blog, emel dan forum.
  4. Produk berkualiti atau tidak, orang akan tetap beli kerana tawaran terhad dan juga bonus menggiurkan oleh rakan-rakan JV. Berbeza dengan pelancaran biasa, mereka ada masa untuk menilai berdasarkan pendapat pembeli lain dahulu.

Tetapi, Mengapa Ramai Yang GAGAL?

GAGAL adalah perkataan negatif. Walaupun ia tidak enak didengar, namun dalam satu-satu masa, kita perlu menelan pahitnya. Mengapa ramai yang gagal melakukan pelancaran besar-besaran?

Pernahkah anda terfikir, mengapa setiap kali anda menjemput mana-mana Internet Marketer untuk ber-JV dengan anda, mereka langsung tidak membalas emel anda? Mengapa? Adakah kerana mereka sombong? TIDAK. Itu bukan sebabnya. Adakah mereka tidak cukup masa? Itu salah satu, tapi bukan sebab utama.

Jadi, apakah sebab utamanya?

Tahukah anda, rahsia utama dan terakhir Joint Venture dalam pelancaran sesuatu produk terutama produk digital adalah email marketing? Apakah perasaan anda menerima emel promosi produk yang terlalu kerap berkali-kali pada setiap hari atau jarak yang dekat? Sudah pasti ia amat memualkan membosankan bukan?

Jadi, Internet Marketer itu sudah pasti tidak akan menerima banyak jemputan JV dalam satu-satu tempoh masa kerana kekangan tersebut. Mereka tidak akan mempromosikan pelbagai produk untuk subscribers mereka dalam satu jarak masa yang sama. Paling lebih pun, hanya dua produk.

Mudah ceritanya di sini, dalam ramai-ramai Internet Marketer (pemilik produk), siapa cepat, dia dapat. Siapa yang dahulu mendapat persetujuan Internet Marketer itu, maka yang lain sudah pasti jemputan akan ‘ditolak’.

Selain itu, mereka para IM hanya mempunyai senarai emel (List) untuk kategori (niche) tertentu sahaja. Jadi kalau anda mahu melancarkan ebook mengenai masakan, agaknya sesuai atau tidak untuk List bagi kategori “buat duit?” Ia memang boleh, tetapi amat kurang sesuai.

90% Internet Marketer di Malaysia lebih berfokus kepada membina senarai emel (List) bagi kategori (niche) Internet Marketing dan juga buat duit.

Itulah sebenarnya di antara punca utama mengapa ramai Internet Marketer baru (bahkan yang otai pun) GAGAL melakukan pelancaran besar-besaran. Formula pelancaran ‘big launch’ hanya sesuai dalam satu-satu masa sahaja dan boleh saya katakan sebagai “NASIB“.

Cuba perhatikan, dalam setahun dua ini, produk Internet Marketer manakah sahaja yang sering dipromosikan? Bukan 10 orang, tetapi hanya segelintir. 1, 2, 3 dan 4 orang mungkin. Soalnya, mengapa hanya mereka? Saya telah siapkan satu artikel untuk menjawab soalan ini. Saya akan terbitkan nanti.

Penyelesaian? Lakukan sahaja pelancaran yang ‘biasa-biasa’. Contohnya pelancaran ebook Panduan Asas Paypal saya pada 25 Jun 2010 yang lepas, sehingga kini telah mendapat pembeli lebih daripada 100 orang. Tanpa pelancaran besar, tanpa bantuan ‘big IM’ dan tanpa promosi yang desperate ‘gila-gila’.

Dan sehingga ke hari ini, boleh dikatakan saya mendapat jualan pada setiap hari untuk produk tersebut. Ok lah tu kan? Saya bukanlah seorang yang terlalu ‘desperate’kan cepat kaya dan mahu duit yang besar dalam masa yang singkat. Prinsip saya adalah berniaga sampai mati dan kekayaan itu adalah satu proses. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Jadi cadangan saya kepada orang-orang baru dalam dunia Internet Marketing, usah terlalu mendambakan dan terlalu desprate mengharapkan bantuan daripada para Internet Marketer sedia ada. Siapalah anda pada pandangan mereka, melainkan anda mempunyai ciri-ciri atau usaha tertentu seperti yang saya tulis di sini.

Kalau anda sekadar mahu mereka promosikan, dan anda datang dengan ‘selamba dan sempoi’ tanpa perkenalan, hubungan, ‘pencapaian’ dan komunikasi yang baik, usah terlalu berharap, kerana anda PASTI KECEWA. PASTI.

Sebab itulah dari dulu bertahun-tahun saya sering mengulang: BINALAH LIST & BLOG SENDIRI. Tapi ramai yang tidak ambil pusing, malah bertangguh dan memberi pelbagai alasan (maafkan saya jika ada yang terasa). Selepas siap produk sendiri, barulah terkial-kial mahu melakukan promosi. Blog tiada, autoresponder pun tiada. Forum apatah lagi langsung tidak aktif.

Pengalaman Saya…

Saya berkata berdasarkan pengalaman saya pada tahun 2006 semasa melancarkan produk Pakej Kit Blogger. Pada masa itu, boleh dikatakan hanya beberapa orang Internet Marketer sahaja yang memiliki LIST. Nama-nama yang hebat sekarang belum lagi ‘wujud’. Lantas atas kesedaran itu, saya bina List sendiri beberapa bulan sebelum pelancaran Kit Blogger.

Hasilnya, saya berpuas-hati dengan usaha saya sendiri dan hasil yang diperolehi itu tanpa bantuan daripada sesiapa. Bukti? Saya hanya membuka program affiliate untuk Kit Blogger pada bulan Februari 2007.

Jadi saya mahu mana-mana Internet Marketer baru melakukan begitu juga. Usahlah terlalu berharap dengan bantuan orang lain. Sampai bila mahu begitu? Kita perlu berdikari dan kurangkan meminta-minta. Berusahalah di atas kaki sendiri (berdikari). Tiada jalan mudah untuk sampai ke puncak gunung. Kalau ada orang mahu membantu, sudah pasti ia satu peluang yang terbaik.

Wassalam.

-

©2010 Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet. All Rights Reserved.

.