Entries Tagged 'Technology' ↓

HR Steak House @Kampung Baru

Your Ad Here

Jom kali ini kita makan kat HR Steak House, No. 56, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Tempat ni memang famous bagi penggemar steak, chicken chop, lamp chop dan yang seumpama dengannya.

Kalau nak pi sini, lepas aja masjid, beberapa meter lepas tu jumpa le restoran ni sebelah kiri iaitu berhadapan dengan wisma hijrah.

Macam biasa air memang not bad dan murah @RM2.00 segelas. Besar pulak gelas tu.

Yang ni ialah chicken grilled @RM7.50, ada roti 2 keping dan juga jagung. Kuahnya sedikit masin dan ayamnya memang cukup tender, just nice for me. Jagungnya tak begitu fresh but that’s fine. Overall I think this meal boleh bagi rating of 8.4 out of 10.

Menu seterusnya ialah chicken chop @RM6.50. Ada fries, kentang putar dan juga coselaw. Ayam memang garing kat luar dan kat dalam memang lembut juga. Kentang memang sedap, sebab crunchy tapi I still suka yang grilled. Memang murahlah kan, keseluruhan 8.3.

Yang ni my daughter’s favourite, mushroom soup @RM3.50 dan garlic bread @RM2.50. Supnya memang sedap sebab pekat dan apa ya, sedap le. Tapi roti ni sedikit keras. Lebih suka kalau ianya garing rather than hard. Anyway untuk sup bolehlah bagi 8.3 dan roti 7.9.
So untuk menu kat atas tambah fries, just over RM30.00. Memang berbaloi dan perlu cuba. Secara keseluruhan dapat A- @8.3 for this restaurant dan environmentnya not bad dan kalau nak datang baik pi before 7 sebab takut susah nak parking. Service cepat juga even ramai orang datang.

Keputusan Cabutan Bertuah: Sharinginfoz’s Giveaway

Your Ad Here

Pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyertai cabutan bertuah “sharinginfoz’s giveaway” yang diadakan semalam dan berjaya menarik 21 penyertaan (22 comments from 21 bloggers since eelobor comments 2 kali).
Seperti yang dimaklumkan cabutan ini diadakan secara rawak menggunakan random.org. So saya ingin mengumumkan bahawa peserta bertuah adalah yang memberi komen yang ke 15. Siapakah orang tersebut?
Ianya adalah elissmie dengan komen “wah bagusnya kalo buku tu milik ku: )“. Tahniah kepada elissmie. Beliau telah dihubungi melalui e-mail dan blog.

Keputusan Penuh Terkini TM Liga Super (Latest Full Super League Results): 28 Julai 2010

Your Ad Here


KEPUTUSAN TERKINI (TAMAT PERLAWANAN)

  • T-Team 1 vs Selangor 2

  • Kelantan 4 vs KL Plus 1
  • Johor 0 vs Johor FC 5
  • Kedah 3 vs Pahang 0
  • Pulau Pinang 0 vs Negeri Sembilan 3
  • Perak 0 vs Kuala Lumpur 1

Hari ini, Rabu 28 Julai 2010 ada 6 perlawanan bola sepak TM Liga Super. Semua perlawanan akan dimulakan pada pukul 8.45 malam ini. Semalam satu perlawanan berkesudahan Terengganu 4 vs Perlis 2.

Setakat sebelum perlawanan ini, semua pasukan telah bermain 23 games dan ada 3 (atau 2 atau 1) lagi perlawanan sebelum juara liga dapat kita ketahui kecuali Terengganu dan Perlis telah bermain 24 perlawanan. Selangor telah mengumpul 57 mata dan diikuti oleh Kelantan dengan 52 mata. Oleh sebab itu penentuan juara liga super adalah di antara Selangor dan Kelantan walaupun di dalam kertas Selangor mempunyai kelebihan disebabkan mempunyai kelebihan 5 mata tetapi apa-apa pun boleh jadi di dalam bola sepak.

Maknanya untuk menjadi juara liga, Selangor perlu 5 mata from baki 3 perlawanan. Ini bermakna Selangor perlu menang 2 perlawanan atau 1 menang 2 seri,

Kedudukan terkini (di ambil from kosmo) liga super setakat sebelum permainan malam nanti.

Giveaway: 300 Hadis Bimbingan

Your Ad Here

Salam dan selamat sejahtera. Sempena kedatangan bulan Ramadhan, hari ini nak buat “giveaway” buat kali pertama setelah berblogging selama hampir 10 bulan. Hadiahnya adalah sebuah buku bertajuk “300 hadis bimbingan” oleh zahazan mohamed dan ahmad hasan mohd. nazam.

Senang aja, apa yang perlu anda buat ialah tinggalkan komen kat comment box dan seorang pemenang akan dipilih secara rawak. The last comment hendaklah dibuat sebelum 12 tengah malam ini dan pemenang bertuah akan dihubungi kelak melalui e-mail bagi tujuan penghantaran hadiah. By the way, hadiah hanya akan dihantar kepada yang mempunyai alamat di Malaysia. Kalau tak ada alamat kat Malaysia, pemenang lain akan dipilih.

Ingat ya, last comment sebelum hari ini, 28 Julai 2010, pukul 12.00 tengah malam.

Multiple Sources of Income

Your Ad Here

I always think that creating multiple sources of income is the best way for you to retire peacefully. It is important as you no need to worry much even do not have to work anymore.

multiple income

Multiple sources of income do not mean that you need to work for several jobs for multiple incomes. If you have more sources of income, then the more stable you are when facing global economy crisis. For example, when you loss your main job and most probably you will be jobless for few months. During this time, you still have passive income that can support your living expenses.

If the income that you earn needs you to put your mind, energy and time on it, then that’s not considered as a good passive income. In my opinion, if you plan to create few website or blog and want to make some money from there, then that’s the goal of online business and it’s a great thing. This is because you can create a product to sell, or maybe you can selling ads space, promotion of services, or some other method to monetize your site.

Besides that, you can try out investment which involves making money out of your accumulate capital. Some examples of multiple sources of income in investment opportunity will be stock investment, mutual fund investment, property handling, multi-level marketing, freelancing etc.

Whatever other source of income may be the key to success and it depends on your risk taking. So, do more research before you opt for a particular source of income.

Nak Jahit Badge Sekolah Pun Tak Boleh?

Your Ad Here

Hari tu pi le kedai jahit nak suruh jahit badge sekolah untuk baju Danish. Tapi semuanya tak nak ambil sebab dah nak dekat raya. Apa benda ni, bukannya lama sangat tak sampai pun 5 minit. Hmmm, nak buat macam mana dah mereka in demand sekarang ni. Bukannya mintak tolong dengan air liur aja.

Susah betul kan, apa lagi letak gam UHU pun OK juga.

Apa Boleh Dipelajari Dengan Penulisan Anak

Your Ad Here

Ni adalah essay yang ditulis oleh my daughter, afiqah yang berumur 6 tahun. Yang ni ditulis semalam tapi date nya untuk hari ini. Biasanya budak2 ni dia akan cakap benda dari hati mereka so boleh dikatakan secara jujur. So yang kita boleh pelajari ialah:

  • Afiqah suka makan egg sandwich

  • Dia nak beli botol susu untuk baby toy
  • Her mummy loves her and she loves her too
  • Abang Afiqah, Danish “naughty” dan sedih sebab Afiqah dapat 100% (entah bila pulak dapat 100% ni)
  • Bapanya (tuan punya blog ni le) suka main komputer (betul ke?)

Harga Setem, Pos dan Bungkusan Baru Bermula 1 Julai 2010

Your Ad Here

Berkuatkuasa 1 Julai 2010, kadar pos domestik dan caj pos daftar telah diubah / dinaikkan seperti di bawah.

Kalau tak silap bagi surat / mel biasa sehingga 20 gram, sebelum ini adalah 30 sen dan bermula Julai 2010, ianya dinaikkan kepada 60 sen. Bagi bungkusan sehingga 2 kilogram pula, sebelum ini adalah RM3.50 dan sekarang ni dah RM7.00.

Memang ianya akan memberi kesan kepada pengguna terutamanya yang menjalankan perniagaan online dan maybe kepada yang membuat “giveaway” dalam blog tu perlu mengambil kira kos ini. Sebagai contoh, bagi yang membuat peraduan, sebelum ini kos untuk penghantaran untuk 10 hadiah ialah RM35 then apabila berlaku kenaikan ini, ianya akan menjadi RM70 (10 X RM7).

Apa-apa pun, saya berpendapat ianya adalah wajar kerana kadar sebelum ini adalah sudah berzaman dan dengan kenaikan ini gaji posmen dapat dinaikkan kerana sebelum ini gaji mereka sangat rendah jika dibandingkan dengan sektor lain. So, produktiviti posmen juga perlu dinaikkan. Apa pandangan anda?

Sumber: Mohdzaid

Jom Hari Usahawan Sekolah Danish

Your Ad Here

Weekend lepas pergi ke sekolah Danish ada jualan sambil kumpul dana untuk sekolah so ada le hari usahawan. Rasanya bagus juga. Yalah sekolah perlukan dana yang secukupnya bagio menjalankan aktiviti sekolah kan.

Tengok tu memang ramai yang datang. Actually banyak gerai yang ada terutamanya gerai jual makanan dan minuman, ada burger, nasi lemak, bihun, jagung, durian dan macam-macam lagi. Di samping itu, ada gak rumah hantu, persembahan murid-murid.

Hmmmm tunjuk gambar nasi lemak aja le. Teringat masa dulu-dulu mintak duit ngan parents untuk beli kupon sempena hari usahawan kan.

Ilmu Keduitan Bagi Kanak-Kanak

Your Ad Here

Hari ni nak citer pasal meningkatkan pengetahuan kanak-kanak mengenai duit @ kewangan. Article ni saya dapat from majalah Jusco @ Pearl edisi May 2010. Memang penting kita terapkan nilai-nilai perancangan kewangan di awal usia. Nanti bila besar tak ada le masalah sangat kan. Berikut adalah saranan yang boleh digunapakai:

  1. Faham mengenai bajet
    Memang budak-budak ni perkataan bajet mesti rasa pelik kan. Manalah diaorang pernah dengar mengenainya. Yang senang, kita citer mengenai berapa yang dapat dan berapa yang dibelanjakan. Maybe boleh tanamkan sifat suka menabung then bila tabung dah penuh pi le ban untuk simpan duit.

  2. Simpan untuk kecemasan
    Bila budak2 dah besar, mesti nak toys, buku dan permainan lain kan. So kena suruh simpan kalau diaorang nak beli something. Contohnya nak beli remote car yang berharga RM30, so pandai-pandai le anak2 simpan ya. Maybe boleh gunakan elaun atau duit sekolah yang lebih.
  3. Kerja kuat untuk dapatkan duit
    Tak ada benda yang free dalam dunia ni kan. tapi jangan le pulak suruh anak anda kerja kat luar ke, panjat bangunan ke, itu bukan maksudnya. Suruhlah dia tolong mengemas rumah ke, bilik tidur ke, lepas tu bagi le imbuhan
  4. Jadilah pengguna yang bijak
    Yang ni suruh anak-anak bandingkan harga dan kualiti dulu sebelum beli something. Di samping itu ajar mengenai benda yang perlu dan benda yang tak perlu. Bagilah logik kalau tak kanak2 susah nak faham nanti

Mesti anda lagi banyak idea kan. apa lagi tambah jangan malu-malu.

Akhirnya Mengaku Kalah, Baru Cashout

Your Ad Here

Setelah bersama-sama Nuffnang selama lebih kurang 10 bulan, pagi tadi saya telah mengambil keputusan untuk cashout the earnings. So dalam akaun sekarang tak ada apa-apa, so nanti nuffnang bolehlah bagi buffered earnings ads ya. Apa-apa pun aiman tak kisah. Kalau nak tahu berapa jumlahnya nanti bila dapat cheque saya inform le ya.

So setelah tekan cashout button tu terima le e-mail from nuffnang.

Dear Nuffnanger,

You are receiving this message because you have just cashed out your Nuffnang earnings (RMXXX) for the first time.

Please note that a cheque will be sent with the following payee name: XXXXX.

Please note that the Payee Name on any cheques for individuals should be the full name according to their ICs or passports.

Should a cheque be issued to an incomplete name, the recipient will not be able to bank in that cheque due to this reason. Kindly contact our helpdesk at http://helpdesk.nuffnang.com.my if you would like to change the payee name.

Please also note that a transaction fee of RM 1 will be applied against every request.

The time it takes to process your request differs according to your Glitterati status. Please see http://www.nuffnang.com.my/exclusive-program for details.

If you have any questions, please contact us at our Helpdesk.

Jom Tengok Anak-Anak Belajar

Your Ad Here

Jom kita tengok Danish tengah belajar. Entahlah sebagai anak lelaki rasanya susah sikit in term of nak suruh dia belajar. Kena cakap banayk kali baru dia buat. Tapi kalau tengok tv atau komputer kejap aja.

Lain pulak dengan anak pompuan, Afiqah ni tak perlu nak suruh, dia tahu sendiri. Rasanya macam tu kot perbezaan anak lelaki dan pompuan. Apa pandangan anda?