Isu Babi Sepang Malaysia

Filed Under (Malaysia Politic, National Issue) by admin on 11-04-2008

Tagged Under : , , , , , , , , , , , , , ,

Isu Babi Sepang Malaysia

Beberapa hari ini beberapa media kepunyaan kerajaan memainkan isu kelulusan Ladang Moden Babi di Kuala Langat, kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak sensitif kepada kepentingan umat Islam. Hari ini, Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa keputusan Ladang Moden Babi tersebut dibuat di dalam Mesyuarat Exco pada 30 Januari 2008 - di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Dengan adanya projek tersebut, semua penternak-penternak babi di Selangor akan dipindahkan ke satu tempat, selaras dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kerajaan Negeri mengumumkan tiada ladang babi baru akan diluluskan. Ladang baru tersebut akan menggunakan teknologi Jerman yang akan memastikan semua sisa digunakan semula di dalam kawasan ladang tersebut.

Isu ladang Khinzir jika dibanding lebih kurang macam Insinerator di Broga, Semenyih. Apa jadi kepada projek tersebut ? Ikut kajian di Jepun Insinerator memang bagus dan terbukti tetapi kenapa penduduk Broga bantah ? Ini kerana imej, hari-hari lori sampah lalu, harga tanah dan rumah jatuh, mana ada orang nak dok kat tempat sampah ? orang masih belum faham sepenuhnya tentang insinerator. Berbalik kepada Ladang Khinzir, secara ikhlas saya katakan Kerajaan Selangor jangan bertindak seperti YB Dr Khir Toyo dulu, bagi penerangan kepada penduduk setempat, tanya pendapat, orang politik terutama UMNO pun kena minta pendapat sebab mereka adalah rakyat Selangor.

Read the rest of this entry »

KeywordDiscovery.com Keyword Research Tool free wordpress themes